Followers

Monday 20 October 2014

IGAUAN 28 Oktober ANWAR Minta Tolong P.Ramlee ?!!!


Semua orang dah tahu tanggal 28 dan 29 Oktober 2014 nanti merupakan hari yang paling mendebarkan kepada bukan sahaja jutaan rakyat Malaysia tetapi juga si tuan badan Anwar Ibrahim.Maklumlah secara cakap-cakap mulut ni memang kebanyakkan dari puak pembangkang sendiri pun dah dapat agak si nuar tu bakal dihumbankan ke penjara.

Bagi MMI pula memang nak sangat si musibat ni masuk dalam tetapi kita menyerahkan kepada budi bicara pihak hakim dan mahkamah kerana itu adalah bidang kuasa mereka.

Dalam mendepani situasi segenting ini , Anwar dilihat telah mencuba pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan simpati rakyat mahupun mengheret rakyat ke jalanraya.Selain daripada itu dikerahnya juga suku sakatnya untuk melata di negara orang kononnya menuntut keadilan.

Puihh keadilan apa ? Lupa ka apa negara luar buat dekat warga kita sampai kena penjara hanya kerana mendidik anak mereka ? Huh kadang-kadang kita terlalu mengagungkan orang luar dan inilah yang menjadi masalahnya kepada segelintir yang ada kat luaq sana tu.

Tapi setakat ini apa yang MMI tengok rakyat jauh lebih bijak dan menggunakan akal anugerah Tuhan untuk membuat penilaian.Hanya mereka yang otaknya sedikit terjejas sahaja yang sudi melepak di bahu-bahu jalan sambil memegang sepanduk nak menuntut keadilan !

Melihat kepada keadaan ini maka si nuar makin tak senang duduk , apa nak jadi ni ?? 

Mungkin agaknya kerana itu maka si nuar ni telah menggerakkan pula seorang mamat yang mengaku dia ni klon P.Ramlee satu ketika dulu untuk turun kawasan dan menghasut rakyat untuk jadi hakim !!!



Kihkih macam-macam cara depa guna !! Tak apa lah yang MMI tau puak-puak musibat ni makin terdesak dan gerakan sudah dan sedang giat dilakukan untuk mengangkut suku sakat penjilat nuar ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Hmm bukan sikit duit depa pakai tu !!! Duit sapa ???

Oh ya gambaq atas tu ampa rasa sama dengan P.Ramlee ka ?????

HAPRAK !!!

MMI

1 comment:

  1. Udah lah tu Bang Non Al-Juburi...pi lah masuk kedalam tu dan duduk diam2.....aman sikit bumi Melaya ni nanti....

    ReplyDelete

Labels