Followers

Monday, 20 October 2014

MELAYU Juga Pendatang PEMUDA BERSUARA !! @Khairykj @azwanbro


Sebagai sebuah parti yang punya reputasi paling teruk dalam sejarah politik negara GERAKAN seharusnya belajar dari kesilapan mereka sendiri.Sejak di tendang oleh kaum cina di Pulau Pinang , GERAKAN bukan sahaja hilang sengat tetapi hilang punca !

Parti yang dulunya diberikan ruang yang cukup selesa untuk menerajui Pulau Pinang sewaktu BN masih diberikan mandat ternyata lupa diri.Mereka lupa bahawa kehadiran sebagai salah satu parti dalam komponen BN seharusnya dihiasi dengan rasa hormat dan sikap saling hormat menghormati sesama parti.

Kekurangan itu bukan sahaja telah menyebabkan GERAKAN hilang pengaruh politik tetapi meletakkan parti itu seolah-olah tidak bernyawa.

Mereka juga lupa setelah kedudukan mereka begitu teruk terjejas , UMNO masih lagi membuktikan taat setianya dengan terus bersahabat dan tetap meneruskan legasi politik BN dengan berkongsi kuasa.

Jika diukur tahap kecemerlangan politik GERAKAN rasanya boleh sahaja BN memberikan kata dua "BUKTIKAN gerak kerja kamu atau duduk diam-diam" tetapi UMNO dan BN bukanlah parti yang mudah lupa dengan janji mereka , semangat setia kawan tetap diteruskan walaupun kita tahu sebahagian daripada mereka tidak menyokong kita satu ketika dulu.

Kini mereka kembali bukan dengan gerak kerja yang meyakinkan tetapi dengan sikap penuh BIADAP apabila mempertikaikan tentang kedudukan bangsa MELAYU di bumi Malaysia !!


Disebabkan keceluparan itu maka Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda Saudara Khairul Azwan Harun hari ini membidas kenyataan tidak bertanggungjawab perwakilan GERAKAN tersebut.

Jangan nak kurang ajar. Orang macam ini tak ada tempat dalam Barisan Nasional. Tak faham sejarah, tak hormat bangsa lain. 

Patut dia tanya kenapa Gerakan lemah? Apa sumbangan Gerakan kepada BN? Patut fikir macam mana nak hidupkan semula parti bukan menghina orang Melayu. 

Presiden Gerakan kena jelaskan, apakah ini pendirian rasmi Gerakan? Kalau tidak minta tindakan diambil terhadap orang ini.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ketua Pemuda UMNO/BN Malaysia 
sumber parpukari

Manakala kenyataan dibawah daripada Baik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , Azwan Bro ;

Sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional, adalah penting untuk kita meletakkan kesepaduan dan mempunyai jalur persefahaman yang sama dalam mengekalkan keharmonian sedia ada. 

Sebelum memperkecilkan peranan rakan komponen, wajar untuk kita sukat sejauh mana sumbangan yang kita telah berikan dalam kesepaduan ini. 

Jangan merasa hebat dan besar kepala jika sumbangan yang diberikan hanya kurang sekangkang kera. Jika tiada apa yang bijak untuk diperkatakan adalah baik untuk mereka fokus dalam merencana penambahbaikan institusi mereka sendiri. 

Keharmonian & toleransi ini adalah hasil kesepakatan yang telah dipupuk sekian lama, dan janganlah kita memandang enteng serta memandang kecil kesepakatan ini. 

Tiba masa Presiden Parti Gerakan Malaysia mengotakan janji beliau untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli parti seperti Tan Lai Soon, perwakilan PGRM Johor kerana memainkan isu perkauman. 

Kearah Kesepaduan yang progressif & harmoni.
Khairul Azwan Harun 
Naib Ketua Pemuda UMNO/BN Malaysia

Well GERAKAN jangan main wayang , desakan ini bukan main-main dan ianya melibatkan orang Melayu.Kepada pihak pengurusan parti GERAKAN jangan tidoq , banyak mata kini sedang tertumpu kepada kamu untuk melihat sejauh mana tindakan yang akan diambil terhadap perwakilan bermulut celupar tersebut !!

Tolong ajar dan fahamkan dia supaya sedar bahawa orang cina dibawa masuk ke tanah Melayu oleh penjajah !! 

MMI

3 comments:

  1. Baik ketua mahupun timbalan pemuda UMNO kedua-duanya tak boleh PAKAI! lebih baik anak nik aziz dan us nasharudin tantawi! ada la juga maruah mereka mempertahankan hak mereka!

    walaupun mereka PAS! dayus punya pemuda umno! lembik macam presiden nya juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak nampak pun statement dari Pas yang cuba nak membela melayu! jangan cakap saja bahalol! pemuda umno ada juga keluarkan kenyataan bagi pihak pas pula macamna simpan teloq dalam jubur macam nuar juga ke?

      Delete
  2. Dilucutkan kerakyatan Tan Lai Soon yang biadap dan tidak berguna tu.

    ReplyDelete

Labels