Followers

Sunday 19 October 2014

Kenapa Zairil Tak Serahkan Saja Kepada Rakyat Untuk Jadi HAKIM ??


Isu kontroversi gambar intim melibatkan individu menyerupai Ahli Parlimen DAP , Zairil Khir Johari dan budak DAP Melayu Dyana Sofya yang tersebar di media sosial sejak pagi tadi telah menjadi viral sehingga pihak yang dikaitkan turut berasa bahangnya.

Kontroversi itu kemudiannya mendapat reaksi balas daripada kedua-dua individu terbabit dengan Zairil menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau adalah pelaku dalam gambar yang disebarkan selain menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.

"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.

"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.

Manakala Dyana pula menganggap ia merupakan serangan peribadi ke atasnya kali ini kerana beliau seorang wanita yang mudah dibuli seperti mana tuduhan ke atas beliau berpakaian bikini untuk ke parti ketika kempen pilihan raya lalu.   

 "Saya berasa marah tetapi saya tidak akan layan politik jahat macam ini" kata Dyana Sofya kepada pihak media siang tadi.

Dalam masa yang sama Zairil turut tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Satu pengakuan dan penafian daripada kedua-dua individu terbabit.

Namun seperkara yang bermain di fikiran MMI adalah kenapa perlu Zairil mengambil tindakan mahkamah ?

Sebagai salah seorang pemimpin dalam Pakatan Haprak kenapa Zairil tidak mahu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim yang sebelum ni galak mengajak rakyat diseluruh negara supaya menjadi HAKIM NEGARA ?



Bukankah selama ini puak-puak pembangkang sering kali menyebut institusi undang-undang negara sebagai tidak telus ? Dan kerana itu Anwar yang kini sedang menantikan keputusan mahkamah pun mengharapkan rakyat untuk menjadi hakim ?

Hmm nampaknya Zairil lebih percayakan undang-undang negara kita dan semestinya Zairil telah membuktikan kepada rakyat diseluruh negara bahawa gerakan Anwar untuk menjadikan rakyat sebagai hakim hanyalah satu permainan politik untuk menyelamatkan karier politiknya.

TQ Zairil !!

MMI

1 comment:

Labels