Barangkali apabila menjadi sebuah kuasa besar dunia , semua kelemahan dan kesalahan serta kekurangan hanya terletak kepada negara-negara lain.Negara sendiri amat mustahil sekali ada kelemahan malah apa jua yang mereka lakukan bersebab dan bagi negara lain ianya hanyalah alasan.
Satu sikap paling bodoh yang pernah MMI lihat dan kini dilakukan oleh Amerika Syarikat.Memang sudah menjadi dasar negara ini untuk mengaku mereka punya hak untuk memantau semua negara di dunia atas alasan keselamatan atau mungkin hal-hal lain yang berkepentingan.
Namun siapakah yang membenarkan mereka bertindak sedemikian ?
Sedarkah kita bahawa Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang paling banyak melakukan kesalahan diperingkat global kerana dasar mereka yang secara membuta tuli suka mengintip dan melakukan kerja-kerja sulit tanpa pengetahuan dan kebenaran daripada negara terlibat.
MMI tak nafikan bahawa ada beberapa kepentingan lain yang mungkin menyebabkan berlakunya hubungan melibatkan negara-negara didunia seperti keselamatan , ekonomi , kententeraan dan lain-lain tetapi tidaklah sampai ke tahap menceroboh kedaulatan negara lain sama ada cara terbuka atau sembunyi.
Kini mereka secara terbuka mahukan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Hasutan 1948 kononnya kerana ia telah dijanjikan oleh YAB PM pada tahun 2012 yang lalu.Baca SINI
Namun sesuatu yang harus kita ingat adalah pemansuhan sesuatu akta itu walaupun ianya sudah dirancang sebegitu rupa harus mengambil kira kesan dan kedudukan sosio politik terkini.
Sebagai contoh apakah kita wajar menebang sebatang pokok hanya kerana pokok tersebut tidak menghasilkan buahnya pada tahun 2012 ? Adakah kita yakin pada tahun 2013 dan seterusnya pokok tersebut tidak lagi akan berbuah ?
Inilah perkara yang diambil kira oleh kerajaan pada hari ini memandangkan pengekalan akta hasutan 1948 dilihat jauh lebih baik daripada memansuhkannya.Malah terdapat permintaan dan desakan daripada akar umbi supaya kerajaan mengekalkan akta tersebut.Apakah kita harus membuang jauh-jauh suara akar umbi yang mahukan supaya akta ini dikekalkan ?
Kerana itulah pada akhirnya setiap pihak harus menyerahkan kepada pihak kerajaan yang di PILIH secara SAH melalui PILIHANRAYA UMUM untuk memuktamadkannya.
Bukan dengan mengadakan demontrasi atau mengheret pihak luar untuk menggangu urusan negara !
Malah secara tidak langsung pada pandangan MMI mereka yang bertindak sedemikian rupa sebenarnya sudah pun jatuh dalam kategori PENGKIANAT dan mereka-mereka yang ke luar negara semata-mata untuk memburukkan Malaysia seharusnya TIDAK di BENARKAN kembali ke Malaysia.
Itulah langkah yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan tetapi mereka tetap dianggap sebagai rakyat dan dibenarkan untuk kembali ke tanahair.
Berbalik kepada desakan daripada Amerika Syarikat , rasanya mereka perlu melihat kepada dasar mereka sendiri terlebih dahulu.Kenapa tidak memansuhkan Patriot Act seperti mana yang mereka sarankan terhadap Malaysia ? Baca kenyataan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di SINI
Adakah Patriot Act itu jauh lebih baik daripada Akta Hasutan 1948 yang Malaysia guna pakaikan ?
Sorry Obama atau Sorry Amerika , kamu juga tidaklah sebaik mana kerana kamu juga pernah GAGAL mempertahankan negara malah pemimpin kamu sendiri !!
Jangan lupa serangan terhadap World Trade Centre yang telah mengorbankan ribuan warga kamu cukup untuk membuktikan betapa lemahnya Amerika Syarikat dan kerana kelemahan itulah kamu mewujudkan Patriot Act .
The USA PATRIOT Act is an Act of Congress that was signed into law by President George W. Bush on October 26, 2001. The title of the act is a ten-letter backronym (USA PATRIOT) that stands for Uniting and Strengthening America by Providing Appropriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act of 2001.
So what ? Kenapa Amerika perlu melihat tentang hal negara orang lain sedangkan negara sendiri pun mengamalkan akta yang hampir serupa ?
MMI nak ingatkan satu perkara bahawa Malaysia jauh lebih baik dari Amerika sebenarnya.Mungkin kita tidak lagi mampu menandingi hal berkaitan ekonomi , pembangunan , kekayaan dan sebagainya tetapi kita jauh lebih hebat dari mereka kerana Malaysia tidak pernah membenarkan pemimpinnya dibunuh seperti mana yang berlaku terhadap JFK satu ketika dulu.
Lebih dasyat lagi ianya dilakukan oleh warga kamu sendiri !!!
Secara rasionalnya MMI nak nyatakan bahawa warga Malaysia jauh lebih bertamadun daripada kamu dan kami belajar dari kelemahan dan kesilapan untuk memastikan Malaysia punya maruah.Namun pihak seperti kamulah yang sering menggangu-gugat kedudukan kami apabila saban hari ada sahaja orang-orang suruhan kamu yang bersekongkol dengan puak-puak pembangkang di Malaysia yang pada pandangan MMI sudah lama tersongsang.
Teringat MMI pada insiden tentera Delta Force Amerika Syarikat terperangkap di Mogadishu satu ketika dulu.Siapa yang membantu menyelamatkan mereka kalau bukan sebahagiannya daripada tentera Malaysia !
Malah sesuatu yang harus semua pihak tahu adalah operasi itu dilakukan secara sendirian oleh pihak tentera Amerika Syarikat tanpa melibatkan pasukan pengaman lain.Kenapa ?
Sebab mereka EGO dan sering mengaku HEBAT sedangkan hakikatnya mereka juga tidaklah sehebat mana !
Jadi mudah cerita Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang negara Malaysia , Amerika Syarikat tolong duduk diam-diam dan jangan masuk campur urusan negara Malaysia.
JANGAN SAMPAI MALAYSIA SEKALI LAGI PERLU MENYELAMATKAN KAMU !!!
MMI
No comments:
Post a Comment