Followers

Saturday, 18 October 2014

Pemimpin Pembangkang Bersiap Ke INDONESIA ??

Gambar Hiasan
Mungkin puak-puak pembangkang ni akan bawa anak beranak mereka sekali ke Indonesia dalam masa terdekat ni untuk bersolidariti di sana.Maklumlah dah menjadi dasar pembangkang untuk mempertahankan apa jua perkara yang dirasakan membebankan rakyat.Dalam masa yang sama perjuangan untuk mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan mereka selama ini mesti diteruskan atas dasar maruah.

Jika kita undur sedikit kebelakangan dan melihat bagaimana gerak kerja pembangkang ni pasti kita akan tahu bahawa menjadi dasar mereka untuk hadir ke bumi Indonesia bagi menuntut hak.Pemimpin pembangkang sememangnya terkenal dengan gerak kerja mereka di negara orang dan pengalaman mereka memburuk-burukkan Malaysia selain dari bersolidariti untuk Anwar Ibrahim semestinya akan menjadi modul yang akan digunakan untuk mencapai kejayaan disana nanti.

Semestinya ramai yang bertanya untuk apa puak-puak ini hadir ke Indonesia ?

Hahaha sudah semestinya disebabkan keputusan bakal Presiden Indonesia , Joko Widodo yang merancang untuk menaikkan harga minyak petrol dan diesel kira-kira 50 peratus dalam temph dua minggu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Menurut sumber Joko akan meningkatkan harga petrol dan diesel sebanyak 3,000 rupiah (80sen) seliter menjelang November ini.Untuk rekod minyak petrol di Indonesia kini berharga 6,000 rupiah (RM1.61) seliter dan bagi diesel pula 5,500 rupiah (RM1.48).

Sudah semestinya kenaikan itu akan membebankan rakyat Indonesia dan menjadi satu kemestian untuk puak-puak pembangkang ini melakukan sesuatu dan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan nasib rakyat Indonesia terbela.

Jika secara rundingan tidak mampu membuahkan hasil maka gerakan untuk turun ke jalanraya harus segera dirancang seperti mana yang sering dilakukan oleh pembangkang selama ini.

Rakyat Indonesia bukan macam kita , kebanyakkan daripada mereka tidak senang seperti kita di Malaysia.Jadi sudah semestinya kesan daripada kenaikan harga itu akan menjejaskan.

Seronoklah warga Indonesia selepas ini kerana nasib anda akan dipertahankan oleh pembangkang dari Malaysia.

Dan semalam sewaktu MMI berbicara tentang hal ini anda sahabat yang bertanya "Apa perlunya puak pembangkang ni bikin panas di Indonesia , negara orang tu bro ?"

Laaa apa nak hairan kan puak-puak ni suka jadikan negara orang untuk bercerita yang buruk-buruk tentang negara sendiri ? Jadi apa nak hairan kalau pi sana dah rutin mereka !!!

Apa pun berita puak pembangkang nak ke Indonesia tu hanya hadir dalam kepala otak MMI dan kalau benarlah apa yang MMI tulis ni , teringin sangat nak tengok apa jadi kepada puak pembangkang yang nak bersolidariti kat Indonesia ni ! Boleh ka depa lepas dari pak Polisi kat sana !!!

Hahaha ada sapa-sapa puak pembangkang yang nak tawar diri ka ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels