Followers

Friday 10 October 2014

Pemindahan TUDM Butterworth Lagi PERINGATAN AKAR UMBI Kepada NAJIB !!


MMI antara yang mengikuti perkembangan rancangan pemindahan Pengkalan TUDM di Butterworth yang kini sudah menjadi isu paling panas dibicarakan oleh warga Tasek Gelugor.Sudah semestinya warga Tasek Gelugor melihat pemindahan ini bakal mengakibatkan perubahan besar yang bukan sahaja akan menjejaskan kedudukan orang Melayu tetapi mampu mengundang mala petaka kepada salah satu daripada 3 kawasan yang kini menjadi benteng terakhir kepada survival orang Melayu di Pulau Pinang selain daripada Kepala Batas dan Balik Pulau.

Menjadi persoalan penting disini apakah rasionalnya pemindahan itu dilakukan ?

Apakah kita sudah benar-benar bersedia untuk melihat pembangunan berskala besar dengan memperjudikan nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang ?

Pada pandangan MMI perkara paling penting ketika ini adalah , kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang itu sendiri ! Pada ketika rejim DAP begitu rakus menekan orang Melayu , adakah perancangan sebegini rupa difikirkan WAJAR semata-mata untuk melihat pembangunan secara menyeluruh berlaku ?

Sebelum itu jom kita review bagaimana isu ini mengambil tempat !

Semuanya bermula apabila TSR Capital Berhad bersama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd (PBT) mengumumkan telah mendapat kelulusan pada DASARnya diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk BERUNDING mengenai terma yang dicadangkan bagi penempatan dan pembinaan semula pangkalan tentera udara baharu di Pulau Pinang melalui pertukaran tanah.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia itu sebelum ini , TSR Capital Bhd menyebut cadangan berkenaan akan dibuat melalui syarikat usaha sama (JVC) dan JVC akan mencadangkan kepada kerajaan agar memindah dan membina semula sebuah pangkalan TUDM di Butterworth ke satu lokasi yang akan dikenal pasti.

Setelah di teliti berdasarkan laporan daripada TheEdge , pemindahan pengkalan tentara udara TUDM di Butterworth dan pembangunan yang bakal di bina oleh TSR Capital Berhad bersama JVC itu sebenarnya masih di peringkat rundingan.

Jika di teliti kenyataan yang di buat oleh TSR Capital Bhd ianya amat jelas sekali membuktikan bahawa satu cadangan telah di buat bagi tujuan tersebut kepada pihak kerajaan , kemudiannya pihak kerajaan memberikan kelulusan kepada TSR Capital untuk memulakan rundingan sebelum membentangkan kembali hasil rundingan serta cadangan tersebut kepada pihak kerajaan untuk di putuskan.


Kenyataan diatas merupakan jawapan bertulis yang telah di jawab oleh Kementerian Pertahanan kepada Lim Guan Eng sewaktu Ketua Menteri terbabit terkinja-kinja mempersoalkan rancangan pembangunan tersebut.

Namun kita tidak harus terburu-buru menyokong tindakan Guan Eng itu kerana ianya lebih kepada permainan politik.Percayalah bahawa tindakan Guan Eng itu disebabkan nilai pembangunan yang mencecah bilion ringgit dan beliau langsung tidak memikirkan tentang kedudukan orang Melayu yang bakal terlibat. 

Cuma dalam beberapa keadaan ianya telah di salah ertikan , sebagai sebuah syarikat besar seperti TSR sudah semestinya mereka tahu perkara-perkara yang diperlukan dalam membuat sebarang perancangan apatah lagi melibatkan soal tanah dan kepentingan politik membabitan kawasan dan negeri.

Ini amat penting kerana segala perbincangan dan perundingan malah cadangan akhir yang akan di kemukakan kepada pihak kerajaan semestinya memerlukan persetujuan semua pihak yang terlibat.

Kita juga perlu mengakui bahawa pengumuman TSR Capital sahaja sudah membuktikan betapa tidak ada sebarang perkara yang perlu di sembunyikan.

Walau bagaimanapun apakah penduduk dan kepimpinan di Tasek Gelugor tidak perlu melakukan sesuatu memandangkan tiap perancangan itu selalunya akan berakhir dengan perlaksanaan ?

Adakah wajar penduduk dan seluruh saf pimpinan UMNO khususnya menutup mulut dan membiarkan sahaja proses tersebut berjalan dengan hanya menyerahkan kepada takdir semata-mata ?

Dalam keadaan dan situasi terkini , rasanya sesuatu perlu dilakukan !

Malahan pada 16 September 2014 yang lalu , 12 Bahagian UMNO di seluruh Pulau Pinang sudah pun menyatakan pendirian mereka MEMBANTAH cadangan untuk memindahkan pengkalan TUDM di Butterworth.


Pendirian dan alasan telah pun dinyataan dalam kenyataan diatas dan semestinya keputusan itu harus di hormati.

Terkini adalah suara daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan tidak membenarkan pemaju swasta membangunkan kawasan tanah di Teluk Air Tawar yang menempatkan satu pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam sidang media yang diadakan mereka mendesak agar Najib perlu memberi jaminan bahawa pangkalan tersebut tidak akan dipindahkan.

“Kami sudah mengemukakan fakta kepada Datuk Seri Najib kira-kira tiga bulan lalu, sebab itulah kami berani bertanya mengenai keputusannya,” kata Mohd Nashrol.

"Jangan terus berdiam diri... Kami mahu dengar keputusannya. Adakah projek itu diteruskan atau tidak? Rakyat Tasek Gelugor menunggu jawapan anda,” katanya.


Ekoran daripada tindakan terbabit dan usaha-usaha yang telah digerakkan oleh UMNO Bahagian Tasek Gelugor maka pihak Kementerian Pertahanan melalui Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah disoal oleh pihak media dalam satu sidang medianya baru-baru ini.

Dalam jawapannya beliau berkata bahawa kedudukan semua kem dan pangkalan tentera di negara ini akan dikaji semula bukan sahaja dari segi keselamatan dan lokasi tetapi mengambil kira kebajikan dan keselesaan anggotanya.Malah isu berkaitan pemindahan pengkalan TUDM Butterworth turut dikongsikan. 

 

Walaupun ianya sudah sampai ke pengetahuan pihak tertinngi , MMI masih beranggapan bahawa pihak kerajaan perlu menyatakan pendirian mereka berhubung permasalahan yang telah dibangkitkan oleh warga Tasek Gelugor.

Satu keputusan perlu dibuat agar semua pihak berpuas hati dan bukan sekadar membuat keputusan menyedapkan hati.Apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang diusahakan oleh seluruh pimpinan UMNO dan warga Tasek Gelugor bukanlah perkara remeh-temeh.

Seperti mana yang MMI jelaskan di awal tadi apa jua yang bakal berlaku selepas ini bakal menentukan survival orang-orang Melayu dan politik UMNO serta Barisan Nasional di salah satu kawasan yang kini menjadi kubu kuat kepada kerajaan.

Bukan menentang pihak kerajaan tetapi dalam keadaan nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang semakin tertekan dek permainan politik rejim DAP , maka keluhan serta kegusaran mereka perlu diambil kira.

Jangan diulangi keputusan tidak popular mengurangkan subsidi minyak disaat rakyat diperingkat akar umbi masih terkial-kial mencari sesuap nasi.

MMI

6 comments:

  1. dua anak bangsawan bersaudara ini perlu dipertimbangkan samaada diperlukan lagi atau tidak...lagi lama lagi parah nasib kita

    ReplyDelete
  2. Boleh pindah TUDM ke tempat lain tapi kem Butterworth sekarang tukar jadi kem RAMD. Ada berani ? Batalion RAMD tu pula mempunyai kepakaran kedua iaitu anti rusuhan.

    ReplyDelete
  3. Sokong rencana di atas. TUDM Butterworth perlu dikekalkan. Dapat dirasakan penglibatan LTAT dalam hal ini hanya merupakan alat untuk mencapai agenda busuk ini atau mungkin adanya rasuah.

    ReplyDelete
  4. Bajet hari ni dah confirm nak kena pindah... itulah najib. bukannya nak dengar cakap org.. bodoh sombong..

    ReplyDelete
  5. Harapan kerjaan pusat melalui perda dapat menolomg kaum bumiputra pulau pinang yang ingin menjual tanah dikawasan bandar,membeli dan jadikan lot bergeran individu serta dengan plant bagi membina rumah dengan pinjamaan sekali pada yang layak.Sebagai mana sesetengahnya sudah berjalan.Dengan itu tanah-tanah tak akan hilang Melayu dibandar.Sekiranya kita ikut cara ini kaum Melayu tetap bersama tinggal dalam bandar.Tolong buat kajian dengan apa yang diutarakan.

    ReplyDelete
  6. Ingatlah wahai org melayu....walau sejahat mana pun sesama melayu...hanya bangsa melayu yang akan membela bangsa melayu...bangsa lain sama sekali tidak akan membela bangsa melayu,,,terutama cha ya nun alif...hanyalah api didalam sekam yg membakar bangsa melayu secara diam....

    ReplyDelete

Labels