Sejak beberapa minggu lalu kita sedia maklum bahawa isu tentang satu majlis sambutan meraikan arak atau pesta arak sedang berlaku di negara kita.Sepengetahuan MMI pesta tersebut merupakan satu budaya yang dibawa daripada negara luar bernama German.
Dan semestinya budaya luar ini antara perkara paling disukai oleh rakyat Malaysia untuk diikuti.Mungkin kerana standard yang diletakkan kepada budaya-budaya ini menjadikan rakyat kita obses dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka tidak terlepas dengan apa yang kini disebut sebagai trend.
MMI sebenarnya tak suka nak menuding jari kepada sesiapa sebabnya terlalu ramai pihak-pihak di luar sana sering kali menyalahkan kerajaan.Hanya kerajaan sahajalah yang seharusnya disalahkan , seolah-olah segala perkara yang menjurus kepada perkara negatif dan berdosa harus segera dituding kepada kerajaan.
Apakah itu adil ? Sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran MMI yakin pemikiran sebegitu terlalu kolot dan sama sekali tidak boleh diterima.
MMI tertarik dengan pihak tertentu sebelum ini yang menyalahkan kerajaan serta UMNO kerana membenarkan berdirinya kilang arak di Malaysia.Pelbagai jenis cara dilakukan sehingga ada yang berjanji sekiranya diberikan kuasa maka kilang terbabit akan ditutup.
Nah kini apa jadi ? Pemimpin dalam parti yang membuat janji itu pun kini boleh pula pertahankan dengan alasan cukup syarat.
Inilah yang bakal berlaku dan terus berulang sekiranya kita semua tidak bersatu hati !
Secara jujur MMI bersetuju bahawa kehendak dan keperluan masyarakat selain dari orang Islam juga perlu di penuhi oleh pemerintah.Ini berdasarkan sistem pemerintahan negara yang mengamalkan demokrasi dan selagi mana ia hanya melibatkan pihak terbabit maka ianya tidak seharusnya menjadi masalah kepada kita.
Namun apa yang dikesalkan adalah sejauh mana kewujudan pusat-pusat arak itu hanya disasarkan kepada bukan Islam ?
Malahan hari ini sudah ada mereka dikalangan kita yang mengaku Islam dan Melayu sudah terlalu terbuka sehinggakan boleh membenarkan anak-anak mereka sendiri mengunjungi kelab malam.
Itu belum lagi yang terlibat secara langsung bekerja di kelab-kelab malam serta kilang arak !
Dan ramai juga yang dikalangan kita menjadikan kelab malam dan tempat-tempat yang menghidangkan arak sebagai tempat melepak dan bertemu rakan-rakan !
MMI yakin semua orang sedar dengan apa yang tercatat diatas , soalnya apa kita buat ?
Salahkan kerajaan ????
Sorry to say , PAS sebagai parti yang terlibat secara langsung dalam Pakatan Haprak pun masih GAGAL untuk angkat muka depan bos-bos besar dari DAP !
Jika BERANI dan IKHLAS , kenapa PAS tidak menggunakan hubungan terbabit untuk mendesak supaya DAP dan PKR supaya bersetuju untuk segera membersihkan Bukit Bintang dan kawasan-kawasan lain termasuk di Pulau Pinang malahan di Kelantan juga ?!!
Ceritanya mereka tidak MAMPU kerana DAP akan mempertahankan semua diatas sebagai hak masyarakat bukan Islam di Malaysia !
Jika itu berlaku apa bezanya PAS dalam pembangkang dengan kerajaan ??
Jujurnya MMI kata kita tidak MAMPU berbuat apa-apa walaupun ada kaedahnya !
Gambar atas menunjukkan betapa bahagianya mereka dalam sambutan "OktoberFest" yang diadakan baru-baru ini dan menjadi persoalan kepada MMI kenapa kita perlu rasa marah dengan pesta yang disambut sebegitu rupa ?
Mereka bukan Islam dan sudah semestinya mereka berhak untuk menyambutnya !!
Apa perlu kita bising-bising ? Oh sebab Malaysia negara ISLAM ??
Kalau itu yang menjadi ungkapan kita tanpa mengira parti , MMI yakin PAS dan UMNO dah lama bersatu atas satu gabungan.
Namun sehingga kini PAS tetap tidak mahu bersama UMNO dan memilih pula untuk bersama DAP dengan alasan lebih mudah untuk melakukan tarbiah dari dalam.
Apa jadi ?? Bukan sahaja tarbiah tidak berlaku tetapi PAS dijadikan sebagai pencacai pentas politik sahaja !! Ada DAP dengar cakap PAS ?
Rasanya tidak dan lebih menyedihkan PAS lebih suka melalak tentang hudud yang ditolak mentah-mentah oleh DAP sahabat sesyurga mereka.
Pada hemat MMI , adalah lebih baik sekiranya kita bersama mencari jalan untuk mengatasi permasalahan melibatkan arak terlebih dahulu sebelum berbicara tentang hudud !
Apa perlu kita melalak menghalang "OktoberFest" sekiranya orang-orang Melayu dan Islam masih lagi BEBAS keluar masuk pusat-pusat arak ???
Nak salah kerajaan ? Habis PAS buat apa ?
Dimana pemimpin PAS di Selangor dan Pulau Pinang ? Kenapa tidak bersuara supaya diwujudkan dengan kadar segera UNDANG-UNDANG untuk menghalang orang Islam daripada memasuki premis-premis terbabit ?
Ya sememangnya ada papan-papan tanda yang melarang soalnya sejauh mana penguatkuasaan ?
Nak salah kerajaan lagi ? Kita punya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di setiap negeri dan setiap PBT ini boleh sahaja digerakkan untuk menguatkuasakan undang-undang terbabit.Soalnya kenapa ia tidak berlaku ?
MMI yakin jika itu matlamat dan kaedahnya , kerajaan pusat sedia menyokong !!!!
Jangan menuding jari kepada kerajaan pusat semata-mata kerana permasalahan yang wujud turut melibatkan mereka dari kalangan parti PAS !!!
Kita melalak dan menentang penganjuran "OktoberFest" tetapi kita lupa kaedah yang jauh lebih realistik bagi menangani permasalahan yang MMI sebut di awal tadi.
Kadang-kadang MMI hairan , kenapa kita bising tentang "OktoberFest" tetapi kita tidak mahu bersatu untuk sama-sama pastikan orang Islam tidak lagi punya ruang untuk menghampiri pusat-pusat sedemikian ?
MMI
Tahniah MB baru dan tahniah serta syabas orang orang melayu selangor yang menyokong PR....andalah manusia yang paling berjaya hidup didunia ini...
ReplyDeleteBro... Nak harap camana psl arak ni.. Ramai juga boss2 umno yg kaki botol.. Malas nak sebut nama laa... Tau sama tau udah laa...
ReplyDeleteBetul MMI aku setuju .. kdg2 pikir juga yg kita kalut bab puak neraka tu kenapa ? kan lebih baik kita cari jalan untuk buat undang2 halang org islam dr masuk ke pusat hiburan yang punya arak dulu .. klu masuk juga tangkap & penjara
ReplyDelete