SUSAH bila kita berdepan dengan puak-puak yang suka menyimpan syak wasangka dan iri hati tak bertempat ni.Dah tu sebahagian darinya adalah mereka yang mengaku muslimah , huh jauh sangat jiwa tu .. Kadang-kadang terfikir juga macam-macam orang kata dekat Rosmah sebab tak bertudung dengan elok tapi kadang-kadang yang bertudung tu jauh lebih busuk hatinya dan lebih rosak nilainya.
Inilah dunia politik , kedudukan dan kuasa politik itu telah menyebabkan kita suka mencari kesalahan orang lain.Alangkah hebatnya Malaysia kalau mereka yang mengaku Melayu dan Islam itu bersatu dan duduk bersama merencana sesuatu yang boleh dijadikan sebagai asas kepada generasi hari ini dan seterusnya berpegang.
Walaupun impian itu agak samar tetapi MMI optimis satu hari nanti kita MAMPU bersama mendepani dakyah songsang mereka yang hilang pedoman dan puak pendatang yang dah lupa asal usul mereka.
Hari ini mereka sibuk dengan PERMATA ! Satu program untuk generasi pelapis kita yang pada pandangan MMI amat jauh dari mencari keuntungan politik.Anak-anak kecil yang diberikan ruang dan peluang untuk mendapat kesempurnaan pembelajaran untuk mengenal erti hidup itu rasanya bukanlah platform untuk mana-mana pihak menabur benih politik kerana satu hari nanti apabila anak-anak itu membesar serta meningkat dewasa mereka pastinya akan punya pilihan tersendiri.
Apakah disaat mereka dewasa nanti dan mampu membuat pilihan sendiri , kita atau Rosmah masih mampu untuk memberikan arahan supaya menyokong UMNO dan BN ? Sudahlah jangan buat cerita yang tak masuk akal !!
Bukan itu tujuan PERMATA !! Program seikhlas itu seharusnya disokong kerana ia membantu anak-anak dalam pembelajaran.Malah kalau diikutkan kewujudan PASTI yang disokong sepenuhnya oleh parti PAS jauh lebih politik dari PERMATA.
Pertikaian tentang jumlah dana yang diperuntukan oleh kerajaan kepada program ini tidak seharusnya dipolitikkan.Apakah mereka-mereka diluar sana boleh menjawab perihal dana yang disalurkan kepada PASTI ? Dari mana dana itu hadir ?
MMI punya pengalaman dalam isu PASTI apabila aktiviti anak-anak kecil ini turut dipolitikkan ! Pernah berlaku dalam satu aktiviti luar kelas yang dianjurkan oleh PASTI dimana para ibu bapa turut terlibat , pemimpin PAS di jemput kononnya untuk merasmikan program berwarna tetapi sebaliknya yang berlaku.
Pada ketika anak-anak ini sedang mewarna , pemimpin PAS dengan selamba sahaja berbicara tentang politik.Apakah anak-anak kecil itu faham tentang politik ? TIDAK !! .. Mereka sedang mensasarkan ibu bapa sebenarnya.
Bukankah itu jauh lebih politik ??
Dikesempatan ini MMI sekali lagi nak berkongsi dengan semua apa itu PERMATA sebenarnya.Bagaimana ia bermula dan untuk apa PERMATA diwujudkan.
Idea untuk menubuhkan PERMATA muncul pada tahun 2006. Cetusan idea untuk menubuhkan PERMATA muncul kerana masalah gejala-gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat.
Seperti yang kita tahu semakin hari dunia semakin moden dan cabaran kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak juga semakin meningkat.
Kita mungkin boleh kawal anak kita dari keluar rumah, tapi tahukah kita apa yang anak kita lakukan di dalam rumah ? Penjajahan internet pun sudah cukup untuk merosakkan minda anak-anak kita. Itu belum dikira lagi sewaktu mereka di sekolah atau keluar bersama kawan-kawan. Dalam apa cara sekali pun kita tidak boleh mengawal 100 % pergerakkan anak-anak kita. Cara terbaik untuk mengawal mereka adalah dengan didikan.
Dipendekkan cerita, keruntuhan moral dan akhlak anak-anak di zaman sekarang semakin teruk. Oleh yang demikian perlulah difikirkan satu langkah bagaimana untuk mengatasi perkara itu. Jika tidak dibendung makin lama keadaan akan jadi makin teruk.
Dengan niat yang baik pada tahun 2006 Datin Seri Rosmah yang ketika itu isteri TPM telah berjumpa dan berbincang dengan 25 individu yang terdiri dari golongan profesional, golongan pendidik, ahli akademik, doktor, polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain bagi membincangkan penyelesaian kepada masalah yang semakin hari semakin membimbangkan itu.
Hasil perbincangan 25 orang tersebut yang terdiri dari pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang telah membawa kepada kata putus bahawa proses pembentukan nilai diri sebagai insan cemerlang perlu bermula sejak awal dan lebih berkesan sekiranya dimulakan ketika baru lahir.
Gabungan idea itu membawa kepada terbentuknya konsep setiap anak yang dilahirkan adalah sebutir permata. Seperti yang kita tahu sebutir permata ketika mula-mula ditemui ianya tidak akan kelihatan seperti permata. Kerana ianya dipenuhi dengan selut, tanah atau debu. Namun selepas diasah dan digilap dengan baik barulah ia akan bersinar dan bernilai tinggi.
Begitulah juga dengan anak-anak kita....kena dengan didikan dan asuhan maka bersinarlah masa depan anak itu. Apabila masa depan anak bersinar yang untung adalah mereka dan kita sebagai ibu bapa juga sudah pastilah merasa gembira. Kalau mati pun, jasad di dalam kubur pun tenang kerana kita telah meninggalkan anak-anak yang baik dan berjaya.
Perbincangan demi perbincangan yang dilakukan oleh 25 individu tersebut maka tertubuhlah Permata Negara. Kerajaan pimpinan Pak Lah pada masa itu telah meluluskan agar Program Permata Negara diimplimentasikan melalui penubuhan Pusat Anak Permata Negara secara projek perintis pada tahun 2007.Baca Selanjutnya
Tidak ada apa yang perlu kita persoalkan sebenarnya , sebagai sebuah kerajaan rasanya tindakan menyalurkan dana untuk menggerakkan program-program PERMATA tidak ada cacat celanya.
Semuanya untuk anak-anak kita !! Kalau ada dikalangan mereka diluar sana yang tidak menghantar anak mereka ke PERMATA pula janganlah bising !! Kenapa perlu sampai menggelarkan anak-anak ini sebagai binatang ?
Selain dari itu ada juga yang bertanya , kenapa perlu Rosmah ?? Laaaa dah Rosmah nak membantu , kenapa tak pertikai apa yang Jijah buat ? Dia lagi teruk asyik politik ja ... Siap bertanding lagi !!!
Akhir kalam petang tadi satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian PERMATA, Dato Saidatu Akhma binti Hassan terhadap Naib Ketua Wanita PKR, YB Haniza Talha, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail, Pengarang, Nadia Hanafi dan Editor Keldaian Daily. Keldaian Daily dalam artikel mereka bertarikh 12 October 2014, telah memfitnah PERMATA memperolehi dana sebanyak RM711 juta dan subsidi minyak telah dikurangkan untuk tujuan itu.Klik Sini
MMI
No comments:
Post a Comment