Sepatutnya dalam keadaan Ketua Umum parti yang sedang berdepan dengan saat genting bagi menghadapi keputusan kes liwat di mahkamah pada 28 & 29 Oktober 2014 nanti mendapat sokongan jitu daripada semua penggerak politik parti PKR.
Malah Anwar yang sedang dalam rangka jelajahnya di seluruh negara bagi mengajak para penyokongnya untuk bersolidariti pada hari keputusan diumumkan nanti pastinya lemas perut kerana apa yang sedang berlaku telah menelanjangkan manusia bernama Anwar sebenarnya.
Kenapa ? Sebab apa yang berlaku jelas menunjukkan ahli PKR sendiri pun dah hilang sabar dengan Anwar memandangkan beliau hilang fokus terhadap perjalanan parti sebaliknya lebih kepada perjuangan untuk kepentingan diri sendiri.
KUCHING -- Kecewa dengan pergolakan dalaman dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya Idris Bohari hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Idris, 52, memaklumkan perkara itu kepada Bernama hari ini.
"Saya berhasrat untuk melupakan politik pembangkang dan badan bukan kerajaan akan menjadi platform baharu untuk saya meneruskan perjuangan untuk menyumbang kepada masyarakat," katanya.
Beliau yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri percaya lebih ramai lagi anggota PKR negeri dijangka mengambil langkah sama.
"Saya percaya lebih ramai lagi (anggota PKR di Sarawak) akan mengikuti penghijrahan ini (meninggalkan parti) kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku (dalam PKR)," katanya.
Idris pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas.Bernama
Apakah keputusan Idris ini dibuat kerana beliau sudah dapat mengagak ketua umum PKR itu akan merengkok dalam penjara ?
Kita tunggu 29 Oktober nanti !!
MMI
No comments:
Post a Comment