Followers

Sunday, 26 October 2014

Hubungan Hadi & Anwar Kini Tidak SEMESRA Dulu


Semakin hampir dengan tarikh keramat 28 Oktober 2014 , rakyat Malaysia sebenarnya dapat melihat sendiri betapa hubungan yang dulunya begitu akrab kini tidak lagi semesra sebelumnya.Kita dapat menghidu keretakan ini bermula seawal langkah Kajang lagi cumanya pada saat itu masing-masing masih lagi mengharapkan keajaiban politik untuk berlaku.

Tetapi malangnya impian itu tidak menjadi kenyataan apabila kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim terus membuak-buak untuk menguasai kepentingan politik dalam Selangor.Betapa ligatnya Anwar apabila menamakan isteri sendiri sebagai wakil untuk diketengahkan sebagai pengganti Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.

Pertamanya kenapa Khalid perlu segera dikeluarkan dari hiraki kepimpinan dalam pentadbiran negeri Selangor ?

Adakah kerana beliau dilihat menjadi penghalang kepada usaha pembangkang khususnya PKR untuk menjatuhkan Barisan Nasional ?

Banyak pandangan dalam mengupas isu ini namun MMI lebih suka untuk menyebut Anwar tidak mahu mana-mana pemimpin yang berada dibawah tampuk kekuasaannya berlebih-lebih khususnya dalam soal politik.

Hubungan politik yang dijalinkan oleh Khalid Ibrahim bersama dengan kerajaan pusat telah menyebabkan kedudukan Anwar tergugat.Anwar tahu bahawa hubungan itu MAMPU menjadikan Khalid sebagai seorang pemimpin yang disayangi rakyat seterusnya akan menyebabkan Selangor tidak lagi dibawah penguasaan PKR sepenuhnya.

Anwar juga tahu secara hukumnya bahawa kerjasama Khalid dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan beberapa masalah melibatkan kepentingan rakyat adalah satu keputusan yang TEPAT kerana hanya melalui kerjasama sedemikianlah masalah di Selangor boleh diselesaikan.

Dan percayalah sekiranya itu berlaku , Khalid akan dijulang lebih daripada manusia bernama Anwar Ibrahim yang selama ini membaham hasil bumi Selangor untuk kepentingan dirinya dengan menggunakan kapasiti penasihat ekonomi negeri yang mencecah jutaan ringgit.

Beliau juga sedar bahaya yang bakal menanti PKR sendiri apabila pola politik yang dilihat akan berubah sekiranya Khalid berjaya menjadikan hubungan politik dengan kerajaan pusat sebagai wadah terbaik buat kerajaan negeri mengatur gerak mendekati dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ini bukan sesuatu yang boleh dibiarkan kerana jalinan itu nanti bakal menyebabkan politik PKR di Selangor berbeza dengan negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Pakaran Haprak.

Maka kerana itulah Anwar mengatur gerak untuk segera menumbangkan Khalid dengan apa jua cara sekalipun.

Malahan Anwar dalam siri jelajahnya di Seberang Jaya baru-baru ini dengan jelas menyatakan rakyat jauh lebih berhak untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor walaupun hakikatnya DYMM Sultan Selangor telah menitahkan kesemua parti dalam Pakatan Haprak untuk mencadangkan sekurang-kurang 3 nama.

Dengan lawak bodohnya , Anwar menipu rakyat di Seberang Jaya baru-baru ini kononnya apabila selesai PRU14 nanti maka segeralah menyerahkan 3 nama kepada Yang Di Pertuan Agung untuk dipertimbangkan sebagai Perdana Menteri.

Alo brader , jangan sempitkan otak tu dengan dakyah Anwar .. Apa yang berlaku di bumi Selangor jauh berbeza dengan perlantikan Perdana Menteri Malaysia.

Isu Selangor berlaku apabila DYMM Sultan Selangor sendiri yang menitahkan supaya Pakatan Haprak mencalonkan 3 nama , sedangkan dalam perlantikan Perdana Menteri Malaysia ,  Yang Di Pertuan Agung sendiri berkenan dengan perlantikan tersebut malah tidak langsung meminta lebih daripada 1 nama.

Jika diamati kedua-dua senario ini maka MMI rumuskan bahawa calon Barisan Nasional hadir dengan persetujuan ke semua partinya dan mendapat kepercayaan serta persetujuan daripada  Yang Di Pertuan Agung manakala calon Menteri Besar Selangor (pada awalnya) Wan Azizah tidak mendapat persetujuan serta kepercayaan DYMM Sultan Selangor.

Dalam pada itu sebagai manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran oleh Tuhan , adalah baiknya kalau semua pencacai Pakatan Haprak melihat juga kepada tindakan parti PAS yang menolak nama Wan Azizah malahan bersetuju dengan saranan DYMM Sultan Selangor untuk mencalonkan 3 nama.

Sepatutnya Anwar yang kini berada dilapangan pada setiap malam , harus menerangkan kepada pencacainya kenapa PAS mengambil sikap sedemikian ? Kenapa PAS tidak bersetuju dengan nama Wan Azizah ?

Tetapi Anwar lebih suka untuk mengheret minda pencacainya untuk fokus kepada soal hak rakyat sedangkan hakikatnya sebenarnya Anwar sedang menghasut mereka untuk menidakkan kuasa DYMM Sultan Selangor sendiri.

Apakah sebagai orang Melayu , kita WAJAR bersetuju dengan Anwar untuk melihat DYMM Sultan Selangor tunduk dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh Anwar dan konco-konconya ?

Sedarkah kita bahawa DYMM Sultan Selangor telah menyelamatkan rakyat Selangor apabila menolak Wan Azizah ?

Jangan lupa semua , Wan Azizah pernah menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh dan apakah jasa dan peranan beliau di bumi Permatang Pauh ? TAK ada bro .. melainkan meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada suaminya sendiri !

Satu tindakan paling BANGSAT yang selama ini menjadi amalan keluarga Anwar dan parti PKR !!!

Kerana kerakusan itu jugalah maka PAS yang dulunya begitu gah dengan prinsip parti kononnya akhirnya ditelanjangkan oleh ahli sendiri.Berita 2 orang wakil rakyat dari PAS di Selangor yang melanggar Bai'ah parti dan memberikan sokongan terhadap Wan Azizah membuktikan betapa Anwar bijak untuk memanipulasi keadaan dan dalam situasi ini MMI percaya ada janji yang telah dimeterai oleh kedua-dua pihak.

Bukan itu sahaja , PAS dilihat lebih teruk berkocak apabila wujud 2 kumpulan dalam parti mereka yang tidak sama haluan.Perbezaan pendirian kedua-dua kumpulan ini telah meletakkan parti yang selama ini dicorak seolah-olah PINTU ke SYURGA kini bukan sahaja berdepan dengan perpecahan tetapi kerosakan dalaman akibat parasit yang dibiarkan bermaharajalela selama ini.

Tidak cukup dengan itu kepimpinan tertinggi parti seperti Mat Sabu yang sepatutnya menjadi benteng kepada pertahanan parti bukan sahaja tidak berperanan tetapi berubah menjadi sebaliknya.Mat Sabu mahu PAS segera berubah dan mengikut jejak DAP dalam perjuangan politik mereka.

Lihatlah bagaimana doktrin kuasa dan kedudukan telah diadaptasikan dengan begitu sempurna dalam PAS dan ianya bermula daripada sekadar sebuah cerpen menjadi drama paling berprestij !!

Kini pada ketika semua mata tertumpu kepada hari penghakiman , desas-desus berhubung hubungan diantara Hadi dan Anwar yang semakin renggang mula kedengaran.Dan MMI percaya sememang itulah situasinya pada hari ini.

Anwar yang kini sibuk mengajak seluruh pencacainya untuk bersolidariti dengannya pada hujung bulan ini di Putrajaya akan juga berdepan dengan solidariti untuk Hadi Awang yang bakal dibicarakan di Terengganu kerana disaman oleh puak PKR !!

MMI ulangi Hadi Awang diSAMAN oleh puak PKR !!!

Bayangkan , Anwar boleh bersolidariti untuk dirinya tetapi dalam masa yang sama tidak MAMPU untuk menyelesaikan isu SAMAN terhadap Hadi.

Puak sendiri beb !! Bukankah Anwar seharusnya mencari jalan agar SAMAN itu tidak diteruskan ?

Sebagai orang besar dalam parti kenapa Anwar tidak MAMPU berbuat demikian ? Jika itu pun tidak MAMPU dilakukan oleh Anwar , untuk apa jadi Ketua UMUM ?

Dalam hal ini MMI nak ingatkan kepada juak-juak PAS supaya faham dan cepat sedar !!!!

Anwar langsung tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Hadi Awang tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk kempen "Rakyat Hakim Negara" ! Untuk siapa ?

Rakyat hakim negara hanya untuk ANWAR IBRAHIM !!!!

Alo brader pada ketika Anwar memperbodohkan puak-puak gurkha PAS , MMI tertawa sendirian kerana masih ada lagi puak-puak PAS yang hadir dalam jelajah Anwar !!! BODO PIANG !!!!

Apa benar hubungan Hadi dan Anwar semakin renggang ?

MMI rasa ampa boleh JAWAB sendiri !!!

MMI

2 comments:

  1. Mgkn enjutan Anwar ke bontot Hadi sudah tidak seperti dulu...
    Dulu tiada paksaa .. dlm rela

    Skrg dlm paksaan.. kemutan Hadi kuat..
    Anu Anwar terhalang...

    Arrgghh... manakan lancar seperti dulu..
    Pki KY Jelly pun x ok bro..

    ReplyDelete
  2. Kah!..kah!...Kah!... hampa semua pandai buat lawak.2nd. IdI Amin telah menuju kemusnahaan.

    ReplyDelete

Labels