Followers

Monday 20 October 2014

Sapa Kata SALAH Islam Belai ANJING ?


Nampaknya mereka yang mengaku Melayu dan beragama ISLAM hari ini semakin menepati istilah GLOKAL yang kini menjadi buruan banyak pihak untuk membuktikan mungkin kepada dunia bahawa Melayu Islam juga seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Keterbukaan dan penerimaan terhadap sesuatu perkara itu menjadi keinginan yang terlalu mendalam bagi segelintir dari kita sehinggakan baru-baru ini seorang artis dari Malaysia secara berterus-terang mengaku bahawa beliau dan pasangan tidak pernah punya halangan untuk anak-anak mereka yang kini sedang meningkat remaja untuk berhibur di kelab-kelab malam atas alasan keterbukaan dan proses pendewasaan.

Kini keterbukaan itu berpindah pula kepada hal-hal lain.

Sebuah program yang diberi nama "I Want To Touch A Dog" yang MMI sendiri kurang pasti siapa penganjurnya bukan sahaja menyediakan majlis penerangan berkaitan hal-hal melibatkan binatang digelar anjing tetapi turut membincangkan perkara-perkara lain antaranya soal kesihatan dan juga hal melibatkan samak apabila seseorang Islam itu menyentuh binatang yang dikategorikan sebagai haram.

Sekali pandang memang bagus sebab ianya menyediakan ruang ilmu untuk segelintir dari kita yang mungkin jahil tentang hal melibatkan hukum halal dan haram.

Namun menjadi persoalan kepada MMI kenapa penganjur menyediakan ruang serta membenarkan pula orang Melayu dan Islam untuk menyentuh anjing-anjing yang dibawa sama ke program terbabit ?

Malah menjadi kemushkilan apabila program sebegini kelibat pihak Majlis Agama Islam langsung tidak kelihatan kerana pada pandangan MMI WAJAR sekali badan ini dijemput sebagai pemerhati yang mampu memberikan khidmat nasihat kepada pihak terbabit berkaitan hal-hal yang boleh menyebabkan sebahagian daripada mereka yang jahil ini terus keliru.

Apakah mereka tidak dimaklumkan ? 

Untuk maklumah semua MMI bukanlah pihak yang benar-benar arif tentang isu menyentuh anjing namun sejak dari kecil telah diajar supaya menjauhkan diri dari binatang ini apatah lagi menyentuhnya.

Malah pencarian MMI tentang hukum menyentuh dan membela anjing dalam sudut agama Islam jelas membuktikan apa yang berlaku di Central Park, Bandar Utama adalah satu KEJAHILAN !

Hukum Menyentuh Anjing

Memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya. 

Hukum Membela Anjing

Tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Baca Selanjutnya di Anak Seberang 





Melayu GLOKAL ? Hmm rasanya istilah glokal tidak langsung menepati apa yang mereka dalam gambar lakukan.

Kadang-kadang kita alpa dengan sikap keterbukaan itu tanpa langsung memikirkan kesannya kepada diri , masyarakat dan seterusnya generasi selepas kita.

MMI

5 comments:

  1. Mereka ini bodoh lagi bebal .... tak tahu apa yang tersirat dan tersurat disebalik program ini ...Mai aku kabar ... Memang anjing mahkluk allah tapi ada kau tau yang air liur anjing itu najis berat ... kat mana anjing jilat badannya ada kau tahu.
    jangan lupa AGENDA memperlekehkan islam ,,,, FAHAMMMM

    ReplyDelete
  2. Di Akhirat nanti ada manusia (dan jin) yg masuk Neraka tanpa Mizan, ada juga yg dtg disangka pahala bnyk tp sebenar tidak dinilai Allah swt sedikitpun, bahkan dosanya pulak bertimbun timbun.
    Tp geng geng liberal ni mana dikesahnya, Akhirat, Syurga Neraka, jgn pikir dulu, dah sampai sana nanti baru pikir.

    ReplyDelete
  3. Mereka (kaum cina dan kristian) akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memecahbelahkan orang islam

    Bersatulah Melayu ! ini tuntutan Agama!

    ReplyDelete
  4. Beruntung anak perempuan diatas sebab hidup di bumi malaysia...siap bertudung lagi...adakah kamu islam atau tudung tu hanya sebagai fesyen saja....

    ReplyDelete
  5. Benar mereka salah, tapi kita ni kena mengajar mereka dengan berhemah, bukan mengutuk mereka...

    ReplyDelete

Labels