Followers

Tuesday 28 October 2014

Sesi Prosiding Rayuan Mungkin Di Lanjutkan , LANJUT LAGI !!!!


Nampaknya rombongan budak-budak dalam gambar kat atas ni mungkin akan berlanjutan sehingga ke hari Khamis ini apabila pertuduhan terhadap Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang dijadual berlangsung hari ini dan esok (28 & 29 Oktober) akan berlanjutan ke hari ketiga.

Setelah bertanya kepada peguambela kes atau pihak perayu mengenai tempoh masa yang diperlukan dalam penbentangan hujah, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memberi indikasi bahawa sesi prosiding rayuan berkemungkinan dilanjutkan sehingga Khamis (30 Oktober).

Ini berikutan hujah oleh ketua pasukan pembelaan iaitu Datuk Gopal Sri Ram masih belum selesai sejak prosiding bermula jam 9.20 pagi tadi.

Walaupun sudah berhenti rehat dua kali termasuk makan tengah hari, Gopal Sri Ram yang berhujah tentang kredibiliti saksi utama iaitu Saiful, masih berbaki dua jam.

Sesi hujah beliau kemudiannya bersambung semula pada jam 2.30 petang tadi.

Selepas Gopal Sri Ram, ada tiga lagi perayu dalam pasukan pembelaan akan membentangkan hujah masing-masing.

Mereka ialah N. Surendran yang bakal berhujah tentang kes pembelaan, Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai prosiding Mahkamah Rayuan dan Ramkarpal Singh yang berhujah tentang keterangan pakar dan bukti perubatan.rujukan astroawani

Dalam masa yang sama berlaku kekecohan di luar mahkamah apabila kumpulan pembela Anwar di laporkan membakar baju "Justice For Saiful" dan bertindak merempuh sekatan pihak Polis.Bagaimana pun keadaan terkawal apabila puak petugas AMK mententeramkan kumpulan terbabit selain membawa mereka menjauhi kawasan terbabit.



MMI agak hairan sikap apakah yang cuba di tunjukkan oleh puak-puak ni apabila bertindak sedemikian rupa ?

Adakah hanya mereka sahaja yang layak untuk hadir menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim ? Atau hanya mereka sahajalah yang layak untuk berbicara soal keadilan untuk Anwar ?

Bukankah Saiful juga berhak untuk mendapatkan keadilan ?

Apa jua yang berlaku mereka sebenarnya terdesak memandangkan kehadiran penyokong Anwar yang mengecewakan dan lebih menyakitkan hati mereka apabila penyokong Saiful Bukhari turut hadir memberikan sokongan terhadap beliau.




Perbezaan yang cukup ketara diantara kedua-dua kumpulan kerana penyokong Saiful hadir menyatakan sokongan dalam keadaan aman sementara puak pencacai Anwar jadikan undang-undang rimba sebagai pegangan mereka.Lihat sahaja tindak tanduk kedua-dua kumpulan kita pasti dapat membezakannya.

Dalam semua keadaan itu lensa secara tiba-tiba tertarik ke arah satu kelibat yang pada pandangan MMI akan menyejukkan hati manusia bernama Anwar Ibrahim.


Anwar pastu tersenyum kerana dalam hubungan yang tidak begitu baik dengan PAS pada ketika ini masih ada lagi puak gurkha ini yang hadir untuk bersolidariti dengannya.

Steady Pak Cik , cuma mau sabaq banyak sebab mungkin nak kena bertahan sampai Khamis !!!

MMI

2 comments:

  1. Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara berlaku atas dasar suka sama suka.

    ReplyDelete
  2. karpal singh dah mampus al kapuss daa....

    ReplyDelete

Labels