LONGLAI itulah ungkapan yang boleh kita gunakan hari ini apabila kehadiran Anwar bagi mendengar keputusan rayuan terhadap kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada jam 8.50 pagi tadi hanya mampu menarik 100 orang penyokong yang MMI rasa ada imbuhan.
Tanpa kelibat jentera PAS mahupun unit-unit anal mereka , situasi di perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya ternyata HAMBAR.
Seperti biasa pemimpin PKR pastinya hadir untuk terus menjilat Anwar Ibrahim dan kelibat Menteri Besar Selangor yang baru turut kelihatan (mungkin hari ini tidak sesibuk hari sebelumnya barangkali) bersama beberapa lagi pimpinan lain termasuk Wan Azizah.
Nurul Izzah pula hadir sekadar untuk punch card sahaja sebab beliau perlu segera bergegas untuk menghadiri kes penceraiannya pagi ini.
Seperti biasa walaupun jumlah penyokong tidak mencapai sasaran , usaha perlu diteruskan bagi menutup malu dan pastinya Tian Chua akan bertindak sebagai jurucakap.Laungan "reformasi" tetap dilaungkan walaupun MMI percaya sebahagian besar budak-budak berbayar yang memakai baju sponsor itu langsung tidak faham makna "reformasi" yang mereka laungkan.
Malah jumlah para wartawan serta krew untuk membuat liputan kes ini mampu menyamai jumlah kehadiran mereka yang mengaku penyokong Anwar Ibrahim.
Sesuatu yang cukup memalukan bagi seorang manusia bernama Anwar Ibrahim !
Untuk rekod peguambela Anwar , Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari pasukan pembelaan dengan alasan masalah kesihatan dan Anwar hari ini diwakili oleh 14 orang peguam.
Manakala Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria akan mengetuai panel lima hakim dalam rayuan kes liwat kedua Anwar Ibrahim hari ini.
Berita lanjut menyusul
MMI
Kalau rakyat hakim negara.. Sesuai di buat sesi soal jawab di mahkamah secara live macam di indonesia dan kita boleh tgk mcm mana anwar respon dan jawab balas kepada pertuduhan dan bukti2 sahih yg di kumpul. Di mahkamah atau di television..
ReplyDeleteSelama ni harap ke budak Pas je jd pencacai angkat najis ketum ni..
ReplyDelete