Followers

Thursday 9 October 2014

Tak Ada SALAHNYA Asalkan Mengikut SYARAT ... TERBAIKLAH Pakatan Haprak !!!

Gambar Hiasan
Kalau mengikut gambar kat atas tu ianya baru sedikit yang didedahkan , selepas ini rakyat Malaysia tak perlu lagi risau memandangkan Exco Kerajaan Negeri Selangor sudah pun bersuara bahawa tidak ada salahnya mengajurkan majlis-majlis sebegitu asalkan ianya mengikut syarat yang ditetapkan.

Mungkin selepas ini kita rakyat Malaysia boleh merasa kagum dengan apa yang bakal berlaku kerana parti-parti di kelab malam atau mana-mana premis yang sewaktu dengannya bukan setakat boleh mengajurkan parti paling seksi di dunia tetapi juga boleh menyajikan aksi-aksi bogel sepenuhnya asalkan ianya mengikut syarat.

Jika membaca kenyataan daripada Exco Selangor ini maka dapatlah ampa semua membuat rumusan dan faham dengan apa yang MMI catatkan diatas.


Tiada sebab permit penganjuran pesta Octoberfest tidak diberikan jika penganjurnya Carlsberg, sebuah syarikat arak, memenuhi syarat ditetapkan, kata exco kerajaan tetap Selangor.

Ean Yong Hian Wah (gambar) berkata, penganjur telah memenuhi syarat ditetapkan pada tahun-tahun lepas dan memperoleh permit daripada pihak berkuasa tempatan.

“Pihak penganjur juga sedia maklum dengan semua perkara yang telah saya umumkan sebelum ini.

“Oleh itu, jika pihak penganjur memenuhi syarat yang sama, tiada sebab permit tidak akan diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ean Yong juga menjelaskan laporan media berhubung kenyataannya semalam yang memberikan tanggapan kerajaan negeri mengenakan syarat tambahan untuk permohonan permit Oktoberfest 2014.

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan agensi yang memberikan permit untuk sebarang aktiviti sebegitu dan penganjur perlu memohon permit hiburan sementara.

“Ini merupakan proses biasa dan bukannya keperluan yang baru dikenakan ke atas penganjur,” katanya.

Beliau juga berkata, persetujuan polis dan kastam merupakan syarat yang sama pada tahun-tahun yang lepas dan bukannya tambahan tahun ini.

“Saya berharap pihak media dapat memperbetulkan laporan yang memberikan bayangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menolak tanggungjawab kepada PBT atau telah mengenakan permit atau syarat-syarat tambahan kepada pihak penganjur,” katanya.

Ean Yong semalam antaranya mengetengahkan beberapa syarat untuk dipatuhi penganjur, antaranya pemasangan papan tanda larangan untuk orang Melayu dan Islam, tiada pengunjung bawah umur dan mendapat kelulusan kastam dan polis.malaysiakini

Kena fikir gang walaupun dikhaskan kepada bukan Islam dan tiada pengunjung bawah umur namun sebagai sebuah negara seperti Malaysia tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan Malaysia bakal terus berubah menjadi Thailand nombor 2.

Selebihnya dalam keadaan ketika ini pun dah macam-macam berlaku , bayangkan jika semua diatas benar-benar terjadi ?? 

Tak sabar nak dengar apa kata Dyana , Rara dan awek-awek gedik DAP yang lain !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels