Followers

Thursday 20 November 2014

Benarkah Ada KASTA Dalam UMNO ??


Banyak pihak kini mula bercakap soal perubahan dalam UMNO , dan sepengetahuan MMI perubahan itu perlu dan harus segera berlaku dalam parti keramat orang Melayu ini.Begitulah jika kita memperhalusi suara-suara yang kini semakin lantang mahu melihat perubahan itu mengambil tempat seterusnya mengembalikan keteguhan UMNO sebagai pemacu kemakmuran negara serta penyelamat kepada rakyat khususnya kepada orang-orang Melayu tanpa meminggirkan mana-mana kaum lain.

Kita tahu sejak PRU12 lagi Barisan Nasional tidak lagi seselesa dulu , jika ayat seperti "letak batu pun kita menang " pernah menghiasi suasana politik UMNO satu ketika dulu kini keadaan sudah jauh berubah.

Ayat sebegitu sudah disorokkan jauh-jauh kerana kemunculannya di mana-mana mulut ahli UMNO sekalipun mampu membawa rebah kepada parti terbesar orang-orang Melayu ini.

SEDARKAH kita bahawa satu ketika dulu orang-orang UMNO LALAI !! Bukan sahaja LALAI tetapi mereka SOMBONG malah ANGKUH sehinggakan hadirnya rasa BONGKAK yang akhirnya memakan diri.

Kesilapan paling besar dilakukan oleh orang-orang UMNO apabila WUJUD perbezaan atau KASTA diantara orang-orang Melayu sendiri.Yang KAYA semakin KAYA , Yang SENANG semakin SENANG , Yang SUSAH semakin SUSAH dan Yang MISKIN semakin MISKIN !!

Soalnya apa benar KASTA itu wujud dalam UMNO ?

1.Hari ini kita sudah dapat melihat anak-anak Melayu yang lahir dari gedung UMNO sudah mengecapi kekayaan yang rasanya mampu bertahan sehingga 2 3 generasi.Tetapi dalam masa yang sama kita juga semakin KAYA dengan sikap tamak haloba dan pentingkan diri.

2.Hari ini kita sudah melihat mereka yang SENANG , dan kesenangan itu mampu memberikan keselesaan kepada diri dan keluarga masing-masing.Tetapi mereka SENANG terlupa kesenangan itu hadir hasil daripada  sokongan dan perjuangan mereka-mereka yang terdahulu.

3.Hari ini kita sudah melihat mereka yang SUSAH dan kesusahan itu mengajar mereka erti kehidupan.Tetapi sebahagian darinya masih lagi SUSAH untuk faham bahawa menuding jari kepada orang lain tidak akan membawa apa-apa perubahan.Mereka SUSAH untuk faham bahawa perpaduan dan kerja berpasukan itu jauh lebih penting daripada memijak sahabat sendiri untuk berjaya.

4.Hari ini kita sudah melihat mereka yang MISKIN dan kemiskinan ini jika dibandingkan dengan 3 kumpulan diatas begitu jauh jaraknya.Ada dikalangannya sampai merempat malah kehidupan mereka langsung tidak terurus.Tetapi ada yang dalam 3 kategori diatas masih juga MISKIN untuk SEDAR bahawa mereka-mereka ini perlu dibantu.Mereka yang MISKIN ini tidak akan KAYA dengan meminta-minta , mereka tidak akan SENANG untuk mengadu , mereka cukup SUSAH untuk tampil dan mereka cukup MISKIN untuk mengalirkan air mata didepan kita.

Walaupun tidak semua seperti mana kategori diatas hakikatnya PERUBAHAN itu perlu !!! 

PERUBAHAN yang boleh meyakinkan kita bahawa parti keramat ini masih lagi relevan dan MAMPU menjadi tempat bertaut orang-orang Melayu untuk terus melihat dan merasai hasil kemajuan tanah warisan nenek moyang kita bumi Malaysia.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang gelisah apabila MMI gunakan perkataan KASTA , saja perkataan itu digunakan bukan berniat untuk menyamakan UMNO dengan mana-mana etnik lain tetapi secara simboliknya mereka di akar umbi sudah melihat suasananya lebih kurang sama.

Tanpa menafikan semua jenis bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan dan semua usaha yang telah dan sedang digerakkan kepada rakyat , kita jangan sesekali lupa bahawa jurang itu masih ada dan jurang itu akan terus terbuka luas sekiranya kita masih lagi GAGAL untuk bersatu dalam UMNO.

Bersambung di artikel seterusnya ..

MMI

4 comments:

  1. UMNO ada dua penyakit utama. PERTAMA:Orang muda dan golongan profesional sukar mendapat peluang memimpin dek kerana yang terlalu selesa dan rakus enggan memberi peluang tersebut dan akibatnya mereka menyertai PAS! Dan UMNO bolehlah dianggap sebagai parti untuk OTAI!
    KEDUA: Kini ramai orang Melayu terutama golongan muda telah berhijrah kepada kawasan bandar. Tetapi strategi UMNO masih tertumpu kepada penduduk kawasan luar bandar! Adakah UMNO sedar bahawa hidup orang Melayu di bandar tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dan gaji yang kecil (90% RM3000kebawah)? Apakah program2 yang boleh menarik mereka ini daripada menyokong PR?

    ReplyDelete
  2. Sudah menghampiri 4 penggal presidennya sendiri lemah. Barisan kedua VIP yg byk kepentingan.
    Barisan ketiga nak bernaung utk jd VIP. Yg ke 4, 5 makmum saf VIP.
    Yg tinggal tak nak berpolitik. Maka pucuk pangkal org2 yg dah berkecimpung lah..TAPI kepala kena ambik tanggungjawab la, dah gagal sekali, kali kedua dah kira cuai, kalau kali ketiga kira ....??? Apalah yg boleh saya cakapkan...

    ReplyDelete
  3. professional kalau mindset pro PKR atau PASMA baik tak payah. Gua nak professional macam ISMA.

    ReplyDelete
  4. Tiada tempat bg golongan ptofesional didlm UMNO.Hanya yg ada sebagai pak turut shj

    ReplyDelete

Labels