“Tidak ada apa yang akan menggembirakan hati saya daripada melihat kita menebus maruah kita dalam PRU akan datang. Tidak ada yang akan lebih menggembirakan saya daripada melihat Umno berkuasa kembali (di Selangor)”
Begitulah antara ayat-ayat terakhir daripada Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mengakhiri ucapan perasmiannya dalam Konvensyen UMNO Selangor 2014 hari ini.Nada yang rasanya harus diterjemah dengan sebaik mungkin bukan sahaja oleh UMNO negeri Selangor tetapi negeri-negeri lain juga.
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk UMNO bangkit dari kelemahan sebelum ini tetapi sekurang-kurangnya inilah peluang yang harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi memperkuatkan parti tertua orang Melayu di Malaysia.
Merujuk kepada laporan daripada umno-online , Najib dalam ucapannya di Konvensyen UMNO Selangor hari ini turut menggariskan tiga realiti yang perlu Umno Selangor terima, iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.
Najib berkata Umno Selangor tidak boleh lagi terus menggunakan strategi dan langkah yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil berlainan.
“Kalau tak mengubah strategi, hala tuju, pendekatan dan mindset apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza.
“Apakah kita memerlukan pemikiran yang luar biasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Selangor di PWTC di sini, hari ini.
Beliau berkata Umno Selangor juga perlu mengambil peluang daripada kekalutan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor kini untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Mengambil contoh krisis air di negeri itu dan ‘Kajang Move’, yang disifatkan sebagai menyusahkan rakyat Selangor, Najib berkata inilah masa yang paling sesuai untuk Umno Selangor menyusun barisan serta jenteranya.
“Kita perlu tunjuk kepada rakyat Selangor bahawa kepimpinan Umno lebih baik, lebih bermakna, lebih jujur pada rakyat, lebih mementingkan perjuangan untuk membela nasib rakyat,” katanya.
Beliau turut menegur jentera Umno Selangor yang disifatkannya masih lembap dan mahu Badan Perhubungan Umno Selangor meningkatkan usaha mereka dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Kita masih lembap lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih lembap lagi. Kenapa tak tambah pengundi… tambah ahli Umno?,” kata beliau.
“Prestasi kita tak berapa menggalakkan lagi. Bangkitlah kita daripada keadaan ini. Dengan semangat baharu saya akan bantu Umno Selangor untuk mencapai kejayaan,” katanya.
Mungkin bagi sesetengah dari kita sedar dan mungkin juga sesetengah dari kita masih separa sedar ! Keputusan PRU13 yang lalu pada hakikatnya tidaklah sebaik mana jika dibandingkan dengan prestasi UMNO dan BN sebelum-sebelum ini.
Malah dalam beberapa siri PRU sebelum ini , ahli UMNO sebenarnya sedar bahawa kita sedang berhadapan dengan satu gelombang politik yang sukar untuk dikawal.Pelbagai kaedah sudah dilakukan dan kaedah itu sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian yang difikirkan baik oleh mereka yang mengaku pemikir.
Namun kita jangan sesekali nafikan disebalik semua itu kita juga berdepan dengan KEGAGALAN !! Kegagalan yang MMI maksudkan disini apabila UMNO masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan kerana perlu menyerap kelemahan parti-parti komponennya yang masih GAGAL membuktikan komitmen serta kesungguhan mereka untuk terus memenangi hati rakyat Malaysia.
Tahukah kita kesan daripada penyerapan itu telah menyebabkan berlakunya beberapa krisis dalaman UMNO sendiri sehinggakan tercatat dalam sejarah seorang Presiden UMNO meletakkan jawatan kerana desakan daripada ahli-ahli sendiri ?
Adakah tindakan sedemikian memberikan kita kelebihan ?
Jika diamati keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan jumlah kedudukan kerusi di peringkat Parlimen turut menyusut daripada sebelumnya.
Bukan mahu memandai tetapi ada yang tidak kena dengan perubahan yang cuba kita lakukan !!!
Percayalah kita tidak boleh melakukan satu lagi kesilapan serupa kerana apa yang sedang kita hadapi bukannya kerana pasukan pembangkang kuat tetapi kerana kelemahan yang sering kali kita lakukan.
Kita semua tahu jika disebut soal maruah rasanya pasukan pembangkang terlalu jauh untuk diselitkan ini berdasarkan daripada beberapa isu melibatkan kepimpinan mereka termasuklah kes yang sedang dibicarakan di mahkamah pada ketika ini.Malah isu kedudukan Menteri Besar Selangor juga membuktikan sesuatu.
Maka kerana itu MMI yakin bahawa MARUAH itu terletak di tangan ahli-ahli UMNO di semua peringkat.
Tak perlu rasanya MMI huraikan satu persatu apa yang sering berlaku cukuplah dengan apa yang telah Presiden parti ungkapkan dalam Konvensyen UMNO Selangor hari ini.
INGAT ramai lagi diluar sana yang masih belum yakin dengan perjuangan UMNO ! Mereka tidak menolak tetapi memerhatikan dengan penuh minat apakah UMNO benar-benar faham hasrat dan nadi mereka yang bergelar RAKYAT !!
Apakah UMNO mampu mengekalkan MARUAHnya ?
MMI
UBN selangor ni bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh nak diikut. Masing2 nak memenuhkan tembolok sendiri. Bapak perisiden plak ikut ikut cakap pemandu yg asyik kelaut je.
ReplyDeleteAmbil iktibar bagaimana Anwar gerakkan saraf mempengaruhi pelajar-pelajar U. Biarpun duit itu juga umpan, namun persepsi dan retorik mainan Anwar di lihat 'begitu' benar oleh yang terpengaruh. Ini lah sentimen politik bagaimana ia di suntik.
ReplyDeleteSesungguh nya jentera-jentera Umno perlukan kursus baru. Mereka kena buka jendela dan pintu agar pergerakan udara segar lebih di nikmati..