Followers

Thursday, 6 November 2014

Hari Ke-7 Keputusan Kes LIWAT ANWAR IBRAHIM ?!!


Banyak pihak kini mula melahirkan rasa ingin tahu bilakah tarikh keputusan akhir akan dibuat oleh 5 panel hakim yang kini sedang mendengar proses rayuan kes liwat Anwar Ibrahim yang sudah masuk hari ke-7.Jika diamati perjalanan kes kali ini dapatlah MMI simpulkan bahawa segala hak setiap mereka yang terlibat dalam kes terbabit telah diberikan dengan sebaiknya oleh pihak mahkamah.

Maka tidak sepatutnya timbul lagi sebarang pertikaian kononnya ada mana-mana pihak yang tidak diberikan ruang secukupnya bagi mengemukakan hujah masing-masing.SYABAS juga MMI nak ucapkan kepada barisan peguam Anwar dan beliau sendiri kerana kali ini tidak pula membeli mana-mana sijil MC untuk memaksa pihak mahkamah menangguhkan perbicaraan.

Rasanya perjalanan kes setakat ini berjalan lancar walaupun terdapat beberapa insiden kecil diluar mahkamah akibat daripada tindakan pencacai Anwar yang kononnya hadir untuk memperjuangkan solidariti untuk Anwar.

Keputusan Kes Liwat Anwat Ibrahim ...

Prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bakal tiba ke penghujungnya dengan hujah balas oleh barisan pembelaan.

Selasa lalu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari pihak pendakwaan selesai membentangkan kesemua hujahnya.

Beliau banyak menyentuh aspek fakta kes, perincian hal DNA dan bahan bukti serta menjawab isu penahanan Anwar.

Sesi prosiding rayuan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari itu kini sudah masuk ke hari ketujuh apabila kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan memerlukan tempoh tambahan bagi membuat penghuraian hujah.

Selepas selesai sesi pembentangan hujah pembelaan yang dijangka mengambil masa hingga ke sebelah petang, tanda tanya seterusnya adalah tentang pertimbangan waktu dan tarikh bagi panel lima hakim membuat keputusan.

Berikut adalah perkembangan terkini dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Putrajaya:

8.50 pagi : Anwar masuk ke kamar mahkamah bersama isteri, Datuk Seri Wan Azizah serta kenalan terdekat. Anwar menyapa ceria kepada kumpulan wartawan sebelum berbincang sesuatu dengan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

9.30 pagi : Panel lima hakim masuk ke kamar mahkamah. Prosiding dimulakan.

9.32 pagi : Sebelum sesi hujah balas pembelaan bermula, Shafee terlebih dahulu bangun dan mendedahkan tentang laporan beberapa portal berita yang memberi laporan yang tidak adil.

Melalui laporan portal berita itu, Anwar memberi kenyataan yang menyerang kredibiliti mahkamah, mempersenda peguam pendakwaan dan meragui keupayaan hakim membuat pertimbangan.

Shafee meminta mahkamah agar Anwar menjelaskan kenyataan tersebut, namun Datuk Sri Gopal Sri Ram menyatakan bahawa perkara itu tidak perlu dan menyifatkannya sebagai cubaan mengalih fokus prosiding.

9.45 pagi: Hakim memberi indikasi meneruskan prosiding. Peguam pembela Ramkarpal berhujah tentang bahan bukti yang tercemar dan pengendalian proses uji kaji sampel yang diragui ketepatan hasilnya.

10.00 pagi: Ramkarpal dan hakim Tun Arifin Zakaria berbalas-balas soalan dan jawapan tentang perincian teknikal dan saintifik yang ditekankan pihak pembelaan.

10.20 pagi: Ramkarpal memetik testimoni pakar kimia Dr. Seah Lay Hong dengan menyatakan bahawa proses uji kaji spesimen bahan bukti boleh diragui. Antara lain yang dibahaskan adalah bahan bukti sperma dan tiga barang yang diambil dari lokap tahanan.

10.30 pagi: Ramkarpal menafikan dakwaan pihak pendakwa yang menyatakan kemungkinan jejak DNA lelaki misteri selain Lelaki-Y adalah daripada Dr Osman yang memeriksa Saiful.

10.45 pagi: Isu degradasi dan sampel unggul khususnya merujuk pada bahan bukti sperma dihujahkan semula oleh Ramkarpal. Menurutnya, testimoni pakar kimia Dr Seah yang memproses bahan bukti DNA daripada dubur Saiful boleh dipertikai.

11.00 pagi: Ramkarpal menekankan, faktor degradasi memain peranan penting dalam melayakkan sesuatu bukti.

11.15 pagi: Prosiding berehat sebentar. Ditangguh ke pukul 11.30 pagi.

11.45 pagi: Sesi prosiding masih belum disambung semula. Anwar ambil peluang untuk bersama ahli keluarga, selain berbincang dengan para peguamnya.

11.50 pagi: Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang dilihat memasuki kamar mahkamah dan duduk di galeri awam.

11.55 pagi: Panel hakim tiba di kamar mahkamah dan prosiding disambung semula.

Ramkarpal meneruskan hujah dengan menegaskan bahawa adalah menjadi beban pihak pendakwa untuk membuktikan Anwar bersalah.

12.00 tengah hari: Ramkarpal berhujah tentang ketidakpastian berlaku penembusan pada dubur Saiful kerana tiada kesan fizikal ditunjukkan.

Peguam itu juga bercakap tentang kemungkinan sampel air mani yang telah diusik dan boleh diragui kelayakannya menjadi bahan bukti.

Selain itu, tempoh 56 jam sperma itu berada dalam dubur Saiful turut dibangkitkan dan ia, menurut Ramkarpal, boleh menjejaskan hasil uji kaji kerana kemerosotan sifat.

12.20 tengah hari: Ramkarpal menekankan bahawa perlakuan liwat  ke atas Saiful tidak berlaku. Dia mempersoalkan tentang dakwaan berlakunya penembusan (penetrasi) sedangkan tiada kenyataan jelas daripada doktor pemeriksa tentang kesan fizikal kemasukan 'objek' pada dubur Saiful.

Selain itu menurutnya, Dr Brian tidak pernah mempertikai prosedur uji kaji yang dijalankan Dr Seah dan Dr Nor Aidora tetapi kurang bersetuju dengan hasil uji kaji DNA tersebut.

12.40 tengah hari: Ramkarpal menyentuh soal latar belakang pakar kimia yang terlibat dalam kes itu, dan mempertahankan kredibiliti pakar kimia luar negara Dr Brian Lealie McDonald.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.astroawani

Sehingga artikel ini ditulis belum ada sebarang keputusan dibuat oleh pihak mahkamah dan banyak pihak kini mula mengjangkakan bahawa keputusan kes akan mengambil masa yang lebih lama.

Apa pun MMI sendiri belum pasti bilakah keputusan itu akan dibuat , semuanya terletak diatas kebijaksanaan barisan 5 panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

# Kalau boleh hari ni lagi bagus !

MMI

1 comment:

  1. Rasa nya hukuman akan di double kan jadi 12 tahun sebab maksimum 20 tahun. Mungkin tiada sebatan, kalau kena sebat , piiiii orang tua ni.
    Kalau terlepas, jadi hero sakan la orang tua ni. Bole baying muka dia dok senggihhhh. Silap haribulan hukuman sebelum ni yaitu liwat I (kes azizan) pun orang pertikai dan boleh bayangkan betapa haru biru jadi nanti.

    ReplyDelete

Labels