Prosiding kes liwat Anwar Ibrahim diteruskan setelah sesi sebelah pagi berhenti rehat seketika tengahari tadi.Seperti biasa dalam tempoh ini barisan peguam Anwar Ibrahim dilihat bertungkus-lumus untuk menimbulkan pelbagai keraguan bagi menyelamatkan Anwar daripada disabitkan dengan kesalahan bersalah kerana meliwat.
Perkembangan terkini dari Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan, Putrajaya:
12.50 tengah hari: Ramkarpal berhujah ada sebab untuk mencurigai Supt. Jude Pereira kerana pernah didapati 'berbohong' dalam sebuah prosiding lain.
Selain itu Ramkarpal berkata bahawa siasatan terhadap Anwar tidak dijalankan dengan baik.
Ramkarpal sekali lagi menekankan bahawa perlakuan liwat tidak mungkin berlaku atas sebab Anwar pernah mengalami masalah sakit belakang.
1.00 petang: Ramkarpal berhujah terdapat sampel daripada Saiful yang menunjukkan degradasi tapi pada sampel lain ia menunjukkan perbezaan.
Ramkarpal mengulangi bahawa atas kepelbagaian keraguan, pendakwaan ke atas Anwar perlu digugurkan.
1.10 petang: Prosiding direhatkan seketika dan disambung semula selepas waktu makan tengah hari.
2.30 petang: Prosiding disambung dengan peguam Sangeet Deo Kaur memulakan hujahnya.
Sangeet memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa tidak membuktikan DNA yang ditemui pada Saiful adalah milik Anwar sebaliknya hanya dinamakan Lelaki-Y.
Jika betulpun DNA itu milik Anwar, ada banyak faktor lain yang perlu diambil kira.
2.40 petang: Sangeet menimbulkan keraguan tentang penggunaan berus gigi, tuala dan botol air yang digunakan dalam lokap tahanan sebagai bahan bukti.
3.20 petang: Peguam Gobind Singh Deo menyambung hujah pihak pembelaan dengan menyentuh soal kaitan Lelaki-Y dengan Anwar.
3.25 petang: Gobind menangkis hujah yang mengatakan kaitan itu perlu diterima kerana Anwar satu-satunya yang menghuni lokap tersebut, namun dia menimbulkan keraguan dengan menyebut tentang pihak yang mempunyai akses terus ke sel tahanan itu.
3.45 petang: Gobind mendesak mahkamah supaya menolak bahan bukti yang diambil dari lokap seterusnya mengatakan bahawa pihak pendakwa tidak dapat membuktikan DNA Lelaki-Y ialah Anwar, lebih-lebih lagi dengan kewujudan DNA orang ketiga.
4.05 petang: Gobind mengakhiri hujahnya dan disambung oleh Gopal Sri Ram.
4.45 petang: Gopal memberitahu mahkamah dengan memetik testimoni rakan Saiful di universiti. Dalam testimoni itu. Saiful sebenarnya bukanlah pemuja Anwar, sebaliknya pernah menggelarkan Anwar sebagai 'pemimpin munafik'.
Menurut Gopal, rakan Saiful itu terkejut apabila mendapat tahu dia bekerja dengan Anwar kemudiannya.
4.50 petang: Gopal menggelar Saiful sebagai 'budak yang penuh muslihat' dan 'bukan lelaki biasa'. Gopal malah menggemparkan mahkamah dengan mengatakan bahawa Saiful menggunakan skil memikat agar pihak pendakwa mempercayai ceritanya.
5.30 petang: Prosiding direhatkan sebentar dan dijangka akan disambung sehingga lewat petang.
Gopal belum menghabiskan hujahnya yang banyak menyerang kredibiliti Saiful. Shafee dijangka akan membuat hujah balas dan Gopal meminta peluang untuk membuat penghujahan selepas Shafee.
Hadirin di kamar mahkamah mula mencongak sesama sendiri tentang prosiding ini yang bakal berlanjutan ke waktu Maghrib.
6.00 petang: Prosiding disambung semula dan Gopal meneruskan hujah.
6.20 petang: Gopal menekankan hujah dengan memetik beberapa kes lain, bahawa beban pertuduhan itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikannya.
Gopal memberitahu bahawa Anwar telahpun mempunyai pembelaan alibi dan juga menafikan dirinya terlibat dalam perlakuan liwat.astroawani
Begitulah aksi di mahkamah hari ini dan sesuatu yang menghairankan MMI adalah hujah-hujah itu seolah-olah tidak berpenghujung.Apa yang akan berlaku lagi memandangkan ruang untuk barisan peguam Anwar berhujah sudah terlalu banyak malah Shafie yang dijangka membuat hujah balas selepas barisan peguam Anwar selesai nanti akan turut pula mendapat hujah balas dari peguam Anwar.
Sampai bila agaknya aksi hujah balas membalas ini akan berakhir ?
Memandangkan prosiding kes ini masih berjalan adakah keputusan kes liwat Anwar akan dibuat malam ini ?
Dalam pada itu berlaku juga sedikit kekecohan di luar mahkamah siang tadi apabila barisan penyokong Anwar yang semakin resah mula tak senang duduk.Sambung di artikel seterusnya.
Baca juga artikel berkaitan di SINI
MMI
No comments:
Post a Comment