Memenatkan !! Bukan sekali tetapi dah berkali-kali ianya berlaku dan kita rasanya masih lagi di takuk lama menjadi saksi kepada satu lagi pertempuran melibatkan sekumpulan pendatang yang lupa diri dan semakin takbur dengan kuasa yang mereka miliki.
Pertempuran ini bukan main-main kerana kita sudah tentunya tidak mahu sejarah serangan Jepun terhadap kedudukan armada laut terbesar Amerika Syarikat di Pearl Harbour berulang.
Bukan bermaksud nak mengangkat kuasa besar YAHUDI ini tetapi pengajaran daripada serangan mengejut di Pearl Harbour yang mengorbankan ribuan warga Amerika itu yang menjadi fokus MMI ketika ini.
Jangan lupa bahawa sewaktu insiden terbabit Amerika Syarikat secara sedarnya sudah pun mengetahui bahawa Jepun mungkin akan melancarkan serangan terhadap mereka.Tetapi kerana kekurangan maklumat dan sikap ambil mudah maka kuasa besar itu bukan sahaja mendapat malu tetapi dikalahkan dengan begitu teruk sekali.
Amerika di kalahkan oleh Jepun di Pearl Harbour !!
Itu adalah hakikatnya yang sudah tercatat dalam sejarah dunia dan dalam konteks ini MMI melihat ada kebarangkalian peristiwa serta sejarah yang mungkin hampir sama akan berlaku terhadap kita.
Sejak beberapa hari lepas kita semua dikejutkan dengan satu kenyataan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng bahawa tiada larangan terhadap orang bukan Islam di negeri itu untuk menggunakan kalimah Allah kerana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba kenyataan itu dikeluarkan ? Sedangkan sebelum ini peraturan itu telah di wartakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri.
Disinilah segalanya terdedah ! Seperti yang kita ketahui , pembangkang sering kali memutar belit kenyataan agar ianya terus menjadi bahan untuk dipolitikkan.Guan Eng dan konco-konconya tahu bahawa kenyataan seperti ini secara jujurnya tidaklah terlalu memberikan impak kepada kaum dan agama lain tetapi ia mampu menjadi pencetus kepada sesuatu yang boleh dipergunakan untuk kepentingan politik licik Pakatan Haprak.
DAP tahu bahawa kenyataan sedemikian pastinya akan menyebabkan orang Melayu dan Islam marah seterusnya akan menyebabkan tsunami kebangkitan orang Melayu.Perkara ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh DAP kerana mereka juga sedar suara orang Melayu selalunya akan disusuli dengan tindakan yang akan turut sama membangkitkan rasa benci dikalangan kaum cina terhadap orang Melayu.
Malah DAP sedar akan ada di kalangan sebahagian Melayu yang akan terus memberikan sokongan terhadap mereka kononnya atas dasar tahaluf siyasi atau kesepakatan antara parti dalam Pakatan Haprak.
Nah BUKTINYA bekas banduan tanpa berselindung terus sahaja memberikan sokongan kepada tindakan Guan Eng.
Perlu diingatkan sekali lagi , Melayu yang menyokong kenyataan Guan Eng ini mengaku Islam dan kini mengepalai pasukan pembangkang di Dewan Rakyat.Malah beliau tidak berseorangan kerana dibelakangnya juga terdapat mereka-mereka yang turut sama mengaku Islam dan berbangsa Melayu.
Maka dalam situasi sebegini kita seharusnya perlu segera memikirkan jalan agar apa jua yang sedang dirancangkan dapat dipatahkan lebih-lebih lagi apabila ia mula melibatkan kedudukan agama Islam.
MMI tak nafikan bahawa ada orang Melayu yang sudah pun bertindak dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan Guan Eng tetapi adakah ia mencukupi bagi kita dalam usaha untuk mempertahankan kedudukan kita ?
Jangan salah faham dengan apa yang MMI cuba sampaikan , tidak ada sebarang niat untuk mengajak orang Melayu bangkit menggunakan kekerasan tetapi MMI mencari KETEGASAN daripada pihak berwajib dan paling penting UNDANG-UNDANG atau apa jua AKTA yang boleh kita sandarkan harapan supaya Islam terus tersimpan kemas di kedudukannya.
Sedarlah perkara seumpama ini sudah berlaku sebelumnya dan kini ianya berlaku lagi.Ini membuktikan mereka-mereka itu tidak pernah serik untuk terus mencuba.Dan MMI yakin sekiranya kita masih lemah dan lalai untuk membina kubu pertahanan yang mampan , cubaan demi cubaan itu akhirnya akan berhasil.
Sebagai contoh mudah , lihat sahaja bagaimana kita terpaksa terkial-kial untuk membuat rayuan semula terhadap pihak mahkamah akibat keputusan yang cukup tidak masuk akal.
1.Isu kalimah Allah yang memakan masa berbulan-bulan lamanya sedangkan Malaysia mengaku sebuah negara Islam.
2.Isu transgender yang dibebaskan oleh mahkamah rayuan setelah mahkamah syariah memutuskan mereka sebagai bersalah.
Banyak lagi kalau MMI nak nyatakan disini tetapi berdasarkan 2 contoh diatas jelas sekali kita terlalu lemah untuk mempertahankan apa yang kita akui sebagai milik kita.
JANGAN ULANGI lagi kesilapan seperti mana kita terlalu berlembut dengan blogger seks Alvin , Namawee dan mereka yang seangkatan dengannya.Mereka tidak akan berhenti selagi mana kita terus memberikan ruang.
Percayalah sekiranya boleh mereka mahu sahaja menghapuskan perkataan MALAY dari kamus negara kerana sasarannya kini adalah MALAYSIAN.
Dalam tiap peperangan , kita perlu sedar bahawa kita sedang berperang !! Jangan sesekali mengangap musuh itu sebagai sahabat kerana musuh tetap musuh.
Musuh tidak akan berdiam diri dan mereka akan menggunakan segala muslihat untuk melalaikan kita demi mencapai matlamatnya.
INGAT Pearl Harbour dilumpuhkan kerana muslihat licik orang Jepun pada ketika itu.
Jangan sampai kita juga menerima nasib yang sama !!!
Are We Losing This War ?
MMI
Di USA pun borang yang perlu diisi, mempunyai field Race:
ReplyDeleteCaucasian, Hispanic, Afro American, Asian, Native Indian, Others
Be real.
Melayu tidak kalah. Cuma kini Tuhan bongkarkan siapa-siapa munafik melayu yang WAJIB kita cantas. Mereka memang berbahaya. Zaman Nabi, golongan ini memang bermuka dua, berpura-pura dalam jemaah dan waktu yang sama sentiasa bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, memperalatkan mereka dengan ganjaran kemewahan duniawi. Golongan munafik ini bukan lah kategori "insan" yang di sebut dalam Al Quran. Hati mereka "sudah di matikan" seperti di firmankan.
ReplyDeleteLagi satu bala apabila ulama-ulama Islam semakin menjauhi diri, atau sengaja di nafikan keberadaan mereka dalam arus perdana pentadbiran.
Kita lihat ISMA dan Perkasa masih bertahan, di serang cara konsisten dan bertubi-tubi oleh melayu munafik dan kafirun harbi. Mereka sedar pertubuhan ini tidak memufaratkan tetapi "jenama Melayu dan Islam" itu yang ingin di matikan. Malah Umno begitu menjauhkan diri dan konon nya takut di cop rasis, satu terma keramat Dap. Sebahagian Melayu sudah lupa kenapa pertubuhan ini wujud dan atas sebab apa.
Sekurang-kurang nya Pertubuhan Melayu Islam ini sudah bertindak sebagai perisai menjaga Umno, agar MUSUH ( tindakan dan provokasi terlampau ekstremis bukan Islam di bawah "payung" dan lidah rasmi mereka) menyerang Melayu Islam tanpa had dan tiada belas ihsan lagi setelah di sokong padu dari pihak melayu "yang di restui" pentadbir utama Melayu.
Sedih nya, belum ada kesungguhan dari kalangan tokoh-tokoh Melayu secara berpadu teguh mengimbangi perbuatan memecah belah Umat Islam Malaysia secara lantang kebelakangan ini. Siapa yang memberi lampu hijau ?