Followers

Tuesday, 16 December 2014

Antara BUKTI Betapa PAS Selama Ini GAGAL !!


Sekali pandang jelas ia memperlihatkan bagaimana akrabnya pimpinan dalam parti PAS hari ini.Pelukan yang kelihatannya begitu mesra hampir pasti mampu sahaja menarik jiwa para mereka yang masih lagi setia membabi buta dengan parti PAS.

Kemudiannya aksi serupa turut cuba di tonjolkan dalam Pakatan Haprak kononnya keakraban 3 parti yang berjanji sehidup semati itu adalah yang terbaik dalam semua parti politik yang ada di Malaysia termasuklah kononnya jauh lebih baik dari UMNO dan Barisan Nasional.

MMI masih ingat salah seorang pemimpin PAS di negeri Perak yang hari ini berstatus Ahli Parlimen pernah mengatakan dengan tegas dalam satu forum di Pulau Pinang bahawa parti itu akan menggunakan segala ruang yang ada bersama Pakatan Haprak untuk memastikan mereka yang bukan Islam daripada (DAP & PKR) memahami Islam melalui proses penerangan yang akan digerakkan oleh jentera PAS.

Sebelum itu MMI nak ingatkan janji itu berlaku pada tahun 2008 yang lalu dan sehingga kini rasanya segala yang dijanjikan itu hanyalah momokan kosong yang jauh menyimpang.

Malah kalau semua masih ingat PAS bukan sahaja longlai tetapi telah membuka ruang untuk DAP menyemai benihnya sehingga Timbalan Presiden PAS sendiri pernah mengajak PAS berubah menjadi DAP.

Begitulah tersasarnya PAS hari ini dan semenjak kemelut politik di bumi Selangor menghiasi kalendar politik negara , PAS bukan sahaja hilang integritinya tetapi maruah pimpinannya terus diperkotak-katikkan.

Di herdik oleh DAP dan di macaikan oleh PKR adalah perkara biasa yang dialami oleh PAS dan semenjak itu mereka seolah-olah selesa dan ada kalanya cuba untuk mengherdik kembali tetapi segalanya tidak dilayan kerana PAS hanyalah parti bertaraf pencacai dalam Pakatan Haprak.


Kini setelah DAP sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk menolak HUDUD , PAS masih membisu dan kalau ada sekalipun hanyalah kata-kata yang bunyinya sayup-sayup langsung tidak menggigit.

Paling pasti kata-kata dan janji Ahli Parlimen PAS dari Perak pada 2008 yang lalu masih lagi menjadi JANJI MUNAFIK dan sekadar gula-gula politik dan bermegah-megah.

Well kita tahu mereka bercakap berdegar-degar seolah-olah mereka jauh lebih maksum tetapi hakikatnya mereka turut sama menggadaikan kesucian Islam dengan menyokong kalimah Allah di gunakan oleh bukan Islam.


Selain dari itu jangan lupa PAS antara penyokong kuat anak muda ini sewaktu PRK Teluk Intan tempoh hari.

Tak nak tegur ker bro ?????

HUDUD ?? Hmm kita tunggu tengok apa jadi !!!

MMI

1 comment:

Labels