Followers

Thursday 18 December 2014

Cerita PANTAU Dalam PAS PIS PUS !!


Apabila kita berbicara tentang PAS hari ini , kita perlu sedar dan tahu bahawa parti tersebut sedang berada dalam satu keadaan di mana kewujudan puak-puak dalam parti telah menyebabkan kedudukan pemimpinnya semakin tersepit.

Memang benar ada yang berkata lebih banyak pendapat dan pandangan akan lebih baiklah satu-satu keputusan itu dibuat dan ianya bakal menghasilkan satu keputusan yang TERBAIK !!

Soalnya terbaikkah keputusan yang dilakukan oleh PAS hari ini ?

Sebelum pergi lebih jauh , adalah lebih baik MMI mengajak semua untuk melihat kepada keputusan parti PAS sama ada mahu terus berada dalam Pakatan Haprak sebagai pencacai terhormat atau bertindak GARANG dengan memutuskan segera perkahwinan mutaah itu.

Secara ringkasnya setelah apa yang telah berlaku dalam parti tersebut , pemimpin tertinggi PAS hari ini dilihat masih lagi terkial-kial untuk mendapatkan satu keputusan yang benar-benar membawa jiwa PAS itu sendiri.

Dari rentak tari Hadi dan mereka yang pro kepada beliau jelas mereka begitu tidak selesa dengan beberapa puak lain yang punya kiblat tersendiri.

Rentak Hadi dan Mat Sabu tidak pernah sama malah watak yang dipertontonkan kepada umum bukan sahaja skeptikal malah langsung tidak menjadi.

Ramai diluar sana sedar dan nampak perkara ini berlaku cumanya masing-masing tersekat dengan sedikit harapan kabur yang mahu melihat PAS kembali seperti dulunya.

Namun ianya sudah terlalu jauh meninggalkan parti itu kerana sikap dan ego yang tinggi para pimpinan yang suka main sorok-sorok.

Akhirnya PAS bukan sahaja dilabel sebagai MERAPU malah hilang MARUAH ! 

Kini kewujudan PASMA benar-benar memberikan tamparan kepada PAS dan ianya bukan sahaja sudah sampai ke tahap membingungkan tetapi juga hampir kepada rasa gemuruh dan menyeramkan tiap ruang roma di seluruh anggota badan para pimpinan PAS.

Well selepas PASMA kini muncul pula GU !!

Antara kenyataan yang berbau rungutan dalam portal pro-pembangkang ...
Selain memantau kegiatan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), PAS juga akan meneliti kegiatan sebuah lagi NGO kontroversi yang digerakkan anggota parti itu, dikenali sebagai Geng Ustaz (GU).
Difahamkan langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS kelmarin dan pekeliling berkaitan kini diedar kepada setiausaha PAS di negeri-negeri.
Pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.
Dalam pekeliling itu, menurut sumber, jawatankuasa khas dipengerusikan Naib Presiden Salahudin Ayub akan bertemu GU untuk memantau kegiatan mereka dari masa ke semasa.
Penggerak dan aktivis PasMA sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan persoalan kenapa hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa “penguatkuasaan” PAS.
Sedangkan, kata mereka, kenyataan lebih keras berkaitan pergolakan dalaman PAS sering ditimbulkan oleh GU.
Terima larangan sertai PasMA
GU dipelopori ulama-ulama muda PAS dan diketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak Norazli Musa.
GU dan PasMA wujud ketika krisis menteri besar Selangor memuncak sebelum ini.
Kumpulan itu sebelum ini mencuri perhatian selepas menganjurkan solat hajat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ketika Pakatan memilih calon lain.
Dilihat mewakili kepentingan kumpulan proulama PAS, GU lantang menentang kemunculan PasMa yang digerakkan anggotanya yang dikatakan pro-Pakatan.
Pada 24 November lalu, Salahuddin mengadakan pertemuan dengan pemimpin PasMA ekoran wujudnya 'keresahan' selepas Majlis Syura PAS melarang anggota parti itu terlibat dengan NGO itu.
PasMa yang diketuai bekas exco Kedah dan ADUN PAS Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi sejak Ogos lalu, mencetuskan polemik baru dalam PAS.
Ia malah mendapat perhatian pelbagai pihak dan menjadi subjek perbahasan pada muktamar parti itu di Johor baru-baru ini.
Sementara itu, Malaysiakini difahamkan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Pusat Sabtu lalu juga menerima larangan Majlis Syura demi "keutuhan dalaman".
Kemudiannya kita lihat salah satu komen daripada blog pro-PAS atau pembangkang .. what ever !!!


Dengan tekanan daripada teman sebantal DAP berkaitan HUDUD , adakah PAS mampu untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia mereka adalah parti yang benar-benar punya PRINSIP ??

PAS PIS PUS ..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels