BAGAIMANA DENGAN PERARAKAN AGAMA & BUDAYA LAIN ?
Adalah menjadi perkara biasa strategi seperti ini dilakukan kerana Pulau Pinang hari ini bukan lagi seperti dulu.Bagi yang tidak menetap di Pulau Pinang mungkin agak kurang merasai apa yang sebenarnya menghantui diri setiap orang Melayu dan Islam semenjak DAP mula berkuasa pada 2008 yang lalu.
JANJI dan gula-gula politik DAP sedikit demi sedikit telah merubah bukan sahaja sebahagian daripada Melayu itu sendiri tetapi turut menikam jauh ke dalam jiwa dan roh mereka sehingga ianya tidak lagi berupaya untuk membezakan antara ideologi politik dan kedudukan agama Islam itu sendiri.
Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini memutuskan untuk tidak lagi membenarkan perarakan Maulidur Rasul yang panjang dan memakan masa sebaliknya mahu menggantikannya dengan dengan tazkirah, solat sunat duha, selawat dan berzanji.
Agak menghairankan bagi MMI kerana keputusan ini dibuat pada ketika orang Melayu dan Islam masih lagi dalam keadaan marah dengan keputusan Guan Eng baru-baru ini yang membenarkan orang bukan Islam di negeri ini untuk menggunakan kalimah Allah
Apakah yang sedang dilakukan oleh rejim DAPigs ?
Pada pandangan MMI ini merupakan satu lagi penghinaan kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap orang Melayu dan Islam yang dibuat secara terang-terangan.
Apa jua alasan yang diberikan oleh Malik Kassim , keputusan sedemikian mencerminkan betapa double standardnya kerajaan DAP terhadap Islam dan orang Melayu seterusnya membuktikan betapa jahat dan liciknya mereka untuk menghakis sedikit demi sedikit nilai dan budaya Islamik yang selama ini menjadi tradisi sejak beberapa lama dulu.
Secara umumnya keputusan untuk melakukan penambahbaikkan dengan mempelbagaikan program dalam sambutan tersebut adalah sesuatu yang baik namun mengapa perarakan sambutan itu perlu disekat ?
Adakah rejim DAPigs melihat perarakan Maulidur Rasul yang panjang dan memakan masa itu MAMPU menggugat kedudukan orang bukan Islam di Pulau Pinang ?
Atau rejim DAPigs melihat perarakan ini MAMPU membangkitkan semangat orang Melayu dan Islam untuk bangun seterusnya menjadi penentang kepada dasar-dasar berat sebelah kerajaan DAP di Pulau Pinang ?
Jika mengambil kira kepada gangguan sewaktu perarakan kaum dan agama lain , MMI boleh sahaja menyatakan sambutan serta perarakan melibatkan kaum Cina dan India juga sebenarnya turut mengganggu hak orang-orang Melayu dan Islam.
Malah terdapat jalan-jalan yang ditutup khas sempena perayaan dan perarakan kaum dan agama lain di Pulau Pinang yang turut sama menjejaskan aktiviti orang Melayu dan Islam.
Malik Kassim harus tahu bahawa perarakan yang panjang dan memakan masa sekalipun tidak pernah mengganggu mana-mana pihak lain kerana orang Melayu dan Islam tahu menjaga sensitiviti serta hak agama lain.
Malahan perarakan kaum dan agama lain yang selama ini bertapak di Pulau Pinang tidak pernah sekalipun menimbulkan rasa cemas atau dibantah oleh mana-mana orang Islam !
Sejujurnya keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang itu tidak berasas dan ia harus di tarik balik kerana ianya dilihat lebih kepada usaha tersirat pihak tertentu yang berada dibelakang Malik Kassim.
Apa pun MMI nak ucapkan TAHNIAH kepada para pimpinan PAS serta pemimpin-pemimpin Melayu yang berada dalam PKR kerana rela menjadi agen kepada DAP untuk meruntuhkan sedikit demi sedikit nilai serta budaya Islam yang selama ini tidak pernah mengganggu kedudukan agama lain dan juga hak kaum-kaum lain.
Mungkin inilah natijahnya apabila terlalu memuja Tokong DAP !!
MMI
Kepada MELAYU PAS n PKR .. TUAN RELA MENJUAL MARUAH DIRI n AGAMA ..
ReplyDelete