Followers

Tuesday, 30 December 2014

Konsert Ambang Tahun Baru 2015 Kerajaan DAP Tipu Rakyat ?!!


MMI di fahamkan bahawa satu konsert bagi menyambut kedatangan tahun baru 2015 akan diadakan di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada tanggal 31 Disember 2014 nanti.

Namun timbul sedikit kekeliruan memandangkan pada ketika dan saat negara sedang dilanda bencana banjir di beberapa buah negeri , kebanyakkan pihak khususnya kerajaan pusat mahupun negeri-negeri sudah pun menyatakan persetujuan mereka untuk membatalkan semua jenis acara berbentuk hiburan bagi menghormati mangsa-mangsa banjir yang kini sedang trauma dan menderita akibat kehilangan harta benda akibat banjir.

Dan MMI sekali lagi keliru apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco kerajaan negeri DAP baru-baru ini dalam sinaronline yang mengulas tentang isu penganjuran sambutan tahun baru di Pulau Pinang.


Well jika merujuk kepada kenyataan diatas jelas Exco Kerajaan Tempatan , Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir , Chow Kon Yeow hanya menyebut bahawa kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak akan masuk campur dalam mana-mana penganjuran acara serupa melibatkan pihak persendirian.

Persoalannya bagaimana pula dengan acara serupa yang turut melibatkan kerajaan negeri seperti mana yang tertera dalam poster di atas ?

Sehingga artikel ini ditulis pelbagai pihak sudah pun menyatakan bantahan serta kecaman mereka terhadap penganjuran Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang bakal diadakan di Padang Kota tersebut.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang .. 
KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG BERKAITAN PENGANJURAN KONSERT ‘PG2015, THE 10TH PENANG GOLDEN NEW YEAR’S EVE COUNTDOWN CELEBRATION’ DAN ‘TRANCE MOVEMENT’  OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ yang dicadang untuk dilaksanakan pada malam tahun baru 2015.
Di saat negara berada dalam kedukaan berkaitan tragedi banjir besar yang melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung saat ini, ketika sebahagian besar saudara kita terutamanya di negeri Pantai Timur bertarung dengan bencana alam, di saat saudara kita yang terlibat dengan bencana kehilangan tempat tinggal, kekurangan keperluan asas, tiada makan dan minum yang sewajarnya.
Ini ditambah pula dengan peristiwa terbaru kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang menyebabkan seluruh dunia bersedih dengan kejadian ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya sensitif dan menghormati mangsa-mangsa banjir besar ini dengan tidak menganjurkan konsert dan program yang berbentuk hiburan yang pastinya mengundang rasa tidak puas hati rakyat dengan konsert ini, seterusnya mengundang implikasi negatif terhadap moral khususnya pada golongan remaja di negeri ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang merasakan adalah tidak wajar sama sekali konsert sambutan tahun baru ini diadakan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya menyelami isi hati rakyat terutamanya mereka yang ditimpa bencana saat ini. Sekalipun tidak mahu membantu, janganlah menunjuk sikap tidak prihatin seolah-olah apa yang berlaku tidak memberi kesan pada naluri kemanusiaan kita yang tidak ditimpa bencana. Sekarang adalah waktu bencana, seharusnya program-program seperti ini dibatalkan.
Tidak salah kiranya kerajaan negeri membatalkan konsert ini seterusnya menyalurkan dana konsert ini untuk membeli keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir dan untuk belanja pasca banjir yang semestinya memerlukan suntikan dana yang besar bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala.
Jangan hanya pandai bercakap seolah-olah tugas ini hanya perlu digalas oleh kerajaan persekutuan, seharusnya kerajaan negeri juga perlu mengambil inisiatif bersama dalam membantu memulihkan kembali negeri-negeri yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dalam hal ini serta asyik menunding jari kepada pihak lain apabila ditegur.
Akhir kalam, kerajaan negeri Pulau Pinang didesak sekeras-kerasnya untuk membatalkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ ini, jagalah sensitiviti rakyat sekalipun anda tidak punya rasa sensitif terhadap apa yang berlaku. Sedangkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain membatalkan semua perayaan dan program berbentuk hiburan di seluruh negara bagi menzahirkan rasa hormat kepada mangsa bencana, mengapa kerajaan Pulau Pinang tidak boleh melakukan perkara yang sama ?
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang ..
KENYATAAN MEDIA
MENDESAK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MEMBATALKAN PENGANJURAN KONSERT AMBANG TAHUN BARU

Assalamualaikum & Salam sejahtera
Merujuk kepada perancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan Konsert Ambang Tahun Baru "PG2015" di Padang Kota dan "Year End Countdown To 2015" di Persiaran Karpal Singh anjuran syarikat swasta dan program-program lain yang seumpama dengannya, pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang mendesak agar penganjuran program berbentuk hiburan ini dibatalkan dengan serta-merta.
Di saat negara sedang berduka-cita dengan bencana banjir besar yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Johor, adalah sangat tidak wajar untuk kita di negeri Pulau Pinang bersuka ria dan menganjurkan program hiburan meraikan tahun baru 2015. Seharusnya, kerajaan dan rakyat negeri Pulau Pinang menunjukkan rasa simpati kesengsaraan yang dihadapi dan tanda solidariti kita terhadap saudara-saudara kita yang ditimpa musibah banjir.
Selain tidak menghormati dan prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku, penganjuran konsert-konsert ini juga tidak mendatangkan faedah kepada warga Pulau Pinang malah ia hanya akan mengudang masalah gejala sosial di kalangan generasi muda negeri ini. Sebagai sebuah pertubuhan belia, GPMS Negeri Pulau Pinang melihat penganjuran konsert-konsert ini akan membuka ruang kepada generasi muda untuk berhibur dan berfoya-foya tanpa batasan selain melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan budaya dan agama.    
Dari aspek Islam, penganjuran konsert-konsert adalah program berbentuk maksiat yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Apabila dianjurkan konsert seperti ini sudah pasti akan wujud aktiviti-aktiviti maksiat dan tidak bermoral yang lain seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pemakaian yang tidak senonoh, pengambilan arak dan alkohol, penyalahgunaan najis dadah seperti pengambilan pil ekstasi dan lain-lain lagi. 
GPMS Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran konsert-konsert ini kerana ia bukan hanya merosakkan akhlak generasi muda dan malah ia juga merupakan suatu pembaziran. Saranan GPMS Negeri Pulau Pinang adalah lebih baik sekiranya dana untuk menganjurkan konsert-konsert ini disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir daripada meneruskan penganjuran konsert yang tidak memberikan sebarang menafaat.
Kita sedia maklum, Kerajaan Persekutuan turut membatalkan hasrat penganjuran Konsert Ambang Tahun Baru pada tahun ini begitu juga dengan beberapa negeri yang lain. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewajarnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap musibah yang menimpa dengan mengambil langkah yang sama dengan membatalkan Konsert Ambang Tahun Baru dan menggantikan dengan program berbentuk keagamaan.
Dalam hal ini GPMS Negeri Pulau Pinang sangat memandang serius dan berharap agar Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menggunakan kuasa dan budi bicara beliau untuk membatalkan penganjuran konsert-konsert ini. GPMS Negeri Pulau Pinang juga berharap agar YB Tn. Hj. Abdul Malik Abdul Kasim selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dapat memainkan beliau untuk menasihati YAB Ketua Menteri dan seterusnya merangka program-program berbentuk keagamaan atau program Islamik daripada meneruskan hasrat menganjurkan Konsert Ambang Tahun Baru.
Sekian, terima kasih.

AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang
29 Disember 2014 / Rabiul Awal 1436H 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pulau Pinang ..


Persoalan yang timbul ketika ini ADAKAH kerajaan DAP di Pulau Pinang cuba membohongi rakyat ?

Berdasarkan kenyataan Chow Kon Yeow , kerajaan DAP Pulau Pinang ternyata masih belum membatalkan apa-apa acara sempena tahun baru melainkan menyatakan mereka tidak masuk campur dengan penganjuran pihak persendirian dan TIDAK PUNYA HAK untuk membatalkan mana-mana acara melibatkan pihak persendirian.

TAK ADA HAK ? Lagi sekali MMI keliru memandangkan setiap acara semestinya memerlukan permit daripada pihak berkuasa tempatan selain daripada kuasa kerajaan negeri yang boleh membuat saranan serta gesaan kepada semua pihak supaya menghentikan semua jenis acara sambutan berbentuk hiburan bagi menghormati rakyat Malaysia yang kini sedang ditimpa musibah.

Takkanlah warga Pulau Pinang begitu kejam sehingga sanggup untuk terus berhibur pada ketika yang lainnya sedang berduka ?

Seperkara lagi merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh FreeMalaysianToday , keputusan untuk membatalkan konsert tahun baru tidak dapat diputuskan kerana Ketua Menteri sedang bercuti ? KLIK SINI 

Sejauh mana kebenaran laporan ini dan apakah pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap penganjuran konsert tersebut ?

Rasanya saki baki pemimpin DAP yang masih berada di Pulau Pinang PERLU SEGERA menjelaskan kepada rakyat status penganjuran konsert yang dijadualkan akan diadakan pada 31 Disember 2014 nanti memandangkan banyak pihak sudah tampil mengecam serta mendesak ianya di BATALKAN !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels