Followers

Friday, 12 December 2014

Pemimpin UMNO Buat Laporan POLIS Terhadap 1MDB


Antara isu yang MMI jangka akan panas petang ini adalah tindakan seorang pemimpin bahagian Umno membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), firma pelaburan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

Menurut Datuk Khairuddin tindakannya membuat laporan polis tersebut adalah disebabkan wujud rasa curiga dengan perjalanan 1MDB.

"Saya berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang tidak telus," katanya kepada pemberita.

1MDB menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk Pakatan Rakyat, yang menyifatkan 1MDB sebagai "ibu segala skandal" dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik keras badan pengurusan dana tersebut.

Laporan itu dibuat ke atas 1MDB dan lembaga pengarahnya.

Khairuddin juga memberi amaran bahawa beliau akan membuat laporan ke atas Najib sebagai menteri kewangan sekiranya tiada tindakan susulan diambil ke atas laporannya.

Well apa jua yang berlaku perlu segera diselesaikan ..

MMI

7 comments:

  1. agenda menjatuhkan najib oleh group yang semua orang tahu sedang memasuki fasa kedua! kita tengok yang seterusnya! penghapusan umno dari dalam sedang rancak berjalan! PR bakal ke putra jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengadu adalah penyokong kuat TM,selagi TM masih ada,siapa pun jadi PM ,akan mengalami masalah dalaman.!MDB akan mengalami nasib seperti NFC,terlungkup kerana terlalu banyak ganguan.TM sepatutnya perbetulkan Proton ,yg dah banyak telan wang rakyat,kerana Proton harga semua kereta import terpaksa di naikan berpuluh ribu RM sebuah sejak hampir 30 tahun lalu.

      Delete
    2. Boleh bezakan proton dgn 1mdb.Dari segi nilai aset dan liabiliti.

      Delete
  2. Politicians....Government or Opposition.....ARE 99% SCUMBAGS!


    ReplyDelete
  3. Macam Penghapusan ISA, penasihat2 PM telah menjuruskan negara ke kanca tidak tenteram disebabkan terlalu ikutkan kemahuan PR, macam NFC, terlingkup juga lembu2 yang sepatutnya boleh mengurangkan pegimportan daging dari luar, juga kerana adanya agen agen dalaman yang mahukan isu tersebut dijadikan satu fitnah. 1MDB juga adalah salah satu isu yang mula dipertikaikan oleh orang yang sama dalam PKR, kesannya menular pada kebluran dalam UMNO, tapi malang sekali kebluran UMNO ini telah diambil enteng oleh 1MDB sendiri, Tun M, menyelar bukan kerana Tun M tidak setuju, tapi lebih kepada agar 1MDF menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh PR sejelas2nya dan platformnya adalah masa perhimpinan UMNO lepas agar seluruh bangsa Melayu tahu, bahawa 1MDB merupakan satu pelaburan besar bagi bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  4. IMDB patut saman PR kerana tabur fitnah.

    ReplyDelete

Labels