Followers

Friday 12 December 2014

What Is Going On ??


PUTRAJAYA 11 Dis. - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menganugerahkan ganti rugi berjumlah lebih RM4.55 juta termasuk faedah kepada lima bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana ditahan secara tidak sah pada 2001 di bawah akta itu yang kini dimansuhkan. 

Mereka ialah anggota Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Hishamuddin Rais, anggota dewan negeri Hulu Klang, Saari Sungib, Badaruddin Ismail dan bekas anggota Majlis Tertinggi PKR, Badrulamin Baharom. 

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Abdul Wahab Patail, dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada lima orang itu tetapi membenarkan sebahagian rayuan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan berhubung ganti rugi itu. 

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid telah mengurangkan jumlah ganti rugi bagi setiap penahanan mereka dari RM15,000 kepada RM10,000 sehari untuk antara 41 hari dan 54 hari. 

Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi yang memerintahkan Norian, KDN dan kerajaan membayar RM30,000 ganti rugi teruk seorang, berjumlah RM150,000. - BERNAMA

What is going on ?

MMI

2 comments:

  1. Itulah padahnya apabila ISA dimansuhkan.... KDN dan PDRM kena minta budjet dari YAB PM.... pasal dia la yg memansuhkan ISA.... tahniah Najib dan BN....

    ReplyDelete
  2. Sungguh tidak masuk akal sekarang ini. Orang yg membuat banyak onar di anugerahkan. Dunia akhir zaman.

    ReplyDelete

Labels