Followers

Friday 19 December 2014

SAH Ker Persidangan DAP 2014 ?


Kalau diikutkan daripada isu dan kes pemilihan CEC yang dah sampai ke pihak ROS ni , parti DAP seharusnya digantung daripada menjalankan apa-apa aktiviti.

Sebab , laporan yang telah dikemukakan oleh ahli DAP sendiri bahawa wujud banyak kepincangan dalam proses pemilihan CEC parti itu masih lagi belum selesai.

Pihak ROS pula sebelum ini sudah pun mengeluarkan arahan pada tarikh 6 Disember 2013 melarang pemegang Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang belum disahkan jawatan mereka, membuat sebarang keputusan parti sehingga siasatan terhadap DAP selesai.

Sehingga kini belum ada sebarang keputusan daripada siasatan yang dilakukan dan ini menimbulkan tanda tanya kepada kita bagaimana parti DAP boleh pula mengadakan persidangan tahunannya ?
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf konvensyen DAP baru-baru ini kerana wujud pelbagai perkara meragukan terutama membabitkan 'hak' pemimpin parti.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata, konvensyen berkenaan perlu diharamkan kerana pemimpin DAP tiada kuasa memanggil persidangan berkenaan memandangkan arahan ROS bertarikh 6 Disember 2013 masih berkuat kuasa.
Katanya, arahan berkenaan dengan jelas melarang pemegang Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang belum disahkan jawatan mereka, membuat sebarang keputusan parti sehingga siasatan terhadap DAP selesai.
Dalam hal ini, Rahmad berkata, segala keputusan yang dibuat dalam konvensyen berkenaan termasuk usul dan resolusi yang dipersetujui oleh perwakilan telah melanggar peraturan ROS.
“Lebih parah ada resolusi yang ditetapkan dalam perwakilan berkenaan iaitu menolak hukum hudud yang berkait dengan agama Islam sekiranya pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya, ROS tidak seharusnya berdiam diri dan membiarkan pemimpin parti berkenaan sesuka hati melanggar peruntukan undang-undang negara.
“Rakyat berhak mengetahui sama ada arahan bertarikh 6 Disember berkenaan masih relevan atau sudah dibatalkan tanpa pengetahuan umum,” katanya. -
“Sekiranya masih terpakai dan kebal di sisi undang-undang, mengapa tidak ada tindakan drastik diambil untuk menghentikan perbuatan melampau oleh pemimpin parti berkenaan,” katanya. -UM 

Untuk rekod bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor pada 14 November 2013 pernah menyatakan bahawa Konvensyen DAP Pulau Pinang 2013 yang dijadual diadakan pada Disember tahun itu tidak boleh diadakan selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum mengesahkan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti tersebut.

Beliau berkata pemimpin DAP dan anggotanya perlu mematuhi peraturan itu kerana jika konvensyen itu diteruskan ia tidak sah dan menyalahi perlembagaan parti.

"Ingin saya tegaskan bahawa konvensyen DAP negeri tidak boleh dijalankan dan jika tetap diadakan ia tidak sah kerana bercanggah dengan perlembagaan parti mengikut Fasal XV(6) yang menyebut bahawa tarikh konvensyen biasa negeri hendaklah ditetapkan oleh CEC.

Zulkifli turut mengingatkan Lim supaya tidak bertindak secara diktator untuk terus mengadakan konvensyen negeri dengan melanggar peruntukan dalam perlembagaan parti.

Katanya banyak masalah yang berlaku dalam DAP adalah disebabkan kelemahan dan ketidakmampuan Lim untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung parti.

"Ini jelas menunjukkan bahawa Lim mentadbir parti dan kerajaan tanpa berpandukan perlembagaan, peraturan dan dasar yang ditetapkan malah DAP yang ada pada hari ini sudah jauh berubah sejak 2008, dengan barisan kepimpinan muda yang tidak berkelayakan dan jauh menyimpang daripada amalan yang sudah lama dipraktikkan parti," katanya.

Pelik bin ajaib ! Tak ada satu pun pihak berwajib yang mengeluarkan arahan atau apa-apa kenyataan berhubung isu pemilihan CEC terbabit.Dalam masa yang sama DAP selamba ja macam tak ada undang-undang kat Malaysia ni.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels