Legenda bola sepak negara Khalid Ali menyifatkan hanya tuah dan semangat yang bakal mampu menjulang semula Harimau Malaya dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF esok, berbanding Thailand yang diakui jauh lebih baik.
Katanya, hakikat ini perlu diakui berdasarkan persembahan dan keputusan 2-0 yang menyebelahi skuad Gajah Perang di Stadium Rajamangala, Bangkok, kelmarin walaupun anak buah Dollah Salleh bakal menjadi tuan rumah di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Skuad Kiatisuk Senamuang itu juga menang 3-2 dalam perlawanan peringkat awal di Singapura.
“Kita tidak boleh menafikan Thailand lebih baik daripada kita. Kalau apa-apa pun terjadi di Bukit Jalil (Malaysia kembali bangkit menang), itu mungkin sebab nasib atau semangat pasukan kita yang lebih tinggi.
“Di atas kertas pun, kita tiada peluang dan masalahnya pasukan kita tidak boleh main (fokus) hingga habis perlawanan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV, ‘Mencari Ramli Musim 4’ TM di sini semalam.
Khalid yang turut menjadi pengulas perlawanan Malaysia dalam Piala AFF dengan sebuah stesen TV swasta, menegaskan, sesebuah pertandingan antarabangsa memang jauh berbeza dengan Liga Malaysia.
“Pada peringkat ini, stamina, kemahiran dan pemikiran pemain kita perlu lebih tinggi. Kalau tiada kriteria ini, kita akan terus ketinggalan dengan lawan,” kata anggota skuad juara pusingan Kelayakan Olimpik Moscow 1980 itu.
Namun Khalid tidak menafikan bahawa sumbangan pemain veteran seperti Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Badhri Radzi dan Amri Yahyah masih bernilai buat skuad negara seperti mana ketika bangkit membenam Singapura 3-1 (Kumpulan B) dan Vietnam 4-2 (separuh akhir kedua).
“Usia bukan penghalang untuk mewakili pasukan negara. Selagi mereka boleh berikan yang terbaik kepada negara walaupun hanya dalam satu kejohanan, itu tetap bernilai,” katanya. -UM
Well seperti biasa para pemain dan seluruh pasukan Harimau Malaya harus menjadikannya sebagai CABARAN untuk membuktikan kepada semua penyokong Malaysia bahawa kita MAMPU !
MALAYSIA BersamaMU Harimau Malaya !!!!!
MMI
No comments:
Post a Comment