Followers

Friday 9 January 2015

Berita Yang Pembangkang Tak Suka SEBARKAN !!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Khamis) bertemu 33 kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) di sini yang menyertai misi bantuan perubatan dan kemanusiaan mangsa banjir ke Manik Urai, Kelantan.

Perdana Menteri beramah mesra serta bertanyakan barangan bantuan yang dibawa serta bergambar dengan kakitangan IJN berkenaan terdiri daripada pakar perubatan, jururawat dan penjawat awam.

Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Mohd Azhari Yakub.

Sementara itu, Dr Mohd Azhari berkata pasukan bantuan berkenaan akan membantu pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia di Manik Urai dalam memberi rawatan kepada mangsa banjir di kawasan itu.

"Mereka akan bertolak ke Manik Urai pada malam ini dan berada di sana selama tiga hari bagi memberi bantuan perubatan. Kakitangan bukan perubatan akan membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas selain menyalurkan bantuan makanan," katanya kepada Bernama selepas majlis itu.

Dr Mohd Azhari berkata pasukan berkenaan turut membawa bekalan ubat-ubatan termasuk bagi masalah jangkitan, darah tinggi, kencing manis dan sakit tulang selain mesin Elektrokardiogram (ECG) dan ultrasound.

Ketua misi itu, Pakar Perunding Kardiologi Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata 20 sukarelawan daripada Kelab Kembara Selangor akan turut menyertai misi tersebut dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir.

"Kami bersedia untuk tinggal di masjid atau berada di dalam kereta bagi menjalankan misi ini kerana kami masih belum mempunyai sebarang tempat untuk berteduh," katanya.Bernama

Mungkin Dyana Sofya kena baca dan ambil tahu sikit tentang berita macam ni , maklumlah budak baru kira main bedal ja .. Macam yang MMI pernah sebut sebelum ni , kerajaan dah pun melihat dari semua aspek dalam isu bantuan kepada mangsa banjir.

Jangan keliru dengan permainan politik puak-puak pembangkang ni sebab kerja mereka tak serupa kita , cari kesalahan orang sambil duduk atas kerusi empuk memang senang daripada mengurus serta menyelia bentuk bantuan kepada mangsa banjir.

Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels