Followers

Tuesday, 27 January 2015

Caj 90 Sen BUKTI Terbaru Kerajaan DAP BERJIWA RAKYAT !!!

Ramai yang dah bising tentang caj sebanyak 90 sen yang dikenakan kepada semua pengguna di Pulau Pinang apabila melakukan urusan pembayaran bil air di kaunter pejabat POS.

Rata-rata warga Pulau Pinang mengeluh kerana caj sebanyak itu sebenarnya membebankan rakyat bukan memudahkan.

PBA yang kita tahu berada di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya menjadi badan yang lebih banyak membantu serta meringankan beban rakyat kerana ia secara total membekalkan keperluan asas kepada seluruh penduduk.

Namun malangnya usaha itu tidak berlaku malah rakyat dijadikan sebagai mangsa kepada sikap tidak ambil peduli sebuah kerajaan negeri yang mengaku sentiasa memahami denyut nadi rakyat.

Bermula dengan kenaikan surcaj air sebanyak 100 % kini warga marhaen perlu berkorban pula untuk memastikan pembekalan air ke kediaman masing-masing tidak dipotong.

Bayangkan warga tua yang selama ini menjadikan pejabat Pos sebagai tempat untuk melakukan urusan pembayaran bil kini perlu mencari alternatif lain untuk mengelak daripada dikenakan caj 90 sen.

Untuk mengelakkan dari dikenakan caj pihak PBAPP sudah pun mengumumkan supaya orang ramai membuat pembayaran di kaunter PBA antaranya di Komtar, Bayan Baru, Balik Pulau, Kepala Batas, Taman Selat ataupun Bukit Mertajam.  

Sebagai contoh tahukah kita bahawa ada disesetengah tempat jaraknya agak jauh bagi orang ramai khususnya warga-warga tua untuk hadir semata-mata untuk mengelak daripada dikenakan caj ?

Secara tidak langsung orang ramai tidak punya pilihan , mereka terpaksa untuk membuat pembayaran di kaunter-kaunter pejabat POS yang berdekatan dengan kediaman masing-masing seterusnya menyebabkan mereka perlu membayar caj sebanyak 90 sen.  

Apakah kerajaan DAP dan PBAPP benar-benar memahami denyut nadi rakyat ?

Maka tidak mustahillah si Mat Sabu terus mendapat imbuhan berganda walaupun rakyat tidak pernah melihat sebarang usaha dan gerak kerjanya apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBA !!!

Pada ketika rakyat mengeluh dengan caj , Mat Sabu masih lagi tersenyum kerana koceknya sentiasa penuh malah saban waktu menghentam kerajaan BN kononnya tidak mesra rakyat !!!

Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku berjiwa rakyat dan sentiasa meletakkan keutamaan rakyat sewajarnya caj 90 sen ini diserap oleh kerajaan negeri bukan dengan mengambil jalan mudah membuli rakyat.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini turut mendesak PBAPP menyerap caj sebanyak 90 sen yang dikenakan kepada penduduk di negeri ini bermula 1 Januari lalu.

Ketuanya, Rafizal Abd. Rahim berkata, caj itu tidak wajar ditanggung pengguna yang membayar bil air mereka di Pos Malaysia memandangkan agensi berkenaan telah mempermudahkan urusan PBAPP dalam soal bayaran utiliti berkenaan.

“Jika benar Pos Malaysia mengenakan caj itu kepada orang ramai, maka kos itu perlu ditanggung PBAPP, bukannya pengguna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Baca Selanjutnya 

Setelah pengumuman kenaikan surcaj air , pengenalan cukai katil , untung jual tanah , kenaikkan kadar sewa gerai-gerai milik MPSP , cukai kerusi meja , caj parking yang dilanjutkan tempoh dan terkini caj bagi pembayaran bil PBA maka tidak mustahillah rakyat Pulau Pinang terus terbeban dan segelintir daripadanya terus memburu kekayaan seperti mana yang sering di tunjukkan oleh Betty Chew dua tiga menjak ni.Baca Sini 

Di saat kita diPAKSA untuk menerima caj terbaru bagi pembayaran bil PBA , pemimpin mereka sendiri begitu KEDEKUT malah cukup berkira untuk membayar caj parking walaupun secara zahirnya beliau mampu membayarnya !!!



Kepada warga Pulau Pinang , MMI nak berpesan pikirlah semasak-masaknya apakah benar kerajaan DAP begitu mengambil berat tentang permasalahan rakyat ?

MMI

3 comments:

  1. Padan muka org penang...lagi2 org melayu penang yg bodoh sombong tu..

    ReplyDelete
  2. Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,

    Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,

    Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,

    Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...

    Haa haaa Haaa

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor?

    Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....

    Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...

    ReplyDelete
  3. Aku tak sanggup kasihhhhhh kehilangan dirimuuuu uuuuu
    walau sedetik rindu mencengkam terasa pedihhhhhhhh
    Doa ku pohon kita bersua ke pintu syurgaaaaa aaaaa aaaa

    lagu untuk pas kemaruk nak bawak dap masuk syurga

    ReplyDelete

Labels