Followers

Wednesday, 28 January 2015

Kerajaan Malaysia Di CABAR , Kuasa Menteri Dalam Negeri Di PERTIKAI !!!

Berikut adalah laporan yang disiarkan oleh agensi berita Bernama  - Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menfailkan permohonan bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Permohonan itu difailkan kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh yang juga pengerusi PPS di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di George Town menerusi Tetuan
Sreenevasan.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri itu antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.

Menerusi permohonan itu, kerajaan negeri yang membawa permohonan bagi pihak PPS mendakwa perintah yang dibuat KDN adalah tidak berpelembagaan kerana melanggari Artikel 4, 5 (1),8, 10(1) atau 13 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon berkata bagi tempoh tiga tahun yang lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi kerajaan yang lain telah menggunakan khidmat PPS dalam pelbagai mesyuarat dan aktiviti dalam usaha mereka memerangi jenayah dan menguruskan situasi-situasi kecemasan.

Menurutnya, PPS telah dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Merdeka pada tahun 2012 dan 2013 dan telah berbuat demikian tanpa sebarang kejadian tidak diingini sehinggga 2014.

Kerajaan negeri itu mendakwa responden pertama (Menteri Dalam Negeri) telah mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan dalam membuat perintah itu dengan menyatakan bahawa PPS "sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan ketenteraman awam".

Pemohon mendakwa bahawa PPS merupakan satu mekanisme kerajaan negeri yang menjadi pelengkap kepada PDRM dan lain-lain agensi kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam memastikan dan memelihara ketenteraman awam dan keselamatan.

Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata kerajaan negeri Pulau Pinang diwakili beberapa barisan peguam yang diketuai oleh Datuk S.Ambiga.

Hadir sama Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Apa yang perlu kita tahu !!!

Perkara pertama yang kita perlu faham adalah keputusan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri bahawa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ini adalah sebuah pertubuhan HARAM kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) malah tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat.

Keduanya perkara itu tertakluk kepada soal perundangan di bawah kuasa kerajaan pusat yang berhubung kait dengan aspek KESELAMATAN serta PERTAHANAN.

Ketiganya terdapat 11 laporan polis telah dibuat mengenai PPS berkaitan kes pukul, tampar dan sembur gas pemedih mata kepada orang awam.

Keempat sedarkah kita bahawa apa yang sedang dilakukan oleh puak DAP ini adalah menolak keputusan seorang Menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal keselamatan dan pertahanan negara ??

Jika keputusan seorang Menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan dan pertahanan negara pun boleh dipertikaikan maka untuk apa jawatan itu dipertanggungjawabkan kepada beliau ?

Malah keputusan tersebut dibuat setelah berlakunya insiden melibatkan pasukan PPS sendiri berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat.Baca selanjutnya di SINI 

KENAPA TAK TANGKAP GUAN ENG ?

Tak cukup dengan itu , terdapat juga laporan polis daripada warga Pulau Pinang sendiri terhadap Lim Guan Eng yang telah mencabar Ketua Polis Negara berdasarkan kepada 2 faktor utama.

1) Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah orang yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PPS, meluluskan dana dan peruntukkan wang Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada PPS dan beliau adalah orang yang terlibat secara langsung dalam merancang pergerakan dan hala tuju PPS. 

2) Beratus laporan polis telah dibuat berkaitan ucapan berbaur hasutan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghasut rakyat membenci Ketua Polis Negara khususnya dan PDRM amnya. Ucapan Lim Guan Eng ini boleh mencetuskan hura-hara dan mengganggu-gugat keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara.Seterusnya 

Well dalam hal ini DAP bukan sahaja mempertikaikan tanggungjawab seorang Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab dalam hal keselamatan dan pertahanan negara tetapi turut mencabar kerajaan Malaysia !

Secara mudahnya DAP sudah melancarkan serangan terhadap kerajaan Malaysia yang telah mengambil langkah-langkah perlu melalui kementerian dan agensi terlibat.

Jika hari ini keadaannya sama seperti waktu negara belum Merdeka maka MMI yakin gerakan penentangan ini akan menjadi seperti mana gerakan komunis memerangi Tanah Melayu satu ketika dulu.

Secara peribadi rasanya dah sampai masa kerajaan SEGERA menangkap mereka-mereka yang terlibat kerana usaha DAP ini adalah sama dengan PENENTANGAN tersusun yang mampu mengundang bahaya kepada negara !!

MMI pernah menulis dalam salah satu artikel bertarikh 14 November 2014 yang lalu bertajuk "Perlu Ker Di LAYAN PPS Ni ??" dan antara yang MMI tulis adalah seperti berikut ..

Setelah apa yang berlaku sebelum ini kita masih lagi dengan sikap melayan ! Satu tindakan yang MMI rasa tidak seharusnya kita amalkan kerana puak-puak DAPigs ni tidak akan pernah kenal erti berterima kasih.

Kalau tak percaya tunggulah jika kita melayan mereka dan merealisasikan apa yang sedang dirancang pasti di kemudian hari akan berlaku sesuatu yang menyusahkan pihak kerajaan atau pihak yang terlibat secara langsung.

Kenapa perlu kita layan PPS ?

Bukankah ada SRS ? Boleh sahaja puak-puak ni masuk SRS kalau benar-benar nak berkhidmat untuk masyarakat tapi kenapa perlu ada entiti baru ?

Sebab DAP mahu entiti yang boleh menjenamakan nama parti malah ia boleh digerakkan untuk melakukan kerja-kerja politik dan semestinya mereka ada agenda yang lebih besar.

Hati-hati beb ...

MMI

1 comment:

  1. Selagi kerajaan lembik, Selagi tu DAP racist akan buat kacau. Kuasa ada tapiTak tahu nak Guna.. Ambilah tindakan sewajarnya.. Jangan jadi pengecut Utk kuatkuasakan undang2 demi kerana negara.

    ReplyDelete

Labels