Mukadimah - Jangan pula ada sesiapa yang percaya gambar sebelah ni adalah keadaan terkini Anwar sejak di masukkan ke penjara Sungai Buloh.
Rasanya semua dah pernah tengok gambar ni , ini adalah salah satu daripada lakonan hebat manusia bernama Anwar Ibrahim yang sering kali mengaku sakit seolah-olah dah hampir nazak.
Sebelum ini pun beliau pernah melakukan perkara yang sama , memperlihatkan kepada rakyat kononnya beliau sudah tidak lagi bermaya dan hampir hilang nyawa sedangkan hakikatnya beliau masih mampu mundar-mandir dan duduk sendiri tanpa bantuan di kerusi roda.
Begitulah Anwar Ibrahim dan kini aksi lakonannya sudah pasti akan diambil alih oleh orang lain kerana beliau secara automatik sudah pun hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Seperti yang MMI janjikan sebelum ini untuk mengulas tentang siapakah bakal calon bagi menggantikan Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen di Permatang Pauh mewakili PKR akan MMI tunaikan.
Sejak keputusan diumumkan oleh pihak Mahkamah maka pelbagai tanggapan dan andaian mengenai pengganti Anwar sudah pun mula tersebar.Dan seperti biasa pihak PKR pastinya akan hanya membuat keputusan setelah mereka mengadakan mesyuarat pada waktu yang kita sendiri pun belum pasti.
Namun sepanjang risik-risik yang MMI lakukan , terdapat beberapa nama yang kini sudah mula meniti dibibir para pemerhati politik , rakyat Malaysia dan juga warga Pulau Pinang.
Nama-nama seperti Nurul Nuha , Ihsan merupakan antara 2 nama panas yang kini sedang diperkatakan oleh banyak pihak.Apatah lagi baru-baru ini Nurul Nuha bersama dengan janda bergetah baru sahaja melancarkan kempen "March To Freedom" setelah Anwar di penjarakan.
Kononnya kempen tersebut adalah kesinambungan perjuangan keluarga terbabit walaupun secara terang-terangan sudah jelas kempen itu hanyalah tertumpu kepada usaha untuk membebaskan seorang individu yang telah didapati BERSALAH kerana MELIWAT !
Dalam masa yang sama banyak pihak berpendapat disebalik pelancaran kempen tersebut , secara tidak langsung ianya dijadikan sebagai pentas untuk segera menampilkan seorang lagi suku sakat Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha yang dilihat banyak pihak berpotensi untuk dijadikan sebagai pengganti bapanya di Permatang Pauh.
Secara ringkasnya Nurul Nuha sememangnya sudah pun dipersiapkan oleh keluarga politik ini semenjak kempen PRU13 lagi.Malah Nurul Nuha juga sebelum itu dilaporkan turut dipertimbangkan oleh PKR untuk diletakkan sebagai calon di salah satu kerusi di Nibong Tebal Pulau Pinang.
Dan tidak mustahil sekiranya Nurul Nuha dipertaruhkan oleh PKR untuk PRK Permatang Pauh nanti.
Ihsan pula tidaklah sepopular anak-anak Anwar yang lain , beliau lebih banyak menghabiskan masanya di luar negara.Selain daripada cerita-cerita tentang perlakuannya di luar negara , dunia politik negara juga pernah digemparkan dengan khabar angin yang mengatakan Ihsan tidak begitu bersetuju dengan pendirian keluarganya mempertahankan Anwar Ibrahim berhubung dakwaan beliau meliwat Saiful Bukhari.
Malah dalam isu liwat Anwar pun Ihsan mengambil pendirian untuk berdiam diri dan mengelak daripada mempunyai sebarang kaitan dengan kes tersebut yang akhirnya menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara selama 5 tahun.
Kerana itu MMI tidak nampak Ihsan adalah pilihan utama PKR untuk menggantikan Anwar di Permatang Pauh.Walau bagaimanapun itu adalah andaian MMI secara peribadi dan mungkin keputusannya boleh menjadi sebaliknya.
Dalam pada itu , kita jangan sesekali menafikan seorang lagi individu yang paling berpengaruh dalam keluarga Anwar turut sama menjadi pilihan iaitu Wan Azizah !!
Sebagai Presiden PKR dan ADUN Kajang ruang untuk beliau bertanding sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh terbuka luas.Apatah lagi Azizah merupakan isteri kepada Anwar Ibrahim yang selama ini sentiasa menjadi penyokong kuat suaminya.
Namun ruang dan peluang itu sedikit tercalar kerana Azizah sebelum ini pernah menjawat jawatan tersebut dan meletakkan jawatan bagi memberikan ruang kepada suaminya untuk bertanding semula.Azizah secara tidak langsung turut punya rekod kegagalan tersendiri , selain daripada GAGAL mengemukakan Jam Omega yang sehingga ke hari ini masih menjadi misteri ! Beliau turut GAGAL menjadi seorang pemimpin masyarakat yang baik khususnya sewaktu beliau punya tanggungjawab di kawasan sendiri.
Apa pun kita tidak boleh menafikan kedudukannya sebagai Presiden PKR mampu dijadikan bekalan untuk dicalonkan pada PRK Permatang Pauh nanti.
Well rasanya MMI dah ulas tentang kedudukan suku sakat keluarga Anwar Ibrahim dalam konteks PRK Permatang Pauh.NAMUN selain daripada suku sakat ini , terdapat juga cakap-cakap diluar sana tentang calon yang mungkin boleh menjadi pilihan PKR.
Sebelum itu MMI nak ingatkan bahawa nama-nama yang bakal muncul di bawah ini hanyalah sekadar bunyi-bunyi yang MMI dengar sendiri sewaktu duduk semeja dengan banyak pihak termasuklah dari kalangan pengikut tegar pembangkang.
Salah satunya adalah bekas Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , Dato Seri Sharif Omar yang bertanding atas tiket BEBAS di Parlimen Tasek Gelugor pada PRU13 yang lalu.
Desas desus mengatakan beliau sedang melobi untuk menjadi wakil bagi parti PKR pada PRU14 nanti dan kerana itu maka ramai berpendapat beliau pasti akan menerima pencalonan untuk bertanding di PRK Permatang Pauh sekiranya ditawarkan oleh parti tersebut.
Dalam keadaan tertentu ianya mungkin menjadi kenyataan sekiranya kesemua nama-nama suku sakat keluarga Anwar difikirkan tidak sesuai.Apatah lagi dalam isu kroni melibatkan keluarga Anwar sebarang keputusan mengejutkan boleh berlaku.
PALING MENGEJUTKAN MMI adalah nama terakhir yang mucul secara tiba-tiba turut sama dikatakan boleh menjadi penyelamat kepada PKR dan juga Pakatan Haprak untuk terus menguasai Permatang Pauh.
Dikhabarkan pemimpin ini bukan sahaja bersedia untuk memikul amanah tersebut tetapi juga bersedia untuk satu lagi jawatan penting dalam partinya sendiri.
Jangan ketawa dulu kerana cakap-cakap ini boleh sahaja menjadi kenyataan sekiranya Pakatan Haprak dan PKR khususnya mahu mengambil hati parti PAS dan pengikut-pengikutnya.Selain dari itu penjelmaan semula UMNO Bahagian Permatang Pauh yang dilihat berjaya mendekati rakyat turut sama diambil kira kerana PRK kali ini pastinya berbeza dengan PRK-PRK sebelumnya.
Kenapa ?? Baca Sini
Kerana itu PASTINYA PKR mahukan sokongan jitu daripada penyokong-penyokong PAS !!!
So semuanya tidak mustahil bukan ?
Apa pun macam MMI katakan diawal tadi , semua ini hanyalah pandangan peribadi MMI berdasarkan kepada cakap-cakap mereka di luar sana.Segalanya akan terungkai pada hari penamaan calon nanti...Tungguuuuuu....
MMI
No comments:
Post a Comment