Followers

Friday 20 February 2015

Lepas Ni PASTI Penyondol PR BALUN Zaid Pula !!!

Nah kali ni si liberal pula yang bikin panas apabila beliau secara terang-terangan bersetuju dengan keputusan para hakim menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar Ibrahim kerana meliwat pembantunya pada 2008 yang lalu.

Kalau diikutkan Zaid bukanlah pemimpin politik yang bersetuju dengan arus perkembangan politik di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Malah beliau yang sebelum ini turut pernah bersama PKR merupakan antara pemimpin yang sering kali menimbulkan kontroversi sehinggalah beliau mengumumkan untuk keluar dari PKR.

Dan sesuatu yang pasti pengumumannya untuk keluar dari PKR pada tarikh 16 Disember 2010 lalu adalah atas alasan meluat dengan kepimpinan dalam parti tersebut.

TERKINI kenyataannya tentang kes liwat Anwar Ibrahim mencerminkan segala-galanya.... Jelas , Terang lagi Nyata ... 

Kata-kata akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kandang tertuduh selepas dirinya dijatuhkan hukuman oleh barisan hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mendapat perhatian bekas ahli politik dan peguam terkemuka Datuk Mohd Zaid Ibrahim melalui penulisan beliau di blog www.zaid.my.

Zaid berkata, ramai orang tidak perasan bahawa susunan kata Anwar terhadap hakim itu seperti ‘berbunga-bunga’ dan seperti sudah dilatih.

“Adakah dia tahu lebih awal bahawa dia akan dijatuhkan hukuman? Adakah kata-kata itu tercetus akibat dibakar keperitan dan ketakutan dikenakan hukuman penjara lebih panjang? Atau adakah ucapan itu disediakan oleh seorang penulis ucapan hebat  yang mahu ia diingati generasi akan datang?

“Dia telah menyerang para hakim dengan kata-kata yang sangat tersusun dan terpilih. Dia menyifatkan para hakim sebagai pengecut kerana mengikut  telunjuk tuan politik,” kata Zaid.

Zaid juga mengulas semula ucapan Anwar yang mempertikai bahawa hakim telah memilih ‘kegelapan’ dan menghancurkan moral mereka dalam kepalsuan.

Anwar mempersoal kenapa mereka tidak mengambil peluang untuk menebus imej kehakiman. Anwar juga membidas para hakim kerana mensia-siakan peluang untuk mengukir nama sebagai pejuang keadilan.

Ucapan tersebut, menurut Zaid, walaupun pendek namun telah diolah supaya kedengaran seperti ucapan bersejarah Nelson Mandela, Mahatma Gandhi atau Socrates.

Zaid menulis, Anwar meletakkan dirinya di aras yang sama dengan figura-figura tersohor itu yang menjadi mangsa penindasan dan juga pejuang hebat.

Maka dia perlu meyakinkan orang awam bahawa dia tidak akan berputus asa lalu meminjam kata-kata keramat Winston Churchill – ‘Saya tidak akan menyerah kalah’,  sewaktu dalam kandang tertuduh.

“Saya berpendapat, di sini, Anwar telah melampaui batas.

“Adalah suatu yang biasa untuk tidak bersetuju dengan keputusan para hakim, atau untuk mengkritik pertimbangan mereka, namun untuk menuduh mereka itu bersubahat dan terlibat dalam perancangan politik untuk memenjarakan dirinya (Anwar) adalah tuduhan tanpa asas dan layak dikecam,” kata Zaid.

Zaid memberitahu, jika Anwar dan pasukan pembelaannya mempunyai bukti kukuh bahawa hakim-hakim tersebut ‘bersubahat’ dengan pemimpin politik tertentu untuk memenjarakan beliau, mereka sepatutnya sudah memohon untuk menukar barisan hakim lebih awal.

“Hakim-hakim ini tidak mungkin menjadi pembelot kepada sistem keadilan semudah itu, hanya kerana keputusan mereka dalam kes Anwar,” kata Zaid.astroawani

Anwar nak jadi Nelson Mandela ? Mahatma Gandhi ? Socrates ? Hahahahaha ukur baju dulu kot beza jauh sangat Bang Non oiii !!!

MMI

2 comments:

  1. Nelson Mandela main bontot jantan juga ke, Mahatma Ghandi dan Socrates pun sama juga ke..Nak jadi mereka ni, jauh panggang dari api, Mereka itu ada pejuang rakyat yang tidak mementingkan diri sendiri, Tapi Bang Non, duit berjuta juta, rumah banglo, naik kereta merc. Mahatma Ghandi, Socrates dan Nelson Mandela ada macam Bang Non ke...Awak tu kaki main bontot jantan..udah udahlah NUAR wey.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...ada yg tertelan kapor barus ni.... Lilin dh tak banyak dipasang kt depan penjara. Stok habis?

    ReplyDelete

Labels