Followers

Thursday 19 February 2015

MUSIBAT Dalam PAS Kini Sudah Mula Terasa BAHANG !!!

Pasti ramai yang masih ingat dan kenal dengan bekas timbalan presiden parti PAS ini.

Beliau yang dulunya dilihat antara pimpinan paling agresif dalam menyokong dan membantu hala tuju perjuangan ISLAM dalam parti PAS bukan sahaja dihadapkan ke lembaga disiplin parti tetapi turut disingkirkan daripada jawatan walaupun masih kekal sebagai ahli parti.

Isunya mudah kononnya kerana tindakan dan perbezaan pendirian yang dikatakan banyak merugikan parti pada ketika itu.

Well biasalah PAS pada saat itu baru sangat melangsungkan perkahwinan muta'ah dengan DAP dan PKR.Jadi apa jua yang dilihat boleh meregangkan hubungan perlulah segera diatasi.

Kini sudah terdengar suara-suara musibat dalam PAS yang mula merintih apabila suara untuk melihat perpaduan diantara 2 kelompok orang Melayu dan Islam terbesar di bumi Malaysia berlaku.

Seolah-olah mereka hilang jiwa , dan jasad mereka di kuasai oleh roh JAHAT yang tidak mahu melihat Islam itu diperkuatkan.Semacam ada kuasa lain atau dari dimensi lain yang meronta-ronta kepanasan tatkala mendengar waima hembusan berbunyi PENYATUAN !!!

Siapa mereka ???
Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama.
"Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider.
Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.
Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz.
"Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, ketiadaan Nik Aziz akan memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno.
Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.
"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).
"Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.
"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," kata Phahrolrazi pada satu sidang media di Shah Alam, Isnin lalu.
Salahudin menolak sama sekali pandangan Phahrolrazi itu.
“Saya ingin mempertegaskan yang keputusan muktamar dan pendirian parti masih utuh untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak sekali-kali bercadang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno,” kata Salahudin.
Katanya, tidak mungkin sama sekali PAS akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.
"Saya minta semua pihak, termasuk PasMa, jangan terpengaruh dengan dakyah Nasharudin yang cuba mewujudkan suasana tidak baik dalam PAS.
“Kami akan bersama mempertegaskan komitmen muktamar untuk kekal bersama dengan PR,” kata Salahudin. 
Seperkara yang MMI perhatikan , mereka begitu GENTAR waima dengan seorang ahli biasa seperti Nasharuddin sekalipun.Jika dilihat kepada apa yang berlaku , Nasharuddin sebagai ahli biasa hanya menyebut dan mengulas berkenaan ruang dan peluang untuk kedua-dua kumpulan ini bersatu atas nama Islam.

Yang peliknya kenapa perlu GENTAR ? 

Well jawapannya , mereka tahu ada sokongan terhadap gerakan untuk penyatuan itu dan ianya sudah semakin kuat diperingkat akar umbi.Dengan segala kemelut antara DAP dan PKR yang sering menghentam PAS maka mereka tahu ramai dikalangan ahli parti sendiri sudah hilang sabar !

MMI

2 comments:

  1. Kalau saya jdi Presiden Umno,saya tak akan teringin utk mengadakan perpaduan dgn Pas.Umno boleh berdiri dengan sendirinya,buat apa nak cari masalah.Hari ini berbaik dgn [pas satu hari nanti keras kepala Pas akan terserlah semua,perkataan kafir,taghut,zalim tak islamik dan bermacam-macam lagi akan di tuding semula pada Umno.bagi saya Umno sudah cukup selesa bersama komponen parti-parti yg ada sekarang.Kalau Umno mahu menambah sokongan dari orang Melayu ,tidak susah mana,perbetulkan mana yg masih pincang,tolak pemimpin yg songsang dan tunggang langgang.tambaha ahli yg benar benar berjiwa Melayu dan Islam,perbaikai khidmat kepada rakyat bawahan terutamanay Melayu dan Bumiputra.Kalau di susun dgn baik dan beriltizam,Pas boleh jadi kurus kering pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah Bersatu..... lebih baik.... demi agama bangsa dan tanah air kita. Ada pengkhianat agama dan bangsa dalam UMNO dan juga PAS yang tak nak Islam dan Melayu jadi kuat....sanggup menjadi barua kafir kerana jawatan dan imbuhan. Sudah sudah lah..... menjadi gunting dalam lipatan.

      Delete

Labels