Followers

Wednesday 11 February 2015

ZUNAR Di Reman Hingga Jumaat !!

Bila anugerah tuhan dijadikan sebagai bahan untuk memfitnah dan memburukkan orang lain tanpa BUKTI maka natijah selalunya akan menimpa si tuan badan.

Jika dulu beliau boleh secara sembrono melakar apa sahaja kartun dengan pelbagai watak untuk menghina dan memfitnah kemudiannya terlepas kini tidak lagi.

Kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar direman tiga hari hingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung komen dalam tweetnya yang berbaur hasutan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis berharap dapat menyelesaikan siasatan ke atas Zunar, 52 secepat mungkin.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 oleh Bukit Aman," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, Zunar dipercayai memuat naik komen pada 12.17 tengah hari yang menyebabkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan ia disiasat.

Sehubungan itu, suspek ditangkap di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam pada 9.30 malam.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim menyampaikan keputusan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.Bernama

Well tindakan pantas daripada pihak Polis wajar dipuji , kita tak perlukan orang semacam ini !!!

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

1 comment:

  1. Kadang kadang polis sudah betul dalam tindakan, tetapi bila sampai di mahkamah majistrate, lain pulak jadinya...tak cukup bukti pulak lah dan sebagainya.. akhirnya malaon ini lepas dan ketawa terbahak bahak macam hishamuddin rais yg sewaktu dengannya..

    KBAB51 patut tengok kat you tube mcm mana seekor lagi penyokong al juburit maki hamun polis depan depan ...boleh lepas macam tu jer??

    ReplyDelete

Labels