Followers

Sunday 15 March 2015

Husam Di Calonkan Lawan Hadi , Apakah TRAGEDI Mat Sabu Bakal BERULANG ??

Nampaknya sesi pemilihan parti PAS kali ini betul-betul meriah !

Maklumlah pada ketika kedudukan parti itu yang sedang bernanah akibat penyakit yang dibawa oleh penyokong sendiri belum lagi sembuh , penyakit lain pula kini terus dibawa masuk tanpa sebarang tindakan agresif untuk segera mencari vaksinnya.

Jika sebelum ini nama Tuan Ibrahim Tun Man dipetik untuk mencabar kedudukan Hadi Awang , kini giliran Husam Musa pula !

PAS Kota Tinggi hari ini sebulat suarat mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan, demikian menurut satu kenyataan.

Mesyuarat PAS kawasan Kota Tinggi itu dirasmikan Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin di Markas PAS kawasan itu di Taman Hijrah, Kota Tinggi.

Kenyataan tersebut dikirim kepada pemberita oleh Ketua Penerangan PAS Johor, Onn Jaafar menerusi aplikasi WhatsApp, malam ini.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijadualkan 1 Jun di Kuala Selangor, Selangor.

Mohamed Hanipa sebelum ini dikecam hebat kerana mengkritik kepemimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka.

Malah, Mohamed Hanipa juga dilihat bersikap angkuh, kerana apabila ditegur berhubung perkara itu, Ahli Parlimen Sepang itu seolah-olah memberi reaksi ‘acuh tak acuh’.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, perbuatan Mohamed Hanipa mengkritik Presiden parti tidak seharusnya berlaku di kalangan ahli PAS, kerana tindakan itu boleh memperluaskan lagi jurang perpecahan di kalangan ahli.sumber 

Bersemangat sungguh ! Secara jujurnya memang semua ahli PAS berhak untuk memilih siapa jua yang dirasakan layak untuk diangkat sebagai peneraju parti namun dalam satu-satu keadaan khususnya dalam suasana terkini adakah pencalonan dan pertandingan bagi jawatan nombor satu itu mampu memperkukuhkan parti ?

Rakyat tidak bodoh , apa yang sedang berlaku hari ini bersebab ! Keputusan ahli PAS mencalonkan nama Husam untuk bertanding bagi merebut jawatan presiden adalah BUKTI jelas bahawa kehadiran PASMA dengan segala jentera erdogan dan anwarinas yang taat kepada DAP dan PKR benar-benar mahu merampas parti itu daripada kumpulan pro ulama.

Perlu diingatkan Khalid Samad pernah menyatakan bahawa kehadiran Majlis Syura dan para ulama dalam PAS hanyalah sebagai satu badan penasihat kepada jawatankuasa eksekutif parti.Maka tiap pandangan dan nasihat itu tidaklah bererti menjadi kata putus kepada parti kerana ia perlu mendapat persetujuan jawatankuasa tertinggi parti PAS.

Maka secara ringkasnya apa keputusan sekalipun para ulama PAS hanya boleh memberikan pandangan selebihnya ditentukan oleh sebahagian besar daripada mereka yang bukan ulama yang mentadbir perjalanan parti.

Disini sahaja sudah jelas kepada kita bagaimana PAS sendiri sebenarnya GAGAL mencorak kedudukan yang lebih tinggi bagi para ulama mereka malah kedudukan yang lebih rendah daripada barisan pentadbir yang didalamnya terpacul seorang lelaki kaki sumpah seranah Mat Sabu menjadi contoh paling jelas.

Apa yang sedang berlaku dalam parti PAS hari ini telah mengingatkan MMI kepada salah satu proses pemilihan parti itu sebelum ini.

Pada ketika PAS begitu bersungguh-sungguh untuk menampilkan imej Islamiknya , para perwakilan PAS boleh pula memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti.Menolak calon yang jauh lebih berintegriti daripada si mamat yang punya isu skandal membabitkan isteri orang.

Bukankah disitu sahaja sudah menunjukkan betapa perwakilan dan ahli PAS sendiri langsung tidak mengambil berat soal integriti dan imej pimpinannya ? 

Dan lihatlah apa yang berlaku setelah Mat Sabu dilantik sebagai Timbalan Presiden PAS ?

Beliau lebih banyak bersama dengan DAP dan PKR mempertahankan Anwar Ibrahim dan lebih suka makan BABI dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib.

Letih sungguh dia !
Adoii apa nak jadi PAS , nak ulang tragedi Mat Sabu ker ?????

MMI

2 comments:

  1. atau ni strategi nak bungkuskan Husam??? Kahkahkah..

    ReplyDelete
  2. Pas sekarang dah di kawal olih DAPigs...

    ReplyDelete

Labels