Followers

Wednesday, 1 April 2015

APRIL 2015 Bulan Yang Mengelirukan !!! @NajibRazak

Sejak tengah malam semalam warga Malaysia dilihat begitu mengambil berat tentang sistem percukaian negara kita.Satu perkembangan yang cukup menarik kerana mereka bukan sahaja begitu prihatin tetapi turut mengambil langkah-langkah yang perlu memandangkan GST bakal dikuatkuasakan.

Semalam hasil tinjauan MMI sendiri , terdapat deretan kenderaan di stesen-stesen minyak yang berpusu-pusu untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing kerana khuatir hari ini harga minyak akan naik.

Persoalannya dari mana maklumat kenaikan harga minyak itu mereka perolehi ? Owhh rupa-rupanya maklumat itu diperolehi melalui aplikasi media sosial seperti whatsapp , whechat , telegram dan lain-lain.Fuh kalau berdasarkan penyebaran maklumat sedemikian maka MMI simpulkan bahawa warga Malaysia sememangnya benar-benar peka dengan keadaan dan suasana persekitaran termasuklah dalam urusan yang melibatkan kedudukan ekonomi dan negara.

Maka kalau itulah yang menjadi kepekaan warga Malaysia maka kenapa kita perlu bising atau marah-marah dengan pelaksanaan GST ? 

Takkanlah dengan kepekaan itu mereka terlepas pandang bahawa Malaysia adalah negara yang terendah mengenakan GST di kalangan negara-negara ASEAN ?

Namun MMI cuba untuk memahami denyut nadi rakyat yang sejak pagi tadi mula membicarakan tentang GST.Malah ada yang menyebut bahawa hari ini adalah hari segala resit dimuat naik ke rangkaian media sosial masing-masing.

Well benar memang ada harga yang pengguna perlu bayar lebih dari biasa dan dari situ timbullah rungutan demi rungutan kononnya kerajaan telah menyebabkan rakyat terbeban.

MMI tak nafikan rungutan tersebut cuma dalam pemerhatian sepanjang hari ini , kita dapat melihat bagaimana emosi kadang-kalanya menguasai gerak dan cara kita melahirkan rasa dan pendapat.

MMI bagi contoh ada dikalangan kita yang merungut bahawa beliau perlu membayar GST terhadap hidangan tengaharinya dan dalam masa yang sama beliau juga perlu membayar harga yang lebih kepada pembelian sekotak rokok.

Seolah-olah mereka benar-benar terbeban sedangkan si polan terbabit mengambil hidangan tengaharinya di salah satu kedai rangkaian makanan segera yang mencecah lebih dari RM60 ! 

Come on guys !! Pada ketika semua pihak sedar bahawa hari ini merupakan hari pertama GST dilaksanakan kenapa kita sebagai pengguna tidak membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita sendiri ?

Tengahari tadi MMI makan disalah satu kedai makan yang makanannya bernilai tak sampai RM10 malah tanpa GST ! Soalnya pilihan itu terletak di tangan kita !!! 

Jika kita mampu membayar harga yang lebih dari RM60 hanya untuk makan tengahari maka sudah tentulah kita terdiri dari kalangan mereka yang mampu dan kenapa pilihan yang kita sendiri lakukan diterjemahkan pula dalam bentuk rungutan ?

Kalau setakat GST tu bernilai tak sampai RM5 rasanya tidak ada isu yang wajar bagi kita untuk merungut ! Sebabnya si polan terbabit juga turut membeli sekotak rokok yang turut dirungutkan !

Wehh bukankah merokok itu membahayakan kesihatan ? Dalam masa yang sama kalau kita hitung pembelian sekotak rokok dengan harga sebelum GST iaitu RM13.50 sekotak dan kita anggarkan sekotak rokok itu bertahan untuk 2 hari.Maka dalam masa sebulan si perokok terbabit sudah membelanjakan sebanyak RM202.50 !!

So dalam hal ini MMI rasa wajarlah sama sekali semua perokok sama ada bujang mahupun yang telah berkahwin supaya berhenti daripada merungut tentang pengenalan GST kerana kamu masih boleh terus membeli rokok terbabit walaupun tahu kesannya memudaratkan kesihatan.

Apa beza rokok dengan GST ?

Pembelian rokok tidak akan menguntungkan diri sendiri malah membahayakan kesihatan dan turut menjadi ancaman kepada keluarga masing-masing.GST pula walaupun ada yang merasa sedikit terbeban tetapi pulangannya adalah kembali kepada rakyat.

Hasil daripada pungutan GST itu akhirnya akan kembali kepada rakyat melalui pengukuhan ekonomi yang berdaya saing seterusnya menjadi pelopor kepada kemasukan pelabur-pelabur luar negara yang bakal membuka ruang kepada peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada warga Malaysia sendiri.

Itu belum lagi dikira dalam konteks pembangunan yang boleh kerajaan laksanakan , kesihatan , pendidikan , pengangkutan dan lain-lain hasil daripada ketelusan GST.

Percayalah sebagai sebuah kerajaan yang ditentukan oleh pilihan rakyat melalui proses pilihanraya , adakah kerajaan sedia ada dengan sengaja mahu mengambil risiko membangkitkan kemarahan rakyat tanpa benar-benar memperhalusi dan memahami GST ?

Jangan cemarkan pemikiran kita dengan dakyah dan provokasi murahan puak pembangkang kerana jika benar GST itu membebankan rakyat maka sudah pastilah pembangkang sendiri akan berdiam diri kerana semuanya akan menjadi mudah untuk pembangkang menguasai kerajaan dalam PRU14.

Fikirkan tentang perkara diatas ! Secara ringkasnya tindak tanduk pembangkang itu ada jawapannya kerana mereka sendiri tahu bahawa pelaksanaan GST akan membawa banyak kebaikan bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada negara.

Sesuatu yang mungkin kita terlepas pandang adalah kerajaan telah mengambil pengalaman negara-negara lain untuk membangunkan model GST Malaysia. Selama bertahun-tahun, GST/VAT telah diterima pakai sebagai satu bentuk percukaian yang utama. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 160 negara di dunia telah melaksanakan GST/VAT.

Sebagai rakyat MMI faham bukan sesuatu yang mudah untuk kita menerima sesuatu perubahan yang berlaku apatah lagi dalam hal melibatkan GST.Namun kita juga harus sedar bahawa kerajaan juga mengambil kira kepentingan rakyat dan juga kedudukan negara.

Kita lupa bahawa selama ini ada pihak-pihak tertentu yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa membayar satu sen pun cukai kepada kerajaan , sedangkan mereka sudah pun mengenakan cukai kepada pengguna.

Kita mungkin tidak sedar kerana sistem tersebut sudah lama berjalan dan menjadi kebiasaan di kalangan warga Malaysia , dan kini perubahan yang sedang berlaku dalam pengenalan GST akan membolehkan pihak kerajaan mengenal pasti taikun-taikun yang selama ini mengambil kesempatan terhadap cukai berganda yang dikenakan terhadap pengguna.

Jangan lupa kita juga adalah mangsa kepada sikap tamak sebahagian besar daripada mereka-mereka yang suka menipu untuk mengaut keuntungan.

MMI juga sedar ada dikalangan warga Malaysia yang hari ini bukan dari kalangan perokok akan berasa semacam dipergunakan memandangkan mereka juga adalah sebahagian daripada pengguna yang dikenakan GST.Hakikatnya pelaksanaan GST oleh kerajaan hari ini secara tidak langsung telah memberikan kita satu pengajaran yang amat berguna.

Kita sebagai pengguna perlu bijak dalam membuat pilihan !

Ketelusan hasil daripada pengenalan cukai 6% melalui GST adalah satu tindakan paling TELUS yang kerajaan telah rangka dan diperlihatkan kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama , mahupun kedudukan.

Ketelusan ini sewajarnya dijadikan sebagai satu medan untuk melakukan perubahan , perubahan dalam erti kata kita akan lebih berhati-hati untuk berbelanja selepas ini.Bukankah ini sebenarnya lebih menguntungkan pengguna ?

Ya ,, pengguna perlu membayar cukai 6% kerana pelaksanaan GST tetapi hakikatnya semua pihak adalah pengguna ! Jangan sesekali keliru dalam hal ini kerana banyak pihak salah faham kononnya hanya mereka yang membeli barangan itu adalah pengguna sedangkan hakikatnya pengeluar , pembekal , peruncit juga adalah pengguna.

Sebagai contoh pengeluar barangan komputer juga akan menjadi pengguna apabila beliau membuat pembelian di restoran makan segera atau pembelian barangan yang bukan dikeluarkan oleh beliau.Maka disini jelas tidak ada mana-mana pihak yang terlepas dari GST !

Kerajaan juga tidak lepas tangan dalam pelaksanaan GST kerana pelbagai usaha telah dilakukan dan sedang dilakukan bagi memastikan keadaan terkawal.

Setakat ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan operasi turun padang dengan pengemblengan 4,000 anggota mulai hari ini sehingga 15 April bagi memantau pelaksanaan GST di seluruh negara.

Dalam masa yang sama Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) turut sama akan membantu memantau pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menurut kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani pula meneruskan pemantauan dan program Jihad orang tengahnya dengan memberi jaminan pelaksanaan GST yang bermula hari ini tidak akan menjejaskan penurunan harga 73 jenis barang keperluan dalam Program Jualan Turun Harga Pasar Tani.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 73 barang dan produk tersebut yang berasaskan pertanian segar, kering dan diproses akan kekal murah antara lima hingga 20 peratus berbanding tempat lain.

“Sepanjang program ini dilaksanakan di 580 pasar tani di seluruh negara sejak bulan lalu, kesannya begitu besar terutama terhadap kehadiran pelanggan dan jualan kepada peniaga.

Malah Adun Selangor daripada DAP pun mengakui bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan mulai hari ini bukan isu yang perlu dipertikai. 

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), ketika membahaskan titah Sultan Selangor pada persidangan Dun berkata, isu yang sepatutnya perlu diberi perhatian adalah perkara melibatkan pentadbiran. "Saya setuju GST tidak dijadikan isu di negara ini cuma ia melibatkan soal pengurusan," katanya

Dalam hal ini MMI bersetuju bahawa pengurusan dan penguatkuasaan pihak berwajib terhadap pelaksanaan GST WAJIB menjadi perkara paling UTAMA agar rakyat tidak menjadi mangsa mereka-mereka yang masih rakus untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Pastikan penguatkuasaan dan pemantauan sepenuhnya dilakukan dengan berkesan agar kita dapat membuktikan betapa GST itu adalah satu mekanisma terbaik dalam sistem percukaian sedia ada.

Percaya bahawa setiap satu perubahan itu pastinya akan ada kelemahan dan kelemahan itu pastinya hadir dalam ruang-ruang tertentu.Maka disinilah pihak kerajaan memerlukan sokongan rakyat agar menjadi mata dan telinga supaya maklumat tentang kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi dengan sebaiknya.

Sebab itu MMI sebut bahawa April 2015 adalah bulan yang mengelirukan kerana ramai lagi diluar sana yang masih keliru tentang GST.Tak cukup dengan itu masih ada lagi mereka diluar sana yang cuba mengelirukan rakyat tentang GST ! INGAT ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap GST demi kepentingan politik sempit mereka !

Kekeliruan ini akan berlaku dalam beberapa tempoh yang akan datang dan kita harus menjadi pengguna yang bijak untuk merungkai kekeliruan ini.

Secara peribadi MMI juga adalah pengguna seperti mana anda semua diluar sana , cumanya MMI melihat kepada apa yang mampu kita capai hasil daripada pelaksanaan GST yang jauh lebih TELUS daripada SST.

Memang ada sedikit terkesan tetapi secara jangka pangjangnya akan ada kebaikan bukan sahaja kepada negara dan kita tetapi kepada anak cucu cicit kita selepas ini. INSYA ALLAH 

MMI

3 comments:

  1. Kalau mekanisme GST belum bagus dan belum bersedia jangan gatal nak tuai wang cukai berganda dari rakyat dan membuka peluang penipuan berleluasan atas rakyat.

    Kerajaan Najib BN bersedia sudah untuk jadi Pembangkang PRU14 nanti.

    Insya Allah kali ini rakyat pasti tertekan lebih dr kenaikan minyak 70 sen dulu..Najib memang perosak UMNO BN. Tun Mahathir yang jauh lebih bijak pun tak tukar sistem ekonomi cukai kepada GST, apakah Najib terlalu bijak atau semakin tuli kerana punasehat botak dan berkulit legam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai bila....esok....lusa....masih jugak tak bersedia....inilah contoh mentaliti org bumiputra....sudahlah bro.....semakin byk cakap...makin meluat tengok org macam you ni

      Delete
  2. Masih dalam drama sinetron melayu,tidak dalam realiti sebenar ,wake up wake up please

    ReplyDelete

Labels