Followers

Tuesday, 31 March 2015

Apa dah Jadi Penjara Sungai Buloh ?? Ada Cerita Suap Ka ??


MMI pernah sebut sebelum ini apakah wajar untuk blog ini ditutup setelah manusia pelbagai wajah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun akibat meliwat bekas pembantunya.Kalau diikutkan kepada keputusan terbabit sudah semestinya hari ini MMI dan mungkin ramai lagi dikalangan penulis-penulis blog boleh sahaja berhenti daripada menulis memandangkan keputusan mahkamah memihak kepada Saiful Bukhari.

Namun bila di fikirkan balik , penulisan di blog ini perlu diteruskan kerana cabaran selepas itu dirasakan jauh lebih mencabar dalam era atau pasca KETUM dalam penjara.

Nah apa yang dibimbangkan kini berlaku , sejak KETUM disumbat ke dalam penjara pelbagai perkara berlaku dan terkini di beritakan pula beliau akan bertemu dengan Ahli-Ahli Parlimen PKR di Kompleks Penjara Sungai Buloh.

Wehhh apa cerita ni ???? Kalau benarlah berita ni apa ke jadahnya yang sedang berlaku ????

Apakah dalam mesyuarat yang diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh itu, akan dihadiri oleh warden-warden dengan tangan Anwar Ibrahim bergari dan para pelawatnya pula perlu berada dalam jarak tertentu dan tidak boleh menyentuh Anwar Ibrahim langsung bagi mengelakkan pemberian objek termasuklah senjata merbahaya kepadanya untuk diseludup masuk ke penjara?

Adakah terdapat rakaman CCTV yang dibuat oleh pihak penjara bagi memastikan mesyuarat berkenaan berlangsung mengikut piawaian dan standard penjara membabitkan banduan dan penjenayah seperti Anwar Ibrahim?

Atau sekali lagi, Anwar Ibrahim akan diberikan keistimewaan besar seolah-olah dia adalah Maharaja Kartel yang berjaya merasuah para warden dan pihak berkuasa penjara bagi membolehkan dia mendapatkan layanan istimewa seperti yang diperolehinya sekarang?

Apa penjelasan daripada pihak Penjara Sungai Buloh berhubung perkembangan terbaru ini? Adakah pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh sudah tidak berupaya menjalankan tugas mereka atau sememangnya ada kepincangan besar berlaku membabitkan pengurusan dan pentadbiran Penjara Sungai Buloh?

Selain Anwar Ibrahim, adakah terdapat banduan-banduan lain yang diberikan keistimewaan sebegitu rupa di Penjara Sungai Buloh?  seterusnya 

KETUM tu banduan yang didapati bersalah sebagai PELIWAT !!! Yang dok bagi keistimewaan sangat tu kenapa ??? Ada cerita suap ka ni ???

MMI

3 comments:

  1. TANYA MENTERI DALAM NEGERI.........

    ReplyDelete
  2. Hello Zaid Hamidi hang tidok kah?

    ReplyDelete
  3. Kalau depa nak pi jumpa ketua peliwat Al Juburi tu bolehhhh...tapi kena lah ikut cara nak melawat orang salah...bukannya duduk dalam mtg room utama pengarah penjara Sungai buluh tu siap dgn jamuan. Kalau lagu tu, aku cadangkan KDN jalankan siasatan keatas Pengarah Penjara tersebut kenapa dia membiarkan perkara sedemikian berlaku.....

    ReplyDelete

Labels