Followers

Thursday, 2 April 2015

PAS Mampu Sendirian !! Bila KLIMAKSnya ???

Sudah beberapa kali kita melihat suara dari kem PAS agak agresif walaupun dibuat secara hati-hati apabila membicarakan tentang hubungan mereka dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Haprak.

Secara ringkasnya suasana tidak mesra yang wujud dalam Pakatan Haprak hari ini adalah disebabkan perbezaan ketara pendirian parti-parti yang kononnya bersama atas satu matlamat.

Rakyat rasanya sudah dapat melihat bahawa perbezaan ini bukan sahaja wujud daripada PAS tetapi juga melibatkan DAP dan PKR.

Kalau semua masih ingat hubungan antara DAP dan PKR juga tidaklah semesra dulu kerana hubungan songsang itu kerap kali diliwat oleh sikap sesetengah pemimpin mereka sendiri.DAP secara jelas sedang bermuka-muka kerana mereka kini sedang melebarkan pengaruhnya dalam Pakatan Haprak.

Jika sebelum ini kita melihat PAS merupakan parti yang sering kali di perlekehkan oleh DAP , PKR juga secara tidak langsung tidaklah seberani mana untuk berdepan dengan DAP.Apa yang mampu dilakukan oleh PKR di Pulau Pinang ? Setakat ini PKR Pulau Pinang tidak ubah sekadar pak turut kepada Lim Guan Eng seperti mana DAP mengajar PAS sampai langsung tak berani buka mulut.

Di Perak pula , kita boleh saksikan sendiri bagaimana dominasi DAP begitu kukuh dalam Pakatan Haprak sehingga yang lain-lain turut menjadi pencacai politik.Tak perlu tinjau jauh-jauh lihat sahaja insiden terbaru dalam sidang DUN di Perak !!!

MMI yakin dominasi DAP ini akan semakin utuh dengan berlindung di sebalik tabir kononnya masih menghormati KETUM , Wan Azizah dan beberapa nama dalam PKR.Dalam PAS pula DAP tidak pernah sekalipun berasa gusar sebaliknya menantikan masa yang sesuai memandangkan ketika ini pun DAP secara tidak langsung sudah pun menguasai sebahagian besar parti tersebut.

Sama ada Hadi Awang kekal menjadi Presiden atau tidak , DAP tetap menguasai parti tersebut .. Itu hakikatnya !!!  

Ringkasnya sejauh mana kenyataan daripada pimpinan dalam PAS yang dilihat masih setia bersama Hadi dan barisan ulama parti itu mampu mengubah senario lanskap politik PAS yang sudah tercemar dengan kehadiran parasit-parasit belaan DAP ?

PAS Mampu Sendirian ? 

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.

Mohd Amar yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada Barisan Nasional, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990.

"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan Parti Keadilan Rakyat) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.

"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini, pada Rabu.

Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lepas atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.

Mohd Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu.

"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.

"Menyerang Presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP," katanya. - astroawani

Banyak dah kita tengok kenyataan demi kenyataan .. Cerita dia bila klimaksnya ???

MMI

2 comments:

  1. Aku tak pasti samada pas MAMPU sendirian. Jika mampu mungkin MAMPUS! Aku makin tak paham dgn pas. Dlm isu hukum hudud yg dibentang dlm dun kelantan, semua adun umno sokong. Selang beberapa hari, mp pasir mas kutuk.umno. Jika begitulah caranya para ulama parti dlm pas berpolitik, tak lama pas akan terbarai dan terburai. Jenis manusia tak mengenang budi, taksub, ujub, bongkak dan kurang akal.

    ReplyDelete
  2. CAKAP AJE LEBIH. SEBENARNYA PAS TAKUT, TERLALU TAKUT

    ReplyDelete

Labels