Bila ada ruang dan peluang maka berlakulah apa yang kita selalu sebut sebagai ambil kesempatan.
Tak pasti pula si penyebar tu dapat untung atau tidak tetapi hakikatnya penyebaran sebegini mampu menyebabkan orang ramai keliru hinggakan ada dikalangan mereka yang mengaku orang lama atau otai dalam politik pun turut serta.
Maklumlah kononnya sayangkan negara tetapi yang lebihnya sebab kedudukan politik dan sikap pro kepada pemimpin yang langsung tidak menguntungkan sesiapa.
Berikutan kelantangan suara Tun Mahathir yang letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia di waktu ramai pihak masih memerlukan khidmatnya , semua portal pro-pembangkang hari ini bagaikan sepakat dan bersatu hati membuat kesimpulan bahawa Muhyiddin Yassin akhirnya telah menyebelahi Dr. Mahathir dalam 'gaduh anak-beranak Mahathir-Najib' dengan tajuk, 'ANDA TIDAK KESEORANGAN'.
Seolah-olah telah mendapat peluru besar untuk menunjal dahi Najib Abdul Razak, kenyataan tersebut cuba digambarkan oleh mereka sebagai pembentukan sebuah pakatan baru untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.
Dan seperti biasa, ramailah yang meloncat tanpa menyelidiki apa sebenarnya maksud portal-portal pro-pembangkang yang memang mengharapkan kalangan UMNO bercempera dan saling berbunuhan sesama sendiri.
Hakikatnya...
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam perjuangan menjadikan peperangan sebagai satu jenayah antarabangsa.
Beliau turut melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.
Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.
“Bercakap tentang kebenaran dan keberanian… itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.
“Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya. -sumber
Melayu masih seronok menjatuhkan sesama Melayu !!
MMI
.. memang ramai gulongan bengap & bebal ... tak tau lah fahaman atau agama mana yang mereka ini anuti sekarang... yang pasti kena sakit 'sembelit' pun mereka akan salahkan orang lain...
ReplyDeletekemacaian terserlah....
ReplyDeletePermintaan very simple... berundur secara terhormat.
ReplyDeleteHanya perlu seorang untuk selamatkan 28 juta rakyat.
Kenapa seorang itu sukar sangat lakukan kalau dia cintakan Allah dan partinya.
Kena ingat, yang minta dia berundur melebihi satu orang...