Followers

Tuesday, 14 April 2015

GST Pengguna Mahu Penguatkuasaan & Tindakan Daripada @KPDNKK

Gambar sebelah MMI ambil daripada salah satu akaun twitter dan ianya menunjukkan kehadiran pegawai KPDNKK di Pasar Awam Seberang Jaya sempena lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Pengguna akaun twitter terbabit merujuk gambar tersebut kepada pelaksanaan GST memandangkan masih ada rungutan daripada rakyat akar umbi berkenaan kenaikan harga barang yang kebanyakkannya dilihat berlaku kerana sikap pihak peniaga dan pihak sebelumnya yang mengambil kesempatan diatas pelaksanaannya.Mungkin juga ada dikalangan mereka yang masih tidak faham dan mengenakan caj tanpa mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

Antara rungutan yang masih kita dengar adalah kelemahan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berwajib terhadap harga barangan di pasaran.Pemantauan dan tindakan ini amat dituntut oleh pengguna hari ini dan kerana itulah kehadiran pegawai KPDNKK sewaktu program YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Seberang Jaya menjadi perhatian.

Antara bunyi-bunyi yang MMI dengar adalah "Mai sini buat apa ? Pi pantau harga barang noo !" membuktikan betapa rakyat mahukan pemantauan dan tindakan yang efisien daripada pihak-pihak berwajib agar segala permasalahan yang kini sedang ditanggung oleh rakyat dapat diselesaikan.

Secara peribadi , MMI melihat sikap peniaga , pemborong dan pembekallah yang sebenarnya menyebabkan situasi kenaikan harga barang berlaku.Walaupun ada dikalangan peniaga yang mengambil kesempatan sejujurnya sebahagiannya turut terbeban akibat kenaikan harga daripada pembekal dan pemborong maka kerana itu peniaga juga perlu menaikkan harga barangan.Kesannya pembeli akhir menjadi mangsa !!

Apa pun MMI optimis , permasalahan ini akan diselesaikan dalam sedikit masa lagi memandangkan ramai dikalangan pengguna sendiri pun sudah mula faham tentang GST.Ada dikalangan pengguna hari ini sudah menjadi pengguna bijak dengan membuat pilihan sebelum membeli.Dan MMI yakin dengan penguatkuasaan yang baik masalah tentang kenaikan harga akan dapat diselesaikan.

Untuk rekod sehingga hari ini , sebanyak 88,600 pemeriksaan dibuat ke atas premis perniagaan dan peruncit seluruh negara sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April hingga semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu sebanyak 218 tindakan kes dihasilkan. “Kita telah melakukan 152 pemeriksaan bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) melalui tindakan penguatkuasaan ‘Ops Pematuhan GST Catut’.

Dalam tempoh berkenaan juga sebanyak 535 pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga untuk mendapatkan penjelasan dan justifikasi punca kenaikan harga atau caj perkhidmatan tidak munasabah di pasaran,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin yang ingin tahu mengenai operasi penguatkuasaan yang telah dilaksanakan sepanjang 2014 dan pencapaiannya serta keberkesanan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) Fasa Kedua.

Hasan berkata, jika pihak peniaga berkenaan gagal memberikan sebab dan didapati bersalah melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak kementerian akan mengambil tindakan termasuk merampas barangan mereka, mengenakan penalti atau mendakwa mereka di Mahkamah Seksyen Khas yang mengendalikan kes berkaitan GST.

Katanya, Ops Catut Fasa Kedua yang bermula pada 1 April lalu bertujuan memastikan peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan mematuhi kehendak pelaksanaan GST. Dalam sidang media di lobi Parlimen kemudiannya, Anggota Parlimen Kuala Pilah itu menjelaskan, untuk tempoh sepanjang pelaksanaan GST iaitu 1 April hingga semalam, sejumlah RM32,500 kompaun telah dikeluarkan dan sebanyak RM48,688.50 nilai rampasan dicatat.

“Sepanjang Ops Catut Fasa Kedua ini, sebanyak 218 kes dikesan dengan 103 kes melibatkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, 107 kes Akta Timbang dan Sukat 1972, lima kes Akta Perihal Dagangan 2011 dan tiga kes Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya. -Bernama

Daripada angka-angka ini maka MMI rumuskan bahawa punca kepada kenaikan harga barang bukanlah di sebabkan pelaksanaan GST tetapi sikap pihak terlibat yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya.

MMI akui ada kelemahan dalam pelaksanaan GST tetapi kelemahan itu kini sedang diatasi dan ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna atau pembeli akhir.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels