Followers

Saturday 11 April 2015

Sosek Sosek PRK Permatang Pauh & Rompin

Semua dah jelas kerusi Parlimen bagi Permatang Pauh dan Rompin kini kosong.Maka kekosongan itu akan diisi melalui satu proses pilihanraya kecil mengikut peruntukan undang-undang yang telah sedia ada.

Dan disebalik semua yang berlaku rupa-rupanya ada juga bisik-bisik atau sosek sosek orang dok bercakap tentang beberapa perkara. 

Ada bunyi-bunyi yang mengatakan inilah masa yang terbaik untuk PAS tidak meletakkan calonnya untuk bertanding di Rompin atas dasar membalas budi dan memberikan gambaran bahawa kedua-dua parti itu boleh menjalinkan kerjasama.

Sosek sosek ini begitu hangat diperkatakan setelah BN tidak menyaingi Pas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan tempoh hari.

Lagipun dengan majoriti besar 15,114 undi yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam PRU-13 lalu, agak mustahil untuk Pas merampas kembali Rompin yang dikuasai wakil rakyat UMNO sejak 23 tahun lalu. Bahkan, Allahyarham Jamaluddin amat disenangi pengundi kerana banyak membantu serta menyumbang bakti kepada rakyat.

Tambahan lagi, UMNO Bahagian Rompin yang kini dipangku oleh timbalan ketuanya, Datuk Hassan Ariffin yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Pahang tentu sekali tidak akan membiarkan pembangkang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian yang dikecapi penduduk Rompin selama ini.

Sama seperti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendominasi DUN Chempaka berpenggal-penggal lamanya, BN bukan tandingan Pas di Rompin. Untuk sebab kekosongan dua kerusi inipun kerana kematian wakil rak­yatnya.

Pas pernah tidak menurunkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Raub pada 2007.

Alasan yang diberikan Pas ketika itu kerana ‘memboikotnya’ walaupun perkara sebenar kerana tidak berani bersaing selain menghormati kematian ADUN yang telah meninggal dunia. Jadi, tak salah jika Pas berbuat perkara sama, kali ini di Rompin.

Cuma, kalau Pas tidak meletakkan calon di Rompin, apakah ahli dan jentera parti Islam itu akan turun padang membantu kempen pakatan pembangkang di kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Pilihan raya kecil Permatang Pauh itu berlangsung selang sehari, iaitu 7 Mei selepas PRK Rompin, 5 Mei.

Dengan ketegangan politik dalaman antara Pas dan rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang menentang pelaksanaan hudud, apakah Pas masih akan membiarkan parti mereka disepak terajang macam bola ke sana, ke sini?

Tentu sekali ahli Pas tidak wajar membiarkan diri mereka dipergunakan lagi untuk mencapai matlamat politik pakatan pembangkang semata-mata,

DAP dan PKR hanya mahu mempergunakan Pas untuk mencapai matlamat politik.

Setelah menang, mereka menghina lagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Utusan

Bagi MMI semuanya kembali kepada kebijaksanaan pemimpin PAS dalam membuat keputusan.

Apa pandangan anda ?

MMI

1 comment:

  1. Demi Permatang Pauh DAP dan PKR telah buat drama wayang bangsawan "membodek" dan beromen dengan Pas supaya jentera Pas dan penyokong Pas memenangkan kerusi PP kepada PKR. PKR sangat cuak kebelakangan ini kerana popularity mereka sudah merudum semenjak ketum didapati salah meliwat dan selama ini Anwar anak beranak berbohong kepada rakyat dan penyokong. Kepada PAS, korang sendiri dah tahu bagaimana DAP dan PKR melayan korang kan? DAP dah umum putuskan (serupa menghalau/pecat/buang) hubungan dengan TGHH presiden Pas (tapi masih kekal nak kuda kan parti Pas). DAP Sarawak terlalu angkuh dengan kekuatan sokongan mereka di Sarawak putus pertalian dengan PAS Sarawak (pecat macam anjing kurap). Di Sabah lagi teruk. DAP dan PKR Sabah pecat PAS Sabah. Ini semua membuktikan bagaimana DAP dan PKR melayan PAS macam anjing kurap. Tak kan PAS tidak perasan? Begitu hina nya pandangan dan layanan DAP dan PKR terhadap PAS dan TUAN GURU Presiden, ada kah patut PAS masih mahu MENJILAT DAP dan PKR? Lepas PP orang PAS tengok lah bertambah teruk lagi DAP dan PKR akan kencing PAS, terutama sekali apabila PRK PP dimenangi oleh UMNO. Tengok lah......

    ReplyDelete

Labels