Followers

Saturday, 11 April 2015

Ada Hikmah Di Sebalik AMARAN Hadi Kepada DAP

Hadi Awang merupakan seorang pemimpin yang hari ini turut berdepan dengan serangan bertali arus dari mereka yang mengaku sepasukan.

Lebih kurang sama dengan apa yang sedang berlaku terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kadang-kadang MMI terfikir , apakah hikmahnya apabila kedua-dua pemimpin ini di uji sebegitu rupa ?

Hadi terus bertahan sebagai Presiden PAS walaupun ada dikalangan ahli parti sendiri yang cuba merentap beliau dari kedudukannya.Mereka yang digelar sebagai BARUA dalam PAS itu semakin galak malah dilihat begitu mesra sekali bersama sekutu sesakat mereka.

Najib pula kekal sebagai seorang Perdana Menteri yang tenang dalam mendepani isu-isu yang diperkatakan.Malah senarionya hampir sama dengan Hadi , memandangkan Tun Mahathir pun lantang mahukan supaya Najib berundur.

Apa pun MMI optimis , apa jua yang kini sedang berlaku kedua-dua pemimpin ini akan kekal memimpin parti masing-masing.Kepada Najib , sejarah Pak Lah telah menjadi garis panduan kepada beliau serta seluruh pimpinan yang bersamanya untuk meneruskan agenda negara.

Apa yang cuba MMI lontarkan dalam artikel kali ini adalah sikap Hadi Awang yang dilihat sudah semakin bijak menggunakan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi parti.Jika sebelum ini kita sering kali melihat PAS selalu akan membuat U-Turn dalam apa jua isu , kini ianya tidak berlaku.

Malahan kata dua yang diberikan beliau terhadap kepimpinan DAP memperlihatkan ketegasannya dalam mencorakkan kembali parti yang dulunya di hormati kerana prinsipnya.

Sebelum diulas lebih lanjut jom kita baca dulu apa tindakan terkini daripada Hadi Awang !
KUALA TERENGGANU 10 April - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan DAP supaya tidak berterusan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan tanggapan bahawa parti itu sebenarnya anti-Islam dan bermusuh dengan orang Islam.
Menganggap mana-mana kenyataan kontroversi DAP yang menentang perjuangan Pas sebagai tidak mewakili semua orang bukan Islam di negara ini, Abdul Hadi berkata, masih ramai bukan Islam yang memberi maklum balas positif berkaitan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Menurutnya, beliau turut menerima respons yang sangat positif daripada kalangan orang bukan Islam tentang hudud dan menemubualnya sama ada dari dalam atau luar negara.
“Antaranya, ada yang membuat penyelidikan peringkat doktor falsafah (PhD) tentang politik di Malaysia. Mereka ini datang jumpa saya dan menimbulkan isu ini.
“Dua hari lepas ada pemberita Reuters dan AFP yang datang membuat temuramah dan saya turut diundang memberi ceramah khusus di Universiti Nanyang, Singapura hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semua itu, katanya, menunjukkan respons daripada pihak yang bukan Islam secara ilmu dan bukannya secara hentam keromo.
“Maka, sebab itulah saya mengingatkan DAP supaya tidak membuat kenyataan sehingga mengheret kepada anggapan bahawa dia adalah anti-Islam dan nak bermusuh dengan orang Islam,” katanya.
Sementara itu di MARANG, Abdul Hadi menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang persendirian dalam sesi Parlimen Mei depan tidak menjadi persoalan kerana ada isu yang lebih mendesak untuk diberi perhatian dalam sidang kali itu.
Malah katanya, penyenaraian usul berkaitan Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dalam aturan urusan mesyuarat untuk dibentangkan di Parlimen kali ini sudah merupakan satu pencapaian yang sangat baik untuk parti.
“Kalau kita tekan (untuk membentangkan usul lebih awal) maka kita terpaksalah melangkah agenda-agenda lain. Kita boleh buat begitu namun kita meraikannya kerana ada perkara yang lebih penting iaitu isu keselamatan negara yang menjadi perbincangan hangat yang mana kita bersatu dalam menentang keganasan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagi MMI ini merupakan sikap dan pendirian yang harus kita sokong , di saat kita punya agenda untuk diketengahkan kita juga melihat kepada hal-hal yang mampu memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara walaupun ianya tidak hadir dari kem masing-masing.

Pendirian Hadi yang memberikan ruang dan menyokong hal melibatkan isu-isu keselamatan negara dan sikap bersatu dalam menentang keganasan telah memperlihatkan kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin.

Secara jujurnya Hadi telah pun membuktikan bahawa kita mampu bersatu ! Bersatu dalam erti kata untuk kebaikan bersama dan juga untuk kebaikan rakyat.

Malaysia di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebenarnya telah membuka ruang yang seluas-luasnya untuk semua pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.Perbezaan pendapat dan pandangan itu adalah perkara biasa dan lumrah dalam dunia politik namun sebagai seorang pemimpin yang faham akan tanggungjawab dan amanahnya sudah pastilah beliau perlu membuat keputusan sebagai seorang Perdana Menteri.

Maka perkara yang sama jugalah yang telah dilakukan oleh Hadi Awang dalam memimpin PAS hari ini.Hinggakan anai-anai yang dah lama melata dalam parti itu tidak lagi senang duduk.

Jika inilah pendirian dan kecekalan yang ada kepada kedua-dua pemimpin ini , alangkah indahnya kalau kedua-duanya dapat duduk semeja dan memikirkan jalan untuk sama-sama memacu negara dan menentang anasir-anasir yang punya agenda tersirat.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana masing-masing sedang berdepan dengan gerakan pengkianat dari dalam tetapi sekurang-kurangnya kita boleh memperkuatkan kedudukan orang Melayu dan Islam yang sering kali menjadi mangsa politik pihak yang tidak bertanggungjawab.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels