Followers

Sunday 24 May 2015

Muhammad Muhd Taib Nak Tinggalkan PAS , Ada Yang Kisah Ker ?

Sekadar mengisi ruang berita hujung minggu .. ENJOY !!

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dilapor mahu meninggalkan PAS dan akan menunggu sehingga selesainya Muktamar Agung parti itu awal bulan depan sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Menurut laporan yang dipetik daripada Malaysiakini, Muhammad dikatakan berhasrat berbuat demikian selepas kecewa dengan parti tersebut.

Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan yang pernah diambil oleh bekas mursyidul am mereka, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

“Kita mahukan seorang tokoh warak seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Tapi kita tak lagi nampak macam tu,” katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad, beliau sangat berminat dengan PAS.

“Kini tak berminat sangat,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

“Sahabat saya Tamrin dah meninggalkan PAS. Kata beliau, PAS sekarang dah mengarut. Saya masih mahu menunggu keputusan pemilihan dalam muktamar nanti,” jelasnya. sumber 

Hmmm ada sapa-sapa kisah ker dengan dia ni ?

MMI

4 comments:

  1. Dah tak dapat jawatan dan di pinggirkan ada sajalah jawapan diberikan… dok rumah ajelah MAT TAIB oooii..!!!
    You are nobody now and no one cares.!!! You have done nothing good and there's nothing good coming from YOU..!

    ReplyDelete
  2. Memang era kepimpinan Najib tidak kisah bekas pemimpin Melayu/ UMNO. Najib lebih menyayangi pemimpin cina walupun mereka pepet di luar runcing di dalam. Koh Tsu Koon bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang seperti senang hati Pulau Pinang dirampas Dap secepat kilat diberikan jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tetapi Khir Toyo dihina dan dicerca. Begitu juga selepas PRU13 berdasarkan keputusan GAGAL parti cina dalam BN, mereka diberikan jawatan Timbalan Menteri Kewangan Kedua! Menyebabkan penyokong UMNO pening kepala apakah penanda aras atau KPI yang diguna Najib sekadar menanam tebu di tepi bibir sama seperti 'winnable candidate' yang sebenarnya 'crony Najib candidate'? Percaturan politik tolol dan syiooook sendiri oleh Najib bakal menguburkan karier politiknya sendiri!

    ReplyDelete
  3. Seorang yg Penuh dengan skandal semasa dlm UMNO, masuk PAS cuba nak liberalkan PAS. Ini sorang lg pencacai Anwar nak rosakkan PAS.

    ReplyDelete

Labels