Followers

Monday, 25 May 2015

Dia Perlu Pikul Akibatnya ! @Zahid_Hamidi

Keputusan telah dibuat bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak yang melakukan rakaman dan menyebarkan ucapan Tan sri Muhyiddin Yassin sewaktu kursus anjuran Biro Latihan UMNO Malaysia baru-baru ini.

"Saya telah menghubungi beliau secara peribadi. Beliau meminta maaf. Namun saya berkata kepadanya, tidak akan ada pengampunan untuk anda. Kerosakan sudah dilakukan.

"Dia perlu memikul akibatnya," kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, video berkenaan pada mulanya dikongsi di aplikasi Telegram sebelum tersebar ke laman sosial.

"Tindakan akan diambil. Ia akan dibawa kepada lembaga pengurusan parti," kata Zahid.

Sebagai pemerhati politik , MMI merasakan ini adalah keputusan yang tepat kerana si pelaku jelas telah melanggar peraturan dan tindakannya itu telah menyebabkan timbulnya pelbagai persepsi yang tidak baik khususnya dalam keadaan hari ini.

Seperkara lagi yang MMI rasa mungkin akan ditimbulkan oleh sesetengah pihak adalah begitu cepat UMNO mengambil tindakan terhadap si pelaku terbabit sedangkan ada isu yang lebih besar sedang berlaku diluar sana namun pihak yang terlibat masih lagi dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan !

Well jangan emosi kerana tiap kesalahan itu pastinya akan ada hukuman dan dalam konteks ini hukuman itu biarlah bersandarkan kepada BUKTI bukan persepsi !

MMI

4 comments:

  1. Najib bohong x mau amik tindakan? Bibgai x abis2 menteri ni.. nk buat nmpk macam backup najib la tu bila kantoi

    ReplyDelete
  2. Tun M BOHONG!! itu yg sebetulnya!

    ReplyDelete
  3. LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.

    TUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.

    RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?

    APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?

    KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.

    ReplyDelete
  4. apa u ckp? Benda yg sebenar tak tahu u main tembak ja!! Sapa2 pun boleh main tulih macam hang.. tolong la.. Kalau ketua hang ckp garam manis pun hampa percaya sebelum try sendiri!!

    ReplyDelete

Labels