Followers

Tuesday 12 May 2015

Hakikatnya PAS Hari Ini SOKONG Dalam DIAM !!!


Semua boleh ! Ceritanya kalau bab PAS ni apa pun boleh buat sebab segala fatwa dan hukum hakam di halalkan demi menegakkan Islam , betul ker ? Gambar atas menceritakan serba sedikit kepada kita betapa PAS hari ini sudah terlalu jauh bezanya jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Walaupun macam-macam cerita kita dengar PAS tetap PAS dan perubahan hasil daripada sikap terbukanya selama ini sudah menjerat bukan sahaja perjuangannya tetapi juga apa yang selama ini dipelihara oleh mereka.

Malah situasi di PRK Permatang Pauh sebelum ini kononnya PAS memboikot kempen PKR bukanlah tindakan yang benar-benar telus dan ikhlas.Banyak pembohongan tersirat berlaku sepanjang kempen PRK Permatang Pauh.

Memang benar jentera PAS kurang membantu kempen PKR tetapi itu secara zahirnya , apa yang boleh MMI katakan sebahagian besar puak-puak PAS ni masih GIAN untuk bekerja dalam pilihanraya.Malah salah satu cerita yang sampai ke telinga MMI adalah jentera PAS bergerak di belakang tabir.

Ada segelintir tu mungkin kerana terlalu GIAN atau nak menumpang mencari makan , sanggup menjadi tukang masak dan membekal makanan kepada jentera PKR.Mestilah ada bayarannya bro !! So walaupun tak berkempen kononnya memboikot , sumbangan memasak makanan yang di hantar kepada petugas-petugas PKR bolehlah disamakan sebagai kerjasama PAS dengan PKR.

Kemudian sebahagian besar daripada mereka tetap keluar mengundi dan mengundi si Kipas ! BOIKOT apa kalau masih mengundi ??

Apa pun itu realitinya pendirian PAS di Permatang Pauh dan hari ini Permatang Pauh dilaporkan banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.


Jadi kepada penduduk yang kena tempias tu SEGERAlah mendapatkan bantuan daripada Ahli Parlimen yang baru.PAS pula janganlah dok saja kena tolonglah apa yang patut !! Takkan nak harapkan UMNO dan BN lagi kot ? 

Dalam masa yang sama , PAS sekali lagi main wayang kononnya ramai dikalangan penyokong mereka tak puas hati dengan kehadiran Lim Kit Siang di bumi Kelantan.


Khabarnya PAS Kota Bharu  mengundang Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah menolak hudud di negeri yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut.

Kekecewaan itu turut disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan Tuan Guru Nik Aziz rahimahullah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Lim Kit Siang ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.

“Semoga Allah mengukuhkan istiqamah ahli PAS seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,”katanya.Seterusnya 

Lagi kenyataan yang cukup mengelirukan kerana sekali pandang nampak macam PAS benar-benar hilang minat kepada makhluk perosak DAP tetapi hakikatnya DAP sudah berdiri di pentas PAS di Kota Bharu berbicara soal tolak Hudud !!!

Persoalannya ampa semua masih percaya dengan PAS ker ?

MMI

1 comment:

  1. parti yang penuh dgn agenda hipokrit.....Islam la iman la dan bla bla bla...hakikatnya dah bawa kotoran dan najis masuk dalam rumah...jap lagi dap masuk masjid bagi kutbah.

    ReplyDelete

Labels