Followers

Wednesday, 27 May 2015

Kesilapan Juruwang KAYU !!


Selain dari isu-isu melibatkan 1MDB dan lain-lain , ramai dari kalangan netizen hari ini memberikan tumpuan terhadap restoran nasi kandar kayu yang mengenakan harga yang langsung tidak masuk akal kepada pelanggan.

Yang telah viral sekarang adalah harga bagi 5 bendi yang mencecah RM20 dan roti tisu RM11 ! 

Dan sepengetahuan MMI , pihak pengurusan restoran terbabit telah tampil memohon maaf kerana berlaku kesilapan juruwang sewaktu pengiraan.

Malah pelanggan terbabit telah di minta untuk kembali ke restoran untuk mendapatkan kembali wang yang telah dibayar.

Sejauh mana maklumat ini MMI kurang pasti tapi itulah penyelesaiannya !

Apa yang boleh MMI ulas adalah apa yang berlaku itu membuktikan betapa rakyat Malaysia semakin sedar bahawa pengguna akhir punya hak dan kuasa dalam urusan memilih dan juga menentukan tiap perbelanjaan harian mereka.

Selain daripada itu masih terdapat mereka-mereka di luar sana yang mengambil sikap sambil lewa dengan menjadikan pengguna akhir sebagai mangsa.Bayangkan sekiranya pengguna terbabit bertindak untuk mendiamkan diri maka sudah tentulah pihak yang mengaku melakukan kesilapan itu akan mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya.

Apa jua yang berlaku , isu seperti ini hanya boleh ditangani dengan penguatkuasaan dan tindakan yang keras terhadap pihak yang didapati dengan sengaja melakukan tindakan sedemikian.

Atas apa jua jawapan yang diberikan dalam isu restoran kayu mereka sewajarnya di kenakan tindakan keras sekurang-kurangnya menjadi pengajaran di kemudian hari.

Ada yang kata ini bukan silap tapi sengaja !!! Memang KAYU !!

Psst ambil tindakan tutup seluruh rangkaian restoran tu selama 5 hari , kita tengok apa jadi , Bendi pun boleh dapat free lepas ni ! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels