Followers

Wednesday, 27 May 2015

1MDB: Kehadiran Arul Ke Proseding PAC DiPolemik Golongan Terdesak



Surat kepada Arul dan Shahrol bertarikh 20 Mei bukan 6 Mei

1. Dimaklumkan bahawa surat jemputan yang meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir ke sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 26 Mei dikeluarkan pada 20 Mei dan hanya difakskan kepada mereka pada pukul 1130 malam 21 Mei. Maksudnya, mereka hanya diberi notis 2 hari bekerja untuk menyediakan jawapan dan mempertahan diri mengenai segala urusan 1MDB sejak tahun 2009.

2. Arul Kanda telah memaklumkan bahawa 1MDB menerima notis agak lewat dan tidak dapat hadir kerana berada di luar negara. Manakala Shahrol pula memohon agar diberikan lebih masa untuk membuat persiapan.

3. Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed telah menerima permintaan mereka berdua dan PAC telah bersetuju untuk memberikan mereka lebih masa untuk membuat persiapan.

4. Spin pihak anti-1MDB adalah mereka berdua tidak mahu memberikan kerjasama kepada PAC. Poster dan grafik palsu direka dan disebarkan oleh pihak anti-1MDB dua hari sebelum tarikh 26 Mei, kononnya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrn Buang menyatakan bahawa keputusan audit forensik tidak dapat dikeluarkan awal kerana pihak 1MDB tidak memberikan kerjasama.

5. Fitnah jahat pihak anti-1MDB ini telah dinafikan oleh Ambrin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Arul pula telah membuat kenyataan bahawa dia akan memberikan sepenuh kerjasama dan memberi jaminan bahawa dia akan hadir dalam proseding yang akan datang.

6. Perbuatan pihak anti-1MBD menghasilkan grafik palsu dan memfitnah bahawa Arul dan Shahrol tidak mahu bekerjasama dengan Ketua Audit Negara dan PAC merupakan satu tindakan yang terdesak (desperate) dan menunjukkan mereka sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan imej 1MDB dan mengagalkannya.

7. Tidak wajar pihak anti-1MDB menjadi begitu kalut hanya kerana Arul dan Shahrol tidak dapat hadir sesi PAC kali ini . Lagipun, laporan awal audit forensik Ketua Audit Negara masih belum siap dan diserah kepada PAC lagi. Tunggulah laporan awal audit forensik ini siap dulu. Sebenarnya penyiasatan PAC tidak terjejas sekalipun pengurusan 1MDB memberi keterangan terkemudian daripada saksi-saksi yang lain.

8. Secara logiknya, selepas laporan awal audit ini siap, lebih mudah bagi PAC untuk menyiasat. Bukan sahaja PAC, malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga boleh turut menyiasat.

9. Untuk berlaku adil, wajarlah Arul dan Shahrol diberikan masa yang mencukupi untuk menyediakan jawapan dan pada waktu yang sama mempertahankan 1MDB dan diri mereka. Ini bukan jawapan biasa, sebaliknya perkataan mereka boleh digunakan terhadap mereka di mahkamah, dalam perbualan masyarakat dan di dalam media.

10. Negara ini pernah menunggu selama 6 tahun bagi membenarkan Anwar Ibrahim membela diri dan memastikan perbicaraan dilakukan dengan adil. Kenapakah bagi Arul, Shahrol dan 1MDB kita menggunakan standard yang berbeza dan tidak mampu menunggu sehingga akhir Jun?

11. Seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Tidak wajar menjatuhkan hukuman sebelum siasatan dan perbicaraan yang adil. Tidak wajar juga menggunakan media untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman ke atas sesorang.

12. Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak dan Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah menyatakan bahawa 1MDB bukan risiko sistemik terhadap sistem kewangan negara dan pergerakan nilai ringgit. Nazir juga pernah meminta agar isu-isu membabitkan 1MDB harus dibiarkan berlalu kerana ia mampu menggugat sentimen pelabur terhadap Malaysia.

13. Sebagai rakyat Malaysia yang berprinsip, adil dan berkecuali, sudah tentu kita mahukan isu 1MDB diselesaikan secara bijak tanpa sebarang kerugian dan kemusnahan terhadap rakyat dan negara. Pada waktu yang sama kita juga mahu semua pihak yang bersalah dan pecah amanah dihukum dengan seberat-beratnya. Tiada kompromi dalam hal ini.

14. Laporan awal audit akan dibentangkan pada akhir bulan Jun ini. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, kita tidak seharusnya terus menerus membuat spekulasi, menyebarkan khabar angin dan mencipta pembohongan demi pembohongan kerana perbuatan tidak bertanggung jawab ini hanya akan merosakkan lagi ekonomi negara serta memberi kesan negatif terhadap bursa saham dan syarikat-syarikat lain yang berkaitan. Ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tentu sahaja tidak patriotik. - tunfaisal 

# Semakin hampir kepada jawapan yang sebenar semakin tidak senang duduk pihak-pihak yang sebelum ini sibuk membuat tuduhan.Kenapa ya ??

MMI

2 comments:

Labels