Followers

Wednesday, 6 May 2015

PKR Atur PENGUNDI Hantu ?? #PRKPermatangPauh #kakwan4pp


PANAS hari terakhir kempen di Permatang Pauh terus mencipta kejutan apabila 3 pengundi kaum Cina telah di kesan menggunakan alamat rumah yang sama.Hal ini dikesan melalui handbill maklumat daftar pemilih  milik PKR  yang dihantar ke setiap rumah pengundi.

Lebih mengejutkan lagi , pengundi-pengundi itu dialamatkan ke rumah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh sendiri Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Ben.




Menurut beliau sewaktu PRU13 , tidak wujud pun 3 nama ini yang beralamat di rumahnya dan apa yang berlaku seolah-olah ada pengundi dari luar telah di bawa masuk dengan agenda tertentu. 

Pengundi-pengundi itu didaftarkan di alamat No. 25, Taman Arowana, Permatang Tengah, Pulau Pinang masing-masing bernama Cheng Pei Cian, Cheng Wei Te dan Cheng Jia Gian langsung  tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Ketua Pemuda UMNO ini.

Difahamkan  satu laporan polis akan dibuat pada pukul 4.00 petang ini dan sidang media oleh Ketua Pemuda UMNO berkenaan akan dibuat selepas itu. 

Adakah  3 orang pengundi ini adalah pengundi hantu yang di bawa masuk untuk memenangkan PKR di Permatang Pauh ?

Ternyata mereka sering menyalahkan SPR tentang pengundi hantu tetapi ternyata banyak hantu di Permatang Pauh rupanya ?

MMI

1 comment:

  1. pkr ada pemimpin saja..mana ada ahli...kecuali ahli hantu...hohohohoo

    ReplyDelete

Labels