Followers

Wednesday, 6 May 2015

VIDEO PANAS GADUH PAS & PKR 1 Hari Sebelum Pengundian Di #PRKPermatangPauh !!



Sekumpulan ahli PKR dari Selangor hadir ke bumi Permatang Pauh hari ini dan mengadakan demo membantah keputusan pimpinan tertinggi PKR kerana menolak hudud dan sering kali membuat keputusan tanpa merujuk ahli-ahli di akar umbi.


Jentera PKR semakin longlai apabila banyak kepincangan berlaku dalam pengurusan gerak kerja dan akibatnya lebih banyak tindakan provokasi daripada berkempem secara berhemah.


Sabotaj dan tindakan liar merosakkan poster-poster Barisan Nasional di sekitar kawasan Permatang Pauh.Motif ? Mungkin geram sangat kot !!!


3 buah kenderaan PKR dikesan dengan sengaja melalui jalan utama berhadapan Command Centre Barisan Nasional di Bandar Perda.

Malah berhenti dan salah seorang daripada mereka menyampaikan ucapan yang jelas merupakan ucapan provokasi untuk menimbulkan huru hara.

Seperkara yang perlu difahamkan adalah jalan utama tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk masuk ke Command Centre Barisan Nasional dan sepanjang laluan terbabit tidak terdapat sebarang premis mahupun rumah kediaman lain melainkan Command Centre Barisan Nasional.

Persoalannya kenapa konvoi terbabit dengan sengaja masuk ke laluan terbabit dan melakukan provokasi ? Seterusnya 

Menurut blog pisau.net .. Secara rambang ramai yang beranggapan adalah lebih baik Wan Azizah balik ke Kajang selesaikan masaalah disana.

Keluarga Anwar sudah diberi peluang, penyokong dan pengundi telah memberi harapan yang cukup besar terhadap mereka..malangnya semua di khianati hanya kemaruk politiking murahan.

Muak pengundi Permatang Pauh dengan lebih 7 kali pilihanraya sudah sampai kemuncak..

Kali ini episod Teluk Intan bakal berulang.Melihat sokongan pengundi dan cara kempen BN kali ini konsisten dan teratur.

Pemimpin besar dan kecil tak putus turun ke bawah.. walau pun kalangan Umno BN sendiri tidak berapa yakin tetapi melihat kepada keadaan semasa adalah tidak mustahil Permatang Pauh bakal mendapat wakil rakyat orang muda.

Sentimen orang Pas  dengan penghinaan terhadap presiden mereka sudah tidak dapat bendung..hudud perjuangan mereka diperlekehkan PKR dan DAP.

Ramalan Guan Eng titik tolak perpecahan pakatan bermula di Permatang Pauh bakal menjadi realiti.
Pisau bertemu lebih 7 orang ketua cawangan Pas dan pelbagai lapisan penyokong mereka.. ternyata kali ini bukan masa untuk memberi muka lagi kepada PKR dan Dap.

Kata mereka wadah perjuangan Islam dan hududnya tak boleh disekat lagi..tahaluf siyasi dianatara Dap dan PKR adalah satu kesilapan besar.Sudah sampai masanya mereka lihat dan beri sokongan kepada pihak yang tidak menolak hukum allah.

Surat dibawah datang dari pencacai PKR..bukti betapa terdesaknya PKR mahukan undi Pas. pisau.net 


Lagi PANAS sebentar tadi berlaku pergaduhan di antara penyokong PAS dan juga penyokong PKR kerana perbezaan pendirian dan prinsip melibatkan hukum hudud yang jelas membuktikan kepincangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

                                    


Semua diatas adalah sebahagian daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh .. Terpulang kepada pengundi di Permatang Pauh untuk membuat pilihan yang terbaik.

Dah sampai masa kita tunjuk jalan untuk Jijah balik ke Kajang dan beri peluang untuk calon BN Suhaimi Sabudin membuktikan kerja buat beliau membantu warga Permatang Pauh !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels