Followers

Wednesday 6 May 2015

SERUAN TERBUKA BUAT UMMAT ISLAM PERMATANG PAUH #PRKPermatangPauh #kakwan4pp


SERUAN BUAT UMMAT ISLAM PERMATANG PAUH

Esok adalah hari penentuan untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh. Sekadar renungan dan muhasabah kita bersama. Undi adalah satu tanggungjawab yang perlu kita tunaikan.

Kita ada dua pilihan sama ada untuk memilih DS Wan Azizah - PKR atau Suhaimi Sabudin -BN. Melihat kepada senario semasa, calon parti PKR tidak seharusnya diberikan undi sama sekali bukan atas penilaian politik tetapi atas dasar menegakkan hukum Allah dan mempertahankan kedaulatan Islam.

DS Wan Azizah selaku calon dan juga Presiden PKR yang menolak perlaksanaan hukum hudud PAS Kelantan dan sanggup bersekongkol dengan kafir DAP dan terus menerus menentang hudud demi politik. Bukan sahaja hukum Allah dipersenda dan diketepikan, malah persaudaraan dengan PAS turut diputuskan. Ulama2 PAS terus diserang dan diasak hanya kerana mereka cuba melaksanakan hukum hudud.

Insiden penyerang pemuda PAS yg cuba mempertahankan hukum hudud bukan hanya dibuat melalui media, FB dan whatsapp tetapi PKR kini sudah ke tahap melakukan serangan fizikal dan ganas.

Terbaharu petang tadi 6.5.2015 di Petron seberang Jaya, sekumpulan pemuda PAS diugut, diancam dan diserang dengan senjata merbahaya semata-mata kerana menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Tuan guru Haji Hadi dan menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Sehingga hari ini tiada suatupun suara daripada pempinan UMNO yang mengkritik hukum hudud atau pendirian ulama dan pimpinan PAS untuk melaksanakan hukum.Allah.ini. Malah UMNO secara terang-terangan telah megetuai Jawatankuasa Teknikal Perlaksanaan Hukum Hudud bagi merealisasikan imlian kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud ini.

Maka melihat kepada keikhlasan UMNO / BN dan penentangan secara terang-terangan, provokasi melampau, serangan fizikal dan penghinaan berterusan PKR ke atas PAS, maka demi kemaslahatan ummat Islam Permatang Pauh dan Malaysia amnya, sudah tiba masanya kita menolak calon parti PKR ini.

Kita tolak PKR bukan bermakna kita sokong 100% UMNO /BN tetapi dalam dua pilihan yg ada ini jelas calon  UMNO / BN adalah lebih baik daripada PKR yg langsung tidak memperdulikan perjuangan Islam dan perlaksanaan hukum hudud. Terlalu ramai pemimpin munafik di dalam PKR dan selawaknya mereka bersahabat dengan kafir DAP dan bukannya bersama dengan PAS.

Ahli Seumur Hidup
PAS Kawasan Permatang Pauh 


MMI kata pilih yang betul-betul !!

2 comments:

  1. Parti PAS mesti keluar daripada PR. pengudi atas pagar akan memberikan undian mereka di PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS patut bertanding d sini , bukan PKR...PRU 14 boleh lawan.. kerusi ni boleh umno dan pas buat tahaluf siyasi menentang PKR.. Ada brani?

      Delete

Labels